CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 24-3-2007 01:30 PM |All posts
Modal insan fokus pembangunan pengurusan

Mukadimah
SELARAS dengan aspirasi kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga giat membangunkan modal insan minda kelas pertama
Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 24-3-2007 01:31 PM |All posts
PDRM dianggotai semua kaum


GAMBARAN bahawa jawatan-jawatan kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya milik orang Melayu jelas tidak nyata sama sekali.

Muka-muka bukan Melayu terutamanya pegawai berbangsa Cina dan India semakin ramai kelihatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan pejabat-pejabat utama kontijen negeri.

Walaupun perkembangannya tidaklah ke tahap menyeluruh, namun dari semasa ke semasa, mereka dari kalangan bukan Melayu yang memegang jawatan tertinggi dalam PDRM semakin meningkat.

Antara pegawai bukan Melayu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Christopher Wan Soo Kee; Pemangku Ketua Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner II A. Thaiveegan; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang; Timbalan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Asisten Komisioner K. C. Khaw dan bekas Ketua Trafik Pasukan, Datuk Gingkoi Seman Pancras.

Hampir setiap hari muka-muka itu dapat dilihat di dada akhbar dan televisyen dengan pelbagai isu panas seperti pembunuhan, pengedaran dadah, rompakan bersenjatakan pistol dan sebagainya.

Tangan-tangan itu ternyata pernah mengerikan dunia dalam menyelesaikan pelbagai kes termasuk model rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kes rompakan bersenjata kedai emas Poh Kong baru-baru ini.

Beberapa pegawai kanan bukan Melayu yang diberi kepercayaan untuk menerajui pucuk pimpinan pasukan polis sepatutnya dijadikan kamus rujukan untuk mengikis tafsiran kaum bukan Melayu susah naik pangkat dalam organisasi PDRM.

Dengan perkembangan terbaru ini, tanggapan lama tersebut sudah sepatutnya dilupakan dan tidak lagi dijadikan alasan untuk golongan bukan Melayu menjauhi kerjaya dalam PDRM.

Tanggapan negatif segelintir pihak berhubung soal kenaikan pangkat yang terbatas dalam pasukan beruniform itu sudah semakin tidak relevan sebaliknya menunjukkan tanda-tanda penyelesaian daripada pengurusan pasukan PDRM.

Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 24-3-2007 01:32 PM |All posts
Unit Risikan Jenayah nadi Jabatan Siasatan Jenayah


Duta Besar Mongolia ke Malaysia, Yaichil Batsuuri pernah memuji polis Malaysia kerana bersikap profesional dalam mengendalikan siasatan seorang wanita warga Mongolia yang dipercayai mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada November lalu.

Yachil, yang berpejabat di Bangkok berkata, polis Malaysia membuktikan sikap profesional mereka apabila mampu bertindak pantas dalam mengendalikan kes berprofil tinggi itu dan beliau berpuas hati dengan cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas.

Siasatan polis berhubung kes pembunuhan model sambilan Altantuya Shaariibuu berakhir dengan pendakwaan tiga orang di mahkamah, termasuk seorang penganalisis politik terkemuka, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Insiden ini jelas dapat dilihat betapa pentingnya Unit Risikan Jenayah (URJ) buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani sesuatu kes jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee juga tidak menafikan betapa pentingnya URJ dalam PDRM terutamanya bagi menghadapi peningkatan jumlah jenayah terancang dan kes-kes berprofil tinggi yang sering berlaku kebelakangan ini.

URJ terlalu penting dalam PDRM. Ini kerana dengan kumpulan risikan yang baik kita dapat mengekang sesuatu kes bukan sahaja yang telah berlaku tetapi juga yang belum berlaku.

Maksud saya, sebagai contoh kita tahu sekumpulan perompak akan merompak kedai emas dan kita telah mendapat maklumat tersebut lebih awal, maka kita boleh mematahkan cubaan merompak itu. Inilah yang dinamakan risikan, katanya kepada Utusan Malaysia, di pejabatnya, di Bukit Aman, baru-baru ini.

Menurut Christopher, URJ perlu menggunakan pendekatan yang lebih canggih untuk berhadapan dengan trend jenayah pada masa ini yang sangat licik dan merentasi sempadan.

URJ adalah nadi JSJ, kerana ia merupakan tempat utama untuk mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu kejadian jenayah bagi meneruskan sesuatu operasi.

Justeru, usaha memantapkan unit ini untuk menjadikannya lebih berkesan menjadi keutamaan, katanya.

Jelasnya, tanpa URJ yang mantap siasatan sesuatu kes akan bermasalah kerana kekurangan bukti yang boleh membawa kepada penyelesaian siasatan.

Pada masa yang sama katanya, URJ memerlukan perkongsian maklumat risikan yang lebih banyak dengan rakan sepasukan dari luar negara terutama negara-negara jiran dalam usaha meningkatkan rangkaian dan strateginya.

Kami mesti mempunyai sumber yang canggih dan berkongsi pengkalan data dengan rakan sepasukan kami secara global, memandangkan penjenayah kini sangat licik dan mempunyai rangkaian komunikasi yang cepat di seluruh dunia dan sukar untuk dikesan, katanya.

Jika pasukan URJ tidak bersedia, katanya, ia akan membuatkan polis sukar untuk membanteras kegiatan jenayah terutama jenayah terancang, dan ia tugas yang sangat mencabar.

Bagaimanapun, beliau secara peribadi percaya bahawa pasukan URJ di negara ini telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan tindakan pantas mereka menyebabkan PDRM berjaya menyelesaikan banyak kes-kes berprofil tinggi.

Sebagi contoh, kejayaan URJ dalam menyelesaikan kes rompakan kedai emas Poh Kong di Subang Parade, Subang, Selangor pada awal Febuari lepas.

Polis berjaya menangkap semua penjenayah itu dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian sebab rangkaian risikan kami diselaraskan dengan baik.

Ada juga ketikanya risikan kami mendapati sukar untuk menyelesaikan sesuatu kes terutama apabila ia mempunyai bukti yang terhad dan ini biasanya menganggu siasatan, jelasnya sambil menambah URJ bukan sahaja meliputi aspek risikan tetapi juga siasatan dan forensik.

Kata beliau, tiga aspek tersebut amat penting kerana dengan kepesatan pembangunan dan ekonomi negara, kejadian jenayah yang berlaku sekarang bukan sahaja meliputi dalam negara tetapi juga melibatkan rakyat luar.

Sehubungan dengan itu, sejak mengambil alih jawatan sebagai pengarah di jabatan panas
Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 24-3-2007 01:33 PM |All posts
Jenayah siber mencabar kecekapan PDRM di era moden


DALAM era dunia yang semakin mengecil
Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 24-3-2007 01:34 PM |All posts
JSJN hadapi cabaran menangani masalah dadah


SEJARAH penyalahgunaan dadah di negara ini bermula sejak zaman pendudukan British iaitu pada awal kurun ke-19, selepas tamatnya Perang Candu di China.

Tindakan British yang ketika itu membawa buruh-buruh dari negara China untuk bekerja di lombong- lombong bijih menyebabkan dadah jenis candu dibawa masuk ke Tanah Melayu.

Apabila penggunaan dadah jenis ini berleluasa dan bilangan penagih menjadi semakin ramai, kerajaan British ketika itu mengadakan peraturan yang mewajibkan peniaga candu diberi lesen serta mengkehendaki semua penagih mendaftarkan diri apabila berurusan dengan pembelian candu.

Bagaimanapun pada 1950-an, masalah penggunaan dadah menjadi semakin berleluasa dan tidak terkawal. Malangnya, tindakan kerajaan British mewajibkan peniaga dan penagih mendaftar tidak berkesan sehingga menyebabkan Ordinan Dadah Berbahaya 1952 terpaksa digubal dan digunakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik II, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, selepas kemasukan candu ke Tanah Melayu era
Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 24-3-2007 01:34 PM |All posts
Jabatan Logistik nadi utama keberkesanan PDRM


Tanpanya, belum tentu jabatan lain dapat melaksanakan tugas serta peranan masing-masing.

Jabatan ini umpama penggerak kepada jabatan-jabatan lain.

Kewujudan Jabatan Logistik memang disedari namun tidak ramai termasuk anggota polis sendiri yang tahu mengenai peranan serta tanggungjawab jabatan itu dalam memacu kejayaan PDRM.

Sebagai contoh, kereta peronda tidak mungkin dapat menepati masa respons yang ditetapkan iaitu empat minit (jika jarak kereta peronda dan tempat kejadian satu kilometer) kalau peralatan komunikasi yang digunakan gagal berfungsi.

Peranan yang dimainkan oleh jabatan ini bermula sebaik sahaja hari pertama seseorang itu bergelar anggota polis.

Tugas dan peranan jabatan itu meliputi urusan pembelian peralatan seperti senjata api, pesawat, bot, menyediakan kemudahan perumahan, penyelenggaraan bangunan termasuk pejabat, urusan gaji, elaun serta beberapa urusan berkaitan.

Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zainal Tahir berkata, PDRM kini dalam usaha memastikan 90 peratus anggotanya memiliki rumah.

Katanya, sasaran tersebut cukup realistik kerana sebanyak RM3.2 bilion telah diluluskan dalam RMK-9 bagi membina kuarters.

Setiap unit rumah yang akan dibina cukup selesa kerana mempunyai keluasan 111 meter persegi (1,200 kaki persegi) dan mempunyai tiga buah bilik.

Kuarters tersebut akan dibina selaras dengan pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) seperti IPK Shah Alam, IPD Subang Jaya, IPD Kota Bharu dan IPD Manjong dan banyak lagi.

Selain pembinaan kemudahan dan rumah dan pejabat baru yang menjanjikan keselesaan, sebanyak RM170 juta juga diperuntukkan bagi meningkatkan kelancaran dan kualiti komunikasi sesama anggota.

Sistem digital tersebut akan menggantikan sistem komunikasi sedia ada.

Menerusi sistem tersebut, bilik gerakan dapat melihat keadaan tempat kejadian menerusi alat yang akan dipasang pada kereta peronda kelak.

Sempena usia polis di Malaysia yang mencecah 200 tahun, adalah wajar PDRM kini mampu bergelar antara pasukan polis terbaik di dunia dari segi kemudahan dan kelengkapan.

Seperti kata Zainal, anggota polis hanya dapat menjalankan tugas dengan cemerlang jika kemudahan dan persekitaran yang selesa dapat diwujudkan.

Justeru, antara langkah terbaru ialah semua unit peronda motosikal akan menggunakan motosikal berkuasa 150-250cc.

Walaupun masih dalam perancangan, ia diharap mampu direalisasikan agar ia memberikan lebih keselesaan dan keyakinan kepada anggota yang keluar meronda.

Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 29-3-2007 10:16 AM |All posts
Darah kepolisan dalam keluarga Abdul Aziz


Oleh ANGELINA SINYANG




Abdul Aziz Bulat (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen tugas daripada Datuk Tan Seng Eng (kiri) kepada SAC ll Dr. Ab. Rahman Ismail (kanan) di Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ipoh, Perak.


SEBAIK sahaja tamat tingkatan lima, Abdul Aziz Bulat mencuba nasib memohon melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia sekarang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana berminat dalam pertanian.

Dalam masa yang sama, beliau menghantar dua permohonan kerja dalam jabatan kerajaan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tekadnya cuma satu, mana-mana tawaran yang sampai dulu itulah pilihannya.

Mungkin sudah tertulis bahawa masa depannya ialah dalam pasukan polis, maka tidak lama selepas itu beliau mendapat tawaran menjalani latihan sebagai Inspektor Percubaan di Maktab Pegawai Rendah Polis Kuala Kubu Bharu di Selangor pada 1 Jun 1970.

Masa depan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini terus bersinar dalam PDRM apabila dinaikkan pangkat beberapa kali sehingga akhirnya bergelar Datuk dan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak ketika ini.

Saya tidak kecewa walaupun hasrat menggenggam segulung ijazah tidak kesampaian pada masa itu kerana sekurang-kurangnya saya berjaya menyambung tradisi keluarga berkhidmat dalam pasukan polis,
Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 29-3-2007 10:18 AM |All posts
MOHAN mahu jadi Timbalan KPD terbaik


Oleh AZIAN AZIZ




Mohan Singh memberi taklimat kepada anggotanya di IPD Klang.


KUNCI kejayaan sesuatu kepimpinan ialah hubungan baik antara ketua dan timbalannya. Ini kerana kerjasama dan hubungan baik antara ketua dan timbalan dapat mewujudkan suasana harmoni semasa bertugas serta memupuk rasa hormat dan bersedia mematuhi arahan di kalangan pegawai dan anggota bawahan.

Itulah yang menjadi amalan saya dan akan saya teruskan,
Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 5-4-2007 11:44 AM |All posts
Unit Udara PDRM


Oleh: HAMDAN TAWADI






HELIKOPTER jenis Eurocopter yang digunakan untuk tujuan operasi Unit Udara PDRM.


Peranan yang dimainkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya amat penting dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Dua contoh nyata yang membuktikan kenyataan ini ialah sewaktu operasi menyelamat mangsa banjir di Johor dan operasi membanteras lumba haram.

Ketika banjir melanda Johor akhir tahun lepas dan awal tahun ini, unit tersebut telah melakukan operasi menyelamat di kawasan penggunaan bot sukar untuk digunakan.

Ini kerana lokasi mangsa banjir yang terlalu jauh dan faktor kesihatan yang memerlukan usaha menyelamat dilakukan dengan segera.

Selain itu, unit udara PDRM juga boleh melakukan operasi hingga ke bahagian yang terpencil memandangkan helikopter yang digunakan bersaiz kecil dan sesuai untuk mendarat di kawasan seumpama itu.

Antara usaha menyelamat yang berjaya dilaksanakan ketika itu ialah memindahkan beberapa mangsa dari Ladang Tunjuk Laut ke Hospital Kota Tinggi dengan menggunakan helikopter melalui penerbangan selama lebih daripada enam jam tanpa henti.

Sementara itu dalam usaha membanteras lumba haram, unit udara menerusi penggunaan helikopter dipertanggungjawabkan melakukan kerjasama dengan Polis Trafik dalam usaha besar-besaran membanteras kegiatan `mat rempit' dan lumba haram.

Ini bagi memastikan mereka tidak menggugat ketenteraman awam khususnya ketika negara sedang menyambut Tahun Melawat Malaysia 2007.

Melalui kerjasama itu, kedatangan pelancong asing tidak terganggu sekali gus mengelakkan golongan mat rempit' daripada memberikan imej yang buruk kepada negara.

Kemampuan unit itu jelas terserlah apabila berjaya membantu polis Trafik Bukit Aman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta polis Jabatan Narkotik menahan lebih daripada 200 mat rempit dan penonton lumba haram di Taman Tasik Permaisuri Cheras, Oktober tahun lepas.

Sementara itu, pada Julai tahun yang sama, unit udara PDRM yang menggunakan helikopter dalam operasi membanteras perlumbaan haram menyaksikan 550 kenderaan, termasuk milik rakyat Singapura telah berjaya ditahan di lebuh raya Linkedua dekat persimpangan Gelang Patah, Johor Bahru.

Itu adalah sebahagian daripada kisah kejayaan Unit Udara PDRM dalam mengekalkan ketenteraman.

Unit ini ditubuhkan pada tahun 1978 yang bertujuan untuk membuat pengawasan dari udara di kawasan pantai dan pedalaman terhadap kegiatan lanun, penyeludupan dan lain-lain kegiatan jenayah.

Unit Udara PDRM juga bertanggungjawab membantu semua cawangan dalam PDRM secara pemerhatian melalui udara dan membuat penerbangan sensitif serta membawa orang-orang kenamaan.

Pada masa ini, unit udara PDRM mempunyai 24 pesawat, termasuk 14 kapal terbang dan 10 helikopter untuk kegunaan latihan serta operasi.

Pesawat-pesawat tersebut dikendalikan oleh 98 juruterbang yang mana 24 anggota masih menjalani latihan.

Bagaimanapun helikopter dan kapal terbang jenis pesawat ringan sedia ada tidak mampu untuk membawa jumlah anggota yang ramai khususnya dalam menjalankan sesuatu operasi di kawasan terpencil atau pulau.

Pada masa ini, PDRM terpaksa mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi lain yang kadang-kalanya lambat disebabkan oleh birokrasi.

Sehubungan itu, dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatannya, PDRM akan membeli lapan helikopter dan tujuh kapal terbang serta bot laju bernilai RM600 juta menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mustafa Abdullah, pembelian tersebut termasuk dua kapal terbang bersaiz besar dengan setiap satunya boleh membawa 50 penumpang.

Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 12-4-2007 08:54 AM |All posts

Bom kotor senjata pengganas paling ditakuti

Oleh: ZABRY MOHAMAD MADZLAN





ANGGOTA yang cedera diuruskan untuk dinyahcemar sepenuhnya oleh kumpulan khusus.
--------------------------------------------------------------------------------



BOM kotor (dirty bomb) sering dikaitkan sebagai senjata kumpulan pengganas. Ia merupakan salah satu ancaman daripada senjata kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN) yang sangat ditakuti oleh seluruh masyarakat dunia ketika ini.

Tidak seperti senjata nuklear yang direka untuk memusnah serta membunuh apa sahaja, bom kotor menggabungkan bahan letupan konvensional seperti dinamit (TNT) dan radioaktif untuk penyebaran.

Bagaimanapun, sinaran radioaktif yang dibebaskan ini tidak mencukupi untuk mengakibatkan kecederaan serta-merta kepada mangsa semasa letupan kecuali mereka yang benar-benar berada berdekatan dengannya.

Menurut Pegawai Memerintah Pusat Pertahanan Nuklear, Biologi dan Kimia (PNBK) Markas 3 Divisyen, Leftenan Kolonel Mohd. Nasarudin Mohd. Yusof, radioaktif yang terdapat dalam bom kotor tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia selagi ia tidak bertukar menjadi debu yang boleh tersebar melalui udara.

Jelasnya, asap serta debu radioaktif yang diterbangkan sehingga menjangkau jarak jauh itu mampu memudaratkan kesihatan benda bernyawa sekiranya disedut atau melekat pada badan.

Kesan kemudaratan bergantung kepada pelbagai faktor seperti jumlah bahan letupan, jenis radioaktif, kaedah letupan dan keadaan cuaca.

Antara kesannya ialah karsinogenik iaitu kanser dan teratogenik serta mutagenik yang menjurus kepada kecacatan zuriat, katanya ketika ditemui MEGA di Kem Terendak, Melaka.

Salah satu kesan kecacatan zuriat yang sering berlaku ialah kelahiran bayi tanpa mata atau dengan satu mata sahaja.

Beberapa kes sedemikian yang ditemui di Iraq semasa Perang Teluk berkemungkinan besar akibat sisa uranium dalam peluru dan roket yang diguna tentera penceroboh ketika menyerang negara berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah ketakutan yang dialami orang ramai melampaui kesan yang diakibatkan oleh bahan radioaktif itu sendiri.

Sebagai contoh, peluru berpandu Scud yang dilancarkan oleh Iraq ke atas Israel semasa Perang Teluk satu ketika dulu sangat ditakuti.

Dilaporkan sebanyak 55 peratus penduduk Israel mengalami tahap ketakutan melampau terhadap kesan radioaktif sedangkan yang mati hanya 0.2 peratus dan cedera 22 peratus.

Begitu juga serangan gas beracun sarin di stesen kereta api bawah tanah Tokyo pada tahun 1995.

Sebanyak 78 peratus mangsa mengalami trauma, manakala kes kematian dicatatkan hanya 0.2 peratus dan mereka yang dirawat di hospital cuma empat peratus.

Namun apa yang lebih ditakuti, jelas Mohd. Nasarudin, radioaktif tidak mampu dilihat dengan mata kasar malah tiada bau atau rasa.

Katanya, kesan radioaktif terhadap benda bernyawa termasuk manusia tidak dapat dikesan serta-merta.

Kadangkala kesannya masih tidak nampak dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Justeru, radioaktif disifatkan paling berbahaya berbanding bahan kimia lain,
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 12-4-2007 08:56 AM |All posts

Sniper 69 Komando pamer kehebatan

Oleh: AMIR SARIFUDIN







UNTUK bergelar sniper atau penembak tempat, seseorang anggota 69 Komando itu perlu mahir menggunakan senjata terutama PM Accuracy Internaitional.
--------------------------------------------------------------------------------



BILA berlaku situasi genting seperti penculikan dan penahanan tebusan, ia pasti memerlukan kepakaran dan kemahiran bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) apa pun jua bentuk penyelesaian, ia mestilah dilakukan dengan cepat dan pantas dan lebih penting nyawa tebusan perlulah selamat.

Sehubungan itu, pasukan 69 Komando telah diberi tanggungjawab berat terutama dalam melahirkan anggota sniper.

Melalui anggota sniper inilah, situasi seperti penahanan tebusan dalam diatasi dengan berkesan.

Dalam hal ini, peranan sniper sebagai penembak tepat amat penting bagi menyelesaikan sesuatu situasi.

Ketika keadaan genting inilah, seseorang sniper perlu memperlihatkan kebolehan sebenarnya kerana kesilapan yang kecil bakal mengundang padah pada nyawa tebusan.

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa seseorang sniper itu sebenarnya bukan sahaja perlu mahir menembak secara tepat pada sasaran, malah setiap keputusan dan pergerakannya juga harus mengambil kira banyak faktor lain seperti keadaan sekeliling.

Ini kerana, tiupan angin yang kuat juga boleh menyebabkan tembakan yang dilepaskan tersasar.

Begitu juga halnya dengan pergerakan angin, sama ada ia datang dari arah hadapan atau belakang, mahupun dari kiri atau kanan.

Semua ini bakal menentukan arah peluru yang mungkin tersasar dari sasaran sebenar.

Bila berlaku situasi sedemikian, seseorang sniper itu perlu menjadikan keadaan sekeliling seperti baju yang disidai pada ampaian dan sebagainya sebagai penunjuk keadaan serta arah angin.

Di samping itu, seseorang sniper juga perlu berada dalam keadaan tenang dan sabar sebelum sesuatu tembakan itu dilepaskan.

Apa pun jua keadaannya, kejayaan seseorang sniper itu bergantung kepada kerjasama berpasukan dengan rakan-rakan setugas lain.

Bagi memantapkan kemahiran sebagai sniper, pasukan 69 Komando telah mengadakan latihan untuk para jurulatihnya di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Lebih 18 orang jurulatih pelbagai pangkat, menyertai latihan itu dengan menggunakan senjata jenis PM Accuracy International dan M16.

Latihan itu bertujuan memahirkan setiap jurulatih dan ia diadakan dalam pelbagai situasi supaya setiap anggota dan pegawai benar-benar bersedia terutama apabila berhadapan dengan situasi sebenar.

Pegawai Latihan Cawangan Latihan Peperangan Khas 69 Komando, Asisten Supritendan Hakemal Hawari yang mengetuai latihan itu memberitahu, latihan tersebut diadakan berterusan bagi memahirkan setiap anggota dan pegawai.

Menurutnya, setiap anggota 60 Komando perlu mempamerkan disiplin yang tinggi dengan mematuhi arahan jurulatih sniper bagi menguasai kebolehan sebagai penembak tepat.

Untuk bergelar seorang anggota sniper, disiplin yang tinggi amat penting. Kita tidak boleh silap langkah.

Setiap arahan dan pergerakan harus dipatuhi dan diamati.

Ini kerana operasi yang dijalankan melibatkan nyawa tebusan. Kita perlu mengutamakan nyawa tebusan dan orang awam, katanya.

Menurut Hakemal, antara latihan diterapkan pada anggota sniper 69 Komando ialah jangan sekali-kali bongkak dengan kebolehan yang dimiliki.

Malah, mereka turut digalak supaya sentiasa merendah diri dan terus belajar bagi memahirkan diri.

Empat faktor utama perlu ada pada setiap anggota jika mahu menjadi bergelar sniper.

Pertama, seseorang itu perlu cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, keadaan tersebut memerlukan anggota berkenaan sentiasa bersedia pada bila-bila masa termasuk dalam membuat sesuatu keputusan genting.

Faktor kedua ialah seseorang sniper itu pada asal atau semula jadinya adalah seorang penembak yang baik.

Ini diikuti seseorang sniper itu hendaklah seorang penyabar dan tenang walaupun berada dalam situasi tertekan atau terdesak.

Faktor seterusnya, seseorang sniper juga adalah seorang yang pintar. Ini termasuk dalam membuat keputusan kerana situasi yang dihadapi sentiasa berubah.

Kesilapan membuat keputusan, bukan sahaja bakal menggagalkan operasi menyelamat, malah boleh menyebabkan nyawa tebusan melayang.

Hakemal memberitahu, selain mahir menembak secara tepat, seseorang sniper turut dilatih membuka dan memasang senjata.

Seseorang sniper perlu tahu mengenai senjata yang diguna. Buka hanya tahu menembak. Dia perlu tahu kelebihan dan kekurangan yang ada pada senjata itu apabila berada dalam situasi tertentu.

Semua pengetahuan ini termasuk kemahiran ilmu yang berada di sekeliling seperti keadaan angin dan sebagainya perlu ada pada diri anggota sniper, katanya.

Selain itu, para jurulatih 69 Komando itu turut dilatih cara-cara `stalking
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 13-4-2007 11:40 AM |All posts

600 soldiers no match for 40 fighting to end brutality

By : Desmond Davidson



Towards the end of World War Two, Balang Sigar emptied his gun into a Japanese officer who hid in undergrowth in front of him.


BAKELALAN: His British army vest is faded and frayed, but Balang Sigar wears it with pride, the three medals he received for his service during World War Two on his chest.

He is old now, estimates put him at well into his 80s, and many of the details of his life have faded.

But he will never forget the day when as a teenage resistance fighter he killed the officer leading 600 Japanese soldiers.

They were raiding the Orang Ulu longhouses in the deep jungles of Lawas for rice, livestock and any other food they could lay their hands on to feed their comrades in Limbang and Brunei.

Sigar was a member of "Ma-yo" (Major) Tom Harrisons resistance group, and he is the only one out of the group of 10 alive.

He is not sure how old he is, typical of people of his age living in the interiors of Sarawak where births and deaths are not recorded.

The Special Air Service-trained Harrison was parachuted into Bario to organise the resistance and harass the Japanese in Limbang and Lawas towards the end of the war.

"There were 40 of us and 600 of them," Sigar said, relating his war-time experience to visitors curious about his medals at last weeks Apple Fiesta here.

They were heading for BaKelalan in the direction of Long Semado and Long Beluyuk, about a half-day walk away.

"So we laid an ambush. During the fight, the Japanese officer found cover in the undergrowth.

"But unfortunately for him, it was right in front of me. I was face-to-face with him. He didnt fire, because as I later found out he had run out of ammunition. But that didnt stop me from emptying my Sten gun into him," Sigar said.

"We suffered no causalities. A few of them were killed. But what surprised us was that the Japanese, for all their brutality, had no stomach for a fight, and surrendered after seeing their officer killed."

His "reward" for killing the officer was his samurai sword, now hidden from antique collectors in his Lawas home. Hes been offered a lot of money for it, but it is a trophy he wants to hand down to his son.

"We were not paid to fight. The only training we had was how to handle the gun we were issued.

"But we didnt mind. My friends and I just wanted to stop the Japanese brutality. They were terrorising our people.

"If I was asked to do it all over again, I would," he said.

He was awarded the Pacific Star for his role in the resistance group at the end of the war in 1945.

Britains King George and Queen Elizabeth II later each awarded him a medal for his war-time exploits. But he cant recall when he received the medals.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/National/20070413073603/Article/index_html
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 18-4-2007 10:40 AM |All posts

Kehadiran penembak hendap digeruni musuh

Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN



ANDREW Anak Aen membidik raifal yang digunakan penembak hendap Batalion 6 RRD.
--------------------------------------------------------------------------------


KEHADIRANNYA di medan peperangan sering kali digeruni pihak lawan. Walau dengan hanya sebutir peluru, mereka mampu memusnahkan aset terpenting musuh atau menjatuhkan moral pasukan lawan.

Itulah kelebihan yang dimiliki oleh seorang penembak hendap atau sniper
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 19-4-2007 06:45 PM |All posts

UST aims to export spy planes by early 2008

http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Thursday/Nation/BT618875.txt/Article/

By Anna Maria Samsudin
bt@nstp.com.my


April 19 2007


UNMANNED Systems Technology Sdn Bhd (UST) targets to commercially market Malaysia's very own unmanned aircraft vehicle (UAV), or spy planes, internationally by early next year.

Company spokesperson Colonel (Rtd) Rosdi Mahmud said although the planes are still in the research and development (R&D) stage, there have been enquiries from potential overseas customers, namely from the Middle East.

He said although the UAV project was carried out to support the country's Armed Forces, there are plans to market the product internationally to the commercial sector as well.

"Our business plan is as such that we will first concentrate on our launch customers, which will be the army and navy. We expect to secure government contracts for the UAV within four months.

"However, the UAV is not exclusively for them," he told a press conference after signing a memorandum of understanding (MOU) with the Defence Ministry on the development of the UAV in Kuala Lumpur yesterday.

UST is a joint venture company between Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), System Consultancy Services Sdn Bhd (SCS) and Ikramatic Systems Sdn Bhd.

CTRM has a 51 per cent stake in the company, followed by SCS and Ikramatic with 35 and 14 per cent respectively.

Under the MOU, CTRM and SCS will each receive RM2 million with Ikramatic getting RM1 million to finance R&D activities of the UAV over the next four months.

Rosdi said the company aims to increase its current paid-up capital from RM100,000 to RM10 million within the next three months.

The UAV project took off in December 2005 as part of the initiative to further develop the country's electronic surveillance system.

UST has already developed five prototypes of the spy planes, which are not only for tactical use by the Armed Forces, but also for surveillance over Malaysian waters.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 19-4-2007 09:19 PM |All posts

Reply #464 jofizo's post

good news...
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 20-4-2007 12:11 PM |All posts
Caya lah, hidup kompeni2 bukan jerung perkasa....
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 16-5-2007 12:35 PM |All posts
10 Briged Para pamer Gerak Pantas

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED



ANGGOTA-ANGGOTA 10 Briged Para bergerak pantas sebaik turun dari helikopter.



SUASANA tenang di ladang tebu Chuping yang terletak kira-kira lima kilometer dari pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar pada pagi baru-baru ini terganggu seketika.

Ruang angkasanya yang cerah bertukar mendung apabila tiga pesawat tidak dikenali 'memuntahkan' beratus-ratus anak kapal yang kemudiannya memenuhi hampir segenap ruang ladang tebu terbabit.

Semuanya lengkap bersenjata dan tanpa sebarang tentangan, ratusan anak kapal itu tadi mudah menawan ladang tebu yang berkeluasan kira-kira 10,000 hektar.

Namun, ini bukanlah cerita makhluk asing mahu pun lakonan filem perang yang anda saksikan di pawagam mahupun kaca televisyen.

Apa yang berlaku cuma ujian dan latihan terjunan 560 anggota penerjun dari 10 Briged Para yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka.

Kesemua mereka yang menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memulakan terjunan sebaik berada pada jarak 240 hingga 300 meter tepat pukul sembilan pagi, sejam selepas berlepas dari Pangkalan Udara Subang.

Peritnya, ujian tersebut sebenarnya telah bermula sejak pukul 4.30 pagi lagi apabila mereka diarah melakukan persiapan lengkap.

Bagaimanapun, sepanjang perjalanan, anggota penerjun itu turut diuji daya ketahanan apabila pesawat yang dinaiki melakukan pelbagai 'aksi'.

Kalau tidak tahan, tentu ada yang akan muntah atau pening kepala.

Apa yang membanggakan, latihan itu turut menyaksikan ketangkasan tujuh anggota penerjun wanita yang tidak mahu ketinggalan menonjolkan daya saing kepada penerjun lelaki.

Sebaik sahaja kesemua mendarat, setiap anggota penerjun kemudian terpaksa meredah ‘lautan' ladang tebu sebelum berkumpul di lokasi yang ditetapkan.

Misi seterusnya ialah kesemua anggota penerjun itu diarah berjalan kaki sejauh berpuluh-puluh kilometer sambil memikul bebanan antara 80 hingga 90 kilogram seorang dan lengkap bersenjata untuk menawan sasaran yang dikenal pasti iaitu kawasan Sintok, Kedah.

Itu adalah sebahagian daripada senario latihan yang dinamakan Eksesais Kanopi Kenyalang siri 31/07 yang menjadi acara tahunan pasukan itu yang lebih dikenali sebagai `beret merah hati'.

Keesokannya, selepas berjaya ‘menakluki’ ladang tebu Chuping menerusi 560 orang penerjun, pasukan 10 Briged Para memperluaskan lagi wilayah ‘penguasaan’ mereka di Sintok.

Kali ini, dengan hanya kekuatan seramai 240 anggota, pasukan tersebut dilihat ‘menawan’ kawasan tersebut menerusi operasi pendaratan secara taktikal dari udara (Tactical Air Landing Operation - TALO).

Operasi melalui helikopter itu dilakukan secara pantas, sesuai dengan gelaran diberikan kepada pasukan berkenaan iaitu ‘Briged Taufan’ kerana kepantasan dan ketangkasan warganya ketika bertindak.

TALO dan Eksesais Kanopi Kenyalang merupakan gabungan dua sesi latihan dinamakan Eksesais Gerak Pantas yang harus ditempuhi setiap anggota briged terbabit.

Sesi latihan itu berlangsung sekitar kawasan Alor Setar, Chuping dan Sintok.

Eksesais Gerak Pantas diadakan bagi menguji kesediaan setiap anggota dalam melaksanakan sesuatu operasi terutama ketika kecemasan.

Ia juga bertujuan memastikan kemahiran dan ketangkasan anggota-anggota 10 Briged Para sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
"Who Dares,Wins"
http://www.arkb.org.my/
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 16-5-2007 04:46 PM |All posts
http://star-techcentral.com/tech/story.asp?file=/2007/5/16/technology/20070516133831&sec=technology

Najib: Army set to use made-in-Malaysia drones
By MARSHA TAN, News
MALACCA: The army will soon use made-in-Malaysia unmanned aerial vehicles (UAVs) to conduct surveillance of the country's land and sea borders.  Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said that once a contract is signed between the army and the manufacturer, the UAV would be upgraded to meet military specifications.   Three local companies
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 16-5-2007 05:03 PM |All posts

RASCOM (Rejang Security Of Command)

Ops. ini ditubuhkan pada tahun 1971 utk mengekang komunis drpd mengganggu penduduk yang berada dibawah kws jagaan RASCOM.. Operasi RASCOM merangkumi 9 Briged Sibu ( kalau x silap), polis marin & BN 15 PPH (10 PGA Sibu).
1

View rating log

Reply

Props Report

Super Moderator

paradigm shift

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Super Moderator

Post on 29-5-2007 08:46 AM |All posts

Al Fatihah

Tuesday May 29, 2007


Truck falls 30m, army driver killed

KUALA KUBU BARU: An army driver was killed when the truck he was driving plunged into a 30m ravine near Bukit Beruntung here.  

The accident occurred at 12.30pm yesterday at the 435th kilometre of the North-South Expressway.

The truck, which had seven people in it, was believed to be heading for Kuala Lumpur from an army camp in Ipoh.  

The driver Muhd Ridzuan Daud died on the way to Sg Buloh hospital. Four others were critically injured while two others escaped with minor injuries.
My friends, love is better than anger. Hope is better than fear. Optimism is better than despair. So let us be loving, hopeful and optimistic. And we'll change the world.
Reply

Props Report

mat_toro This user has been deleted
Post on 29-5-2007 09:37 AM |All posts

Reply #470 yipun78's post

Dalam Utusan gua baca trak tuh nak elak satu lagi kemalangan kat depan dia, terlanggar kon jalan & terbabas masuk gaung... $hit happens...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 1-6-2007 01:17 PM |All posts
2007/06/01
RMAF wants more deadly Hornets
By : Adrian David



A file picture of an F/A-18E/F Super Hornet, which Malaysia plans to acquire under the 10th Malaysia Plan. (Inset) RMAF chief Gen Datuk Seri Azizan Ariffin

KUALA LUMPUR: The Royal Malaysian Air Force aims to remain a deterrent force by having fifth generation fighters like the F/A-18E/F Super Hornets.
This will strengthen its capability in protecting the countrys maritime assets within the exclusive economic zone, including the vital oil and gas assets in the Spratly Islands and the Ambalat oil block off Borneo.

RMAF chief Gen Datuk Seri Azizan Ariffin said, budget willing, the procurement of such multi-role combat aircraft (MRCA) could be done under the 10th Malaysia Plan (2010-2015).

"Failing which, we may increase the acquistion of MRCA like the Sukhoi Su-30MKM, 18 of which have already been procured," he said.

"The first two of the 18 Su-30MKM were handed over to the RMAF last week, while the remaining 16 will be delivered by the years end, in time for the Langkawi International Maritime and Aerospace exhibition."
Azizan said the Sukhois, ordered in 2003 at a cost of RM3.42 billion, would be based with the 11th squadron in Gong Kedak, Kelantan.

"To date, four pilots, two weapons sensor specialists, four engineers and 53 technical crew have completed training for three months in Russia.

"A second batch of crew will be sent to either Russia or India soon," he said at Wisma Pertahanan in Jalan Padang Tembak, in conjunction with the RMAFs 49th anniversary today.

Azizan said the RMAF was also looking at stealth technology in the near future, to enhance its electronic and non-conventional warfare capability, especially in combating terrorism.

The acquisition of more Sukhois or Hornets will, however, not affect the operations of the existing 18 MiG-29N fighters, he added.

"Although a decade old, the MiG-29Ns are still very useful and can serve up to 30 years with proper maintenance and refurbishment.

"Our ultimate aim is to refurbish and upgrade our combat aircraft every 10 years to remain as a deterrent force, and enhance our surveillance and reconnaissance capabilities."

He said the decision to acquire a mixture of western and eastern bloc fighters was not only to satisfy political aspirations, but took into consideration factors like versatility, transfer of technology, cost, operational effectiveness, availability of spares, logistics support, crew training, the environment and weather.

As part of the RMAFs modernisation programme, it would procure four Airbus A400M, 18 Pilatus PC-7 Mk II, ten Aermacchi MB-339CM and five unmanned aerial vehicles.

"We are refurbishing five F-5E and two RF-5 for air tactical reconnaissance, while there is a need for airborne early-warning-and-control aeroplanes and combat search-and-rescue helicopters

"We are also looking at replacing nine of the BAE Systems Hawks that crashed so that we can continue operating with 28 jets," Azizan said.

Two of the A400M transport aeroplanes will be delivered in 2013 and another two a year later, while the MB-339s will be delivered from February 2009, and the UAVs from next year.

"The A400M will also double up as an air tanker, taking over the air-to-air refuelling of the long-range fighter jets from the KC-130 Hercules," he said.

On another note, Azizan said the RMAF spent nearly RM6 million last year to carry out humanitarian and relief missions in Solo and Yogyakarta in Indonesia, and Timor Leste.

"A large part of the defence budget is also spent annually on bilateral and multilateral exercises. This is in addition to the Eyes in the Sky
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 1-6-2007 03:24 PM |All posts

Reply #472 powerwoot's post

(Two of the A400M transport aeroplanes will be delivered in 2013 and another two a year later, while the MB-339s will be delivered from February 2009, and the UAVs from next year.)

Which UAV's is that? ALUDRA ke?
acu cer cuba try test memblog:
abuafwan.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 1-6-2007 03:29 PM |All posts

Reply #473 bulat's post

ALUDRA?   no idea lah, maybe ef/x can specified us something
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 1-6-2007 03:38 PM |All posts
Terus terang, tiba2 aku rasa teruja dgn berita diatas.korang bayagkn laa...hornet...replacing the crashed hawks...csar...a400m...pergh..panglima ni siap nk merajuk lg, klu tak dpt hornet, nk tmbah skuadron sukhoi...hehe...mdh2an tercapai hajat beliau.

Ttg aludra tu, aku jg setuju biar ef/x je yg clarify. Ayuh!!! smgt BTN!!!
*GGH member #017
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 30-10-2014 08:57 PM , Processed in 0.318151 second(s), 28 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top