CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
1234Next
Return Post new threads
Show: 15709|Reply: 99

Anwar Ibrahim : Sejarah Perjuangan

[Copy link]

Rank: 8Rank: 8

Post on 12-8-2008 01:48 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login



MUQADDIMAH
JIka tajuk TUN MAHATHIR membincangkan tentang latar belakang, sejarah perjuangan dan visi serta misi beliau...maka apa salahnya jika tajuk ini dapat membincangkan secara positif asal-usul, latar belakang, sejarah perjuangan dan visi serta misi DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI)...kalau boleh lah ELAKkan unsur-unsur sentimen KEBENCIAN KEPARTIAN dalam thread ini.
SELAMAT BERDISKUSI


[ Last edited by  amazed at 12-12-2008 10:14 PM ]
1

View rating log

Reply

Props Report

Post on 12-8-2008 02:11 PM |All posts
justice for all
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 12-8-2008 02:15 PM |All posts

Reply #2 green7's post

Halls of Justice Painted Green
Money Talking
Power Wolves Beset Your Door
Hear Them Stalking
Soon You'll Please Their Appetite
They Devour
Hammer of Justice Crushes You
Overpower

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price You Pay
Nothing Can Save You

Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Apathy Their Stepping Stone
So Unfeeling
Hidden Deep Animosity
So Deceiving
Through Your Eyes Their Light Burns
Hoping to Find
Inquisition Sinking You
With Prying Minds

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price You Pay
Nothing Can Save You

Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Lady Justice Has Been Raped
Truth Assassin
Rolls of Red Tape Seal Your Lips
Now You're Done in
Their Money Tips Her Scales Again
Make Your Deal
Just What Is Truth? I Cannot Tell
Cannot Feel

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price We Pay
Nothing Can Save Us

Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 12-8-2008 02:19 PM |All posts
Biodata

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[2] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.

PendidikanSemasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Zaman Belia


[ Last edited by  tongkatali at 12-8-2008 02:28 PM ]
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 12-8-2008 02:20 PM |All posts
Meninggalkan ABIMABIM merupakan sebuah gerakan Islam .Abim melihat UMNO sebuah parti yang sekular.
  • Sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli.
  • Ramai meramalkan Anwar terperangkap oleh pujukan Dr Mahathir dan akan dimusnahkan oleh Dr Mahathir kemudian hari. Ternyata telah ini benar-benar berlaku pada tahun 1998.
  • Kekuatan ABIM 'lumpuh' dengan ketiadaan Anwar Ibrahim.

Tidak menyertai PASAnwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) .
Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Penglibatan dengan politik UMNOAnwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian. Dalam tahun 1987 memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993 Anwar menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Anwar pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat besama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Georgetown University.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 12-8-2008 02:22 PM |All posts
Jawatan dalam kerajaan
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 12-8-2008 02:23 PM |All posts
Kementerian Kewangan
[url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipediaandangan_berkecuali]Keneutralan[/url] kandungan rencana ini boleh dipertikaikan.
Sila lihat pada laman perbincangan ini.
Diharap anda tidak mengalihkan pesanan ini sehingga pertikaian ini diselesaikan.
  • Ramai yang meragui kemampuannya kerana tiada asas kewangan.
  • Kadar pertumbuhan ekonomi naik 8% setahun selama 8 tahun berturut-turut.
  • Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia / Dana Kewangan Antarabangsa pada 1 April 1998. Beliau mula berkenalan dengan Presiden Bank Dunia, James Wolfenson dan Ketua Pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michael Camdessus.
  • Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dilihat berjaya menangani kemelesetan ekonomi dan jatuhnya mata wang 1997.
  • Datuk Seri Mahathir Mohamad dilihat mengharapkan kebijaksanaan Anwar untuk menangani masalah kemelesetan ekonomi malaysia pada masa itu.

Terlalu pantas
  • Semasa pemimpin ABIM , Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi segera dinafikan.
  • Beliau tidak hanya ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak kerana bergerak terlalu pantas dalam kepimpinan UMNO.
  • 1993 Anwar IBrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam. Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi . Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.
  • Malah beliau ditentang oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri yang dilihat terperangkap antara sayang dan benci dengan Anwar Ibrahim. Anwar dilihat boleh menguatkan kedudukan Dr Mahathir dan UMNO tapi pada akhirnya boleh menjahanamkan visi Dr Mahathir yang belum kesampaian.
  • Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman yang memfitnah Anwar Ibrahim . Kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang dan homoseks. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.
  • Kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Semangat 46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
  • Anwarisme pada 1997 sudah menguasai setiap sendi UMNO dan bila-bila masa boleh menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad yang dilihat tidak cukup Islamik.
  • Anwar sering mengadakan usrah, sembahyang jemaah di rumahnya dan memberi jamuan makan para wartawan Malaysia. Kegiatan ini dilihat sebagai kempen dan politik wang. Para pegawai kerajaan, akademis dan rakyat bawahan menyokong Anwar yang tertarik dengan wawasan Islamnya.
  • Golongan profesional merupakan rakan seangkatan dengan Anwar dan sama sekolah dengan Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Contohnya Tan Sri Yahya Ahmad.
  • Presiden Pas ketika itu iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor menyokong Anwar . Anwar selaku Menteri Kewangan banyak meluluskan peruntukan di Kelantan.
  • Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.
  • Tahun 1993 95 % ahli UMNO menyokong Anwar. 137 daripada 145 mencalonkan Anwar. Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 12-8-2008 02:25 PM |All posts
Penyingkiran

Dr Mahathir Mohamad menyingkir Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.
Faktor utama penyingkiran Anwar kerana kemaraan Anwar tidak dapat dibendung lagi dan membahayakan kedudukan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Jika Dr Mahathir Mohamad lambat bertindak , kemungkinan Dr Mahathir akan 'tersingkir' sebagaimana Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.
Isu 'Grand Design' diperkatakan di mana-mana dan wawasan Islam dibandingkan dengan Wawasan 2020. Dr Mahathir semakin malap.
Peluang terbaik menyingkirkan Anwar apabila tersebarnya surat layang 30 halaman di Perhimpunan UMNO dan kemudian terbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri atau Datuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah.

Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNOAnwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat [1], dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anuwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes, iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet.

Anwar Ibrahim ditahan oleh polis pada 7 Februari 2002.


Keputusan itu bermakna Anwar telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.
Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain, diatas tuduhan beliau cuba mempengaruh penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan Anwar dan politiknya.
Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.

[ Last edited by  tongkatali at 12-8-2008 02:29 PM ]
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 12-8-2008 02:26 PM |All posts
Pandangan bukan Melayu
  • Segelintir kaum Cina dan India dan Melayu sendiri tidak senang dengan idealisme yang mungkin menjejaskan perpaduan kaum. Sebenarnya Dr Mahathir pernah dianggap sebagai 'Ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew.
  • Anwar Ibrahim dilihat terlalu Islamik yang mungkin akan melaksanakan perlembagaan dan Undang-Undang Islam seperti 'potong tangan'.
  • Jika Anwar menjadi Perdana Menteri semua wanita akan guna telekung / kelubung kerana isterinya Wan Azizah begitu cantik dan anggun pakai telekung. Ramai yang membandingkan Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Rafidah Aziz, Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Trend bertudung di dalam Abim menjadi ikutan rakyat Malaysia sejak 1974.
  • Sebenarnya Anwar tidak menolak integriti sejagat. Anwar sering menghadiri pada majlis perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Sukan
Sumbangan
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
  • Mencetuskan idea / istilah seperti Masyarakat madani, generani rabbani, waima, nawaitu ,
  • Anwar Ibrahim berjaya meredakan ketegangan antara penganut Hindu dan Islam berikutan pembinaan Masjid dan kuil sebelah-menyebelah di Kampung Rawa, Pulau Pinang 1996.

Buku tentang Anwar Ibrahim
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 12-8-2008 03:12 PM |All posts
nih bukan sejarah perjuangan..

aku takla terer sgt politik tapi byk ayat yg aku rase cam nak menunjukkan yg dulu anwar ni ckp gini, tapi skang cakap gini..bias pon ade....
~~::p0d::~~
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 15-8-2008 08:26 PM |All posts
TAHUKAH ANDA?

Anwar Ibrahim menampilkan dirinya sebagai seorang yang komited terhadap reformasi, menghapuskan rasuah, "kronisme" dan "nepotisme", tapi dia sendiri penuh kekotoran!

BAPA KRONISME DAN NEPOTISME- ANWAR BIN IBRAHIM

BERPULUH BILLION RINGGIT DITERIMA KRONI

KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini - satu tindakan yang bertujuan mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya.

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion.

Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip.

Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.

Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang didakwanya mengamalkan kronisme dan nepotisme terutama dalam tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam akhbar Harakah dan penerbitan yang pro bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah Ditandatangani).

Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan hartanah di kawasan Brickfields di Kuala lumpur.

Kementerian Kewangan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.

Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi.

Selain Kamaruddinnama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

Dalam satu senarai berasingan, nama bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, juga dicatatkan sebagai menerima kelulusan prinsip projek Pembangunan Semula Kampung Haji Abdullah Hukum di Kuala Lumpur.

Selain beliau, nama penyokong Anwar lain juga disebut dan mereka kebanyakan adalah bekas para pemimpin ABIM dan pemimpin UMNO yang rapat dengan Anwar.

Mereka ialah Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd., Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil dan Datuk Ahmad Saad.

Tindakan menyenaraikan nama individu dan syarikat bumiputera yang mendapat saham dan projek itu adalah langkah kali kedua selepas Dr. Mahathir mengejutkan ahli-ahli UMNO dengan senarai yang sama pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangkis dakwaan Anwar yang menuduh kerajaan mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. Ia dipamerkan untuk diteliti oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini.

Kamaruddin, Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd. Nor, yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM pula memegang saham sebanyak 250,000 unit dalam syarikat Eastern dan Oriental.

Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, memiliki sebanyak 6,751,493 saham dalam syarikat Tekala Corporation (TCB).

Menerusi syarikat Pantai Dalam Sdn. Bhd., beliau juga telah mendapat kelulusan prinsip untuk projek pembangunan semula Kampung Haji Abdullah Hukum.

Senarai-senarai pemberian saham dan projek itu dipamerkan di tingkat empat, bertentangan dengan pintu masuk utama ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Senarai pertama melibatkan pemberian 18 projek penswastaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang perjanjiannya telah ditandatangani sehingga 15 Jun lalu.

Para penyokong Anwar yang paling kerap tertera daripada 18 projek itu ialah Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nadzri Abdullah dan Datuk Khalid Ahmad yang memiliki saham utama dalam sembilan projek.

Projek-projek itu ialah projek Kuala Lumpur Central menerusi syarikat Freeway Properties dan bernilai RM713 juta; Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); perkhidmatan telekomunikasi Satelite Network; projek Lebuh Raya Ipoh-Lumut bernilai RM1,000 juta dan projek perkhidmatan sokongan hospital Redicare Sdn. Bhd bersama Azmi Jaafar.
I lari portable on my dude!
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 15-8-2008 08:28 PM |All posts
BAPA KRONISME DAN NEPOTISME- ANWAR BIN IBRAHIM

Tahukah anda, semasa Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan, BERJUTA-JUTA saham didapati oleh ayah dan adik-beradiknya?

Lebih hina lagi, saham ini dikeluarkan oleh kerajaan untuk diperuntukkan kepada bumiputera!

Ayah Anwar, Ibrahim (2 Mei 1998):
memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad
memiliki 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated


Adik-beradik Anwar (2 Mei 1998):
Farizon- Memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad
Marzukhi- Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation
I lari portable on my dude!
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 15-8-2008 11:17 PM |All posts
Anwar Ibrahim juga dianggap seperti maksum oleh pengikut2nya
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 16-8-2008 03:57 AM |All posts

Reply #14 aizverus's post

sapa cakap maksum?? highlander ke???
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 17-8-2008 04:09 PM |All posts
Originally posted by aizverus at 16-8-2008 12:41 AM
begitu juga dgn pihak parti kerajaan yang d anggap maksum oleh para pengikutnya...

senang kata..era lepas pru ke-12 adalah era politik..segala nak di politikkan sehinggalah agama, pendidikan,  ...



Ye tak ye...ya AIZ...kalu dah kena "buang" dari kerajaan...semuanya "BURUK"...yang duduk dalam kerajaan (penyokong BN) semuanya "MAKSUM"
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 22-8-2008 06:26 PM |All posts
Sesape yang ada INFO @ GAMBAQ tentang PERJUANGAN DSAI sejak dari zaman MAHASISWA beliau bolehlah TEMPEK sini
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 29-10-2008 10:56 AM |All posts
wahh... best laa....

bagi aku kalau anwar bukan pemimpin harapan.. nescaya PKR sudah lama berkubur sepertimana semangat 46 dulu yg hanya sempat lihat dunia selama 4 tahun sahaja.... setelah berjaya mengharamkan umno lama.....


ader lagik tak riwayat hidup dia... citer laa...
UMNO dipimpin oleh Perompak2 wang rakyat, hapuskan UMNO BN.
A.B.C.D = ASAL BUKAN CAP DACING
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 29-10-2008 12:00 PM |All posts

Balas #20 totokreturn\ catat

Lohhh...ingatkan dah takde orang nak sambung thread ni...time kasehhh
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 11-12-2008 02:43 PM |All posts
dia penah kawin lari dgn wan azizah... hehehe
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 11-12-2008 03:36 PM |All posts
nanti aku tanya ayah aku berkenan biodata anuar ibrahim... yang mana yang tak ada lagi. seingat aku masa demotrasi jalanan kat UM ayah aku join dia sekali. nanti aku update dengan ayah aku
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 11-12-2008 06:30 PM |All posts
Originally posted by tongkatali at 22-8-2008 06:26 PM
Sesape yang ada INFO @ GAMBAQ tentang PERJUANGAN DSAI sejak dari zaman MAHASISWA beliau bolehlah TEMPEK sini


Ada.Ada...........

Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 11-12-2008 09:53 PM |All posts

Balas #1 tongkatali\ catat

Beliau hanya makhluk pengamal seks songsang yang telah disahkan oleh mahkamah.

Tak perlu rasanya menwar-warkan nama orang yang melaksanakan seks songsang
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 11-12-2008 10:17 PM |All posts
Bila bercakap tentang Bung Nuar ni..satu benda je aku ingat..manusia paling tak tahu malu kat dunia

bercakap soal kronisme, rasuah, salah laku..tapi diri sendiri

dia tak pernah admit kesalahan lampau
One Day, our paths will Lead us there

"Whatever does not destroy me makes me stronger"

"The most successful people are those who are good at plan B"
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 12-12-2008 03:59 PM |All posts
entahlah, anwar, sbb dia bintang LEO...aku tak percaya sgt
http://remizationlineshop.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 12-12-2008 09:42 PM |All posts




bagi yg tak suka, hanya bleh kata pengamal seks songsang, bila mintak bukti konar entah kemana, jadik bagai mana boleh menerima hishamuddin hussien yg juga pengamal seks songsang yg pernah kantoi di johor dulu tetapi di seal cukup rapi....
UMNO dipimpin oleh Perompak2 wang rakyat, hapuskan UMNO BN.
A.B.C.D = ASAL BUKAN CAP DACING
Reply

Props Report

1234Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 24-4-2014 02:27 PM , Processed in 0.717970 second(s), 28 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top