CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 19993|Reply: 26

Masjid-masjid Indah & Bersejarah di Malaysia

[Copy link]
Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 12-7-2007 01:27 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Masjid Kampung Laut cecah 300 tahun
Azlan Hafeedz
rencana@hmetro.com.my



DIIKTIRAF sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut, Kelantan turut disenaraikan masjid paling `bersejarah' di Asia Tenggara, seangkatan masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, Masjid Demak (Jawa, Indonesia) dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).

Usia bangunan Masjid Kampung Laut yang dipercayai mencecah 300 tahun itu turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi.

Di peringkat awal, masjid ini didirikan menggunakan empat batang tiang utama untuk menyokong tapak dan bumbung beratapkan rumbia, selain jarak lantai dengan tanah boleh dilalui seekor gajah.

Anehnya, walaupun tapak masjid itu agak tinggi dan diperkuatkan dengan peleting kayu tetapi ia mampu menampung empat tiang utama- setiap satunya dianggarkan seberat 2,000 kilogram termasuk rabung tiga tingkat.

Namun, tukang pembuat masjid Kampung Laut itu langsung tidak menggunakan sepucuk paku dalam pembinaan bangunan yang lebih berasaskan kayu cengal itu.

Struktur asas seperti tiang, rangka dinding, rabung, tingkap dan lantai disambung menggunakan tanggam yang dipasak dengan peleting kayu atau buluh.

Sebelum dipindahkan ke Kampung Nilam Puri, Kota Bharu iaitu kira-kira 40 kilometer dari tempat asalnya di Tumpat, Masjid Kampung Laut itu hanya memiliki keluasan enam meter persegi sebaik dibina oleh ekspresi hati sekumpulan pendakwah Islam dari Champa.

Berdasarkan cerita masyarakat Kampung Laut, masjid itu didirikan kumpulan terbabit yang berulang alik dari Champa, Pattani, Tanah Melayu dan Kepulauan Indonesia untuk menyebarkan Islam.

Dalam pelayaran itu, kapal yang dinaiki mereka rosak dan bocor di pesisiran utara dan timur Tanah Melayu, berhampiran pantai Kelantan sebelum bernazar, jika sampai di daratan, mereka akan mendirikan sebuah masjid.

Ditakdirkan Allah, kumpulan itu mendarat di Kampung Laut dengan selamat, justeru mereka mendirikan sebuah masjid dengan kerjasama penduduk setempat.

Pembinaan masjid itu lebih banyak menggabungkan unsur seni dan falsafah berbentuk keagamaan pada seni bina bangunan.

Sebagai contoh, rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah ketuhanan seperti lapisan tingkat bawah diibaratkan penuh kotor tetapi ia berubah sifat pada tingkat kedua, seterusnya semakin bersih pada tingkat ketiga sebelum menuju ke alam luas yang tidak terbatas.

Walaupun pembinaan awal masjid itu hanya bertiang empat dan beratap rumbia, ia dengan pantas berkembang menjadi pusat penyebaran dan pendidikan Islam, seperti pengajian al-Quran dan kuliah agama.

Selain berfungsi sebagai pusat perkembangan Islam, masjid itu turut dijadikan tempat persinggahan alim ulama yang berdagang ke Kampung Laut, menjadikan kawasan itu pusat perniagaan tersohor di Tanah Melayu.

Masjid Kampung Laut berkembang pesat pada zaman pemerintahan Sultan Muhamad II, bermula pada 1859 sehingga zaman Sultan Muhamad IV, sekitar 1900.

Malah, ia terus diperbesarkan dengan mengadakan bumbung bertingkat tiga, serambi, menara, balai-balai dan kolah loteng.

Daripada empat tiang, ia ditambah menjadi 20 batang kayu cengal besar termasuk lantai, selain ruang solat utama diperbesarkan dengan halaman berhampiran dijadikan tanah perkuburan penduduk kampung.

Oleh kerana tapak masjid berada di kawasan lembah Sungai Kelantan, bangunan itu kerap kali dilanda hakisan banjir terutama pada 1926 dan 1966.

Justeru, Persatuan Sejarah Malaysia mengambil inisiatif memindahkan Masjid Kampung Laut itu ke Kampung Nilam Puri.

Namun, hanya bangunan `ibu' sahaja dibina mengikut bentuk asal manakala serambi dan balai lintang dibina mengikut kesesuaian semasa kerana jurutera tidak mendapat gambaran sebenar kedudukan serambi asal yang hanyut ketika banjir melanda Kampung Laut.

Masjid yang banyak berbakti kepada penduduk Kampung Laut itu masih lagi memberi sumbangan besar kepada umat Islam, khususnya mereka yang tinggal di Kampung Nilam Puri terutama penuntut Kolej Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya dan Kolej Islam Sultan Ismail Petra (KIAS).

Kemasyhuran reka bentuk Masjid Kampung Laut yang unik itu menjadi lambang kemegahan rakyat Kelantan kerana bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek) yang menirus ke atas itu termasuk buah gutung dan menora.

Banyak bangunan kerajaan negeri menerapkan identiti Masjid Kampung Laut terutama bumbung bertenggek tiga lapis dan buah gutung itu, antaranya, bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim, bangunan Majlis Agama dan Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di Lundang.

[ Last edited by  Syd at 24-8-2007 02:18 PM ]
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 12-7-2007 01:31 PM |All posts

MASJID Kampung Laut at Nilam Puri, Kota Baru, has left many people wondering if it was a mosque or a museum. From afar, non-residents of Nilam Puri travelling along the Kuala Lumpur-Gua Musang-Kota Baru road typically believe it to be a museum.
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 12-7-2007 03:52 PM |All posts
Masjid Kampung Laut



Many centuries ago, missionaries sailed the width and length of the Malay Archipelago to disseminate words of Islam to the inhabitants of these lands. They plied far and wide, with tremendous energy and devotion to fulfil their call of duty.

One day, a group of missionaries came by the east coast of Peninsular Malaysia on the way from Pattani(Southern Thailand) to Java(in Indonesia) or vice versa as there are many differing point of references. The seafarers' boat unfortunately sprung a leak along the way. As the boat floundered helplessly, the missionaries made a vow that if they were to survive such a catastrophe and were safely brought to shore, they would immediately build a mosque to commemorate the miraculous journey. Indeed their prayers were answered and the missionaries safely landed at Kampung Laut (Sea Village).

Built in the 1730's, the mosque is representative of architectural styles that reflect most of the characteristics of traditional local architecture. The architectural styles like those of local houses and buildings of that era are influenced by a number of factors such as the climatic conditions, the availability of building materials, the ethnic background and local craftsmanship. For the Kampung Laut mosque, only the most skilled local wood carvers and builders were commissioned to build the structure. As it was built close to the Kelantan riverbank, the mosque was raised on stilts, about 1m(3feet) above ground level to avoid floods that inundate the area during monsoon seasons.



Four main columns support the upper most roof which is separated from the lower double-tiered roofs by timber louvres. This gap provides natural cross ventilation in the central area and also admits light. The roof is shaped in 3 tiers and very much resembles the Agung mosque in Demak, Northern Java, Indonesia circa 1479. It is said that the square plan of the Kampung Laut mosque was probably modelled after the Agung Mosque. Since there is almost a unified agreement that there are marked similarities between the two mosques, then the Javanese influence on the architectural style of masjid kampung laut is evident in the tiered roofs. The shape of the roof resembles a peak or mount which in the Hindu religion is regarded as the sacred abode of the Dewa. In Malay mythology, the mounts are where the ancestors' of kings were believed to have come from.

In the early centuries before the arrival of Islam, the dominant religion was Hindu. Hence the structure of the roof is similar also to the early Hindu and Buddhist chandi.

The original mosque was not how we see it today. It was a basic structure with only four main pillars supporting the 3-tiered roof. The roof itself was woven with palm fronds and the entire mosque measured only 400 square feet in total. In the late 19th century (1859-1900), the mosque became an important religious centre and scholars came from throughout the region to Kampung Laut. During this era, the mosque was expanded to include an additional prayer area along the qiblat wall. A minaret, an attic and a verandah were further added. 20 columns were raised to support the additions.

[img]http://www.journeymalaysia.com/pics_nilam_puri/nilampuri1.jpg[/img

Building materials were collected locally and every piece was painstakingly handcrafted to perfection. Like piecing a 'Lego' collection together, the cengal timber flooring and panelling were joined together using the technique of 'Tebuk-Pasak' or mortise and tenon. The entire structure of the mosque was put together without hammering a single nail. Roof tiles replaced palm fronds. Called 'genting' or hand-made clay tiles, each piece was carefully fitted to prevent leaking and was resilient to strong winds. Although alterations and improvements were made to the structure , strangely, the keepers of the mosques had overlooked the weak foundations of the mosque. Built by the riverbank, the constant flash floods such as the great flood of 1926 also known as 'Bah Air Merah' weakened the soil foundations but nothing was done until much later when another great flood in 1966 washed away a part of the mosque.

Realising the dangers posed by the location of the mosque, the Malaysian History Society proposed that the mosque should be moved to a safer area, away from the disintegrating riverbank. In 1968, Masjid Kampung Laut was dismantled and reassembelled at the grounds of the School of Islamic Studies at Nilam Puri. Then the task was set out to repair the damaged part of the mosque.

In 1988-1989, the mosque went through another change where modern amentities such as electricity, toilets and water were added on. A sitting area and a tower were further added. With the additions, the total built up area is now 74ft by 71ft. With additional funds for refurbishing, woodcarvings were added to the pillars and walls.

Masjid Kampung Laut is still an active religious centre and the mosque caters to the community residing at Nilam Puri. It is regarded as one of the most important living museums in Peninsular Malaysia.

Dated: 39th March 2001
Reply

Props Report

Post on 12-7-2007 06:42 PM |All posts

Reply #3 Syd's post

aku suka sgt tgk masjid nih sbb masjid ni dibina mengikut binaan gaya/stail Nusantara - masjid yang dibina mengikut seni reka bentuk dan gaya/stail Melayu..
aku perasan satu perkara - masjid2 baru di Malaysia skrg ni sumernya dibina mengikut gaya Arab/Turki atau moden tp tak ada satu pun masjid2 baru yang dibina mengikut gaya/stail Nusantara...

Di negara China misalnya, masjid2 di sana dibina mengikut stail China & rupanya seakan2 tokong Cina --> ini membuktikan masjid tidak semestinya perlu ada kubah spt di Timur Tengah...
Di sepanyol dan Portugal pula, gereja2 di sana kelihatan spt masjid kerana berkubah (kerana kedua2 negara ini dulu asalnya kerajaan Muslim Andalusia..)

Soalnya skrg, cemana kita nk memartabatkan tamadun Melayu-Islam dan Nusantara kalau masjid di negara sendiri pun dibina dalam gaya/stail bangsa lain?
mungkin ia kedgran remeh tp seni bina sesebuah bangsa itu melambangkan keunggulan dan kehebatan bangsa itu sendiri...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 12-7-2007 06:48 PM ]
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 19-7-2007 09:33 AM |All posts
Masjid Kampung Laut
Oleh Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (mindakritis@yahoo.com)

MASJID Kampung Laut adalah salah sebuah masjid yang tertua di negara ini dan terletak di Nilam Puri,Kelantan. Ia berfungsi sebagai pusat penyebaran dan pembelajaran agama Islam terutamanya di Kota Bahru, Kelantan.

Menurut Persatuan Sejarah Malaysia, bangunan ini dipindahkan dari tapak asalnya di Kampung Laut setahun selepas berlakunya banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun 1966. Namun begitu, masjid ini dikatakan telah dibina lebih kurang 300 hingga 500 tahun yang lampau dan menurut sesetengah pendapat, ia merupakan masjid yang tertua jika dibandingkan dengan Masjid Demak yang terdapat di Kepulauan Jawa.

Sejarah dan asal-usul pembinaan

Terdapat tiga teori yang telah dikaitkan dengan asal-usul pembinaan Masjid Kampung Laut ini. Menurut teori yang pertama sebagaimana yang telah disampaikan oleh ahli sejarah tempatan iaitu Nik Man Bin Nik Mat, masjid ini telah didirikan oleh Raja Iman. Nik Man menyatakan bahawa lebih kurang 400 tahun dahulu terdapat seorang putera Muslim Sri Vijayan yang bernama Syed Mahmud di bawah gelaran Raja Muda Laksamana.

Putera ini belayar dari Kepulauan Jawa apabila terdapat pergaduhan untuk merebut takhta kerajaan. Kapal yang beliau naiki terperangkap dalam ribut taufan dan menghanyutkan baginda ke perairan pantai di Selatan Siam.

Kebanyakan pengikut baginda mula menetap di kawasan tersebut, manakala sebahagian lagi menjelajah ke seluruh pelosok kawasan tersebut sehingga bertemu sebuah perkampungan yang bergelar Kampung Laut.

Syed Mahmud yang menukar namanya kepada Raja Iman kemudiannya mendirikan sebuah wakaf sebagai tempat berteduh dan akhirnya ia berubah fungsi menjadi sebuah masjid.

Teori yang kedua pula dikemukakan oleh seorang ahli falsafah iaitu Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi. Menurut hasil kajian beliau, masjid ini telah didirikan lebih kurang 500 tahun yang lampau oleh penuntut agama Islam dari Champa. Penuntut ini bertugas sebagai penyebar agama Islam dari Jawa yang membawa bersama mereka pelan prototaip masjid dan bertujuan untuk menubuhkan tiga buah pusat Islam di seluruh pelusuk Nusantara ini.

Abdul Rahman berkata, dua daripada masjid yang telah terbukti didirikan ialah di Timur Jawa dan salah satunya ialah Masjid Demak dan Masjid Kampung Laut ini merupakan masjid yang pertama dibina oleh mereka. Kenyataan ini juga dibuktikan sahih kerana usia Masjid Kampung Laut didapati lebih awal dibina dari Masjid Demak di Pulau Jawa.

Teori yang ketiga pula dikemukakan oleh Ustaz Abdullah bin Muhammad yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bahru. Menurut hipotesis beliau, masjid tersebut didirikan oleh dua orang wali dari sembilan orang wali yang terkenal ketika itu iaitu yang bergelar Sunang Giri dan Sunang Bonang. Ia dipercayai bahawa dua ahli sufi dari Jawa ini yang mendapat didikan di bawah Sheikh Mohamad Saman telah diarahkan untuk mendirikan masjid tersebut.

Walau bagaimanapun, Masjid Kampung Laut ini masih dipulihara sehingga kini dan keadaan asalnya masih dikekalkan sejak pemerintahan Sultan Mahmud pada awal kurun ke-20 lagi.

Perancangan dan konsep reka bentuk

Bahagian utama masjid ini terdiri daripada pelan berbentuk segi empat yang dilitupi dengan bumbung piramid yang disusun secara tiga tingkat. Bahagian bumbung yang paling atas ditinggikan sedikit arasnya dan diletakkan tingkap bagi memudahkan pencahayaan.

Bumbung ini dihiasi dengan motif ukiran buah betung. Keseluruhan lantai masjid ini ditinggikan lebih kurang satu meter dari aras tanah.

Ia tidak dilengkapi dengan serambi sebaliknya dikelilingi oleh dinding panel yang diperbuat daripada kayu pada bahagian dalamannya. Dinding panel tersebut ditebuk dan dijadikan bukaan bagi pintu dan tingkap.

Pengubahsuaian kemudiannya dijalankan dan sebuah ruang yang digelar balai lintang ditambah pada bahagian tepi masjid tersebut bertentangan dengan dinding mihrab dan ruang serambi besar juga turut disambungkan.

Dua buah ruang yang baru dibina ini didirikan rendah sedikit dari aras bahagian utama masjid tersebut. Ruang serambi kemudiannya ditambah pada bahagian timur masjid tersebut dan dikenali sebagai wakaf orang kaya
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 24-8-2007 02:19 PM |All posts
Seni bina Masjid Langgar

Oleh Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (mindakritis@yahoo.com)


Masjid Kampung Langgar, Kelantan merupakan salah satu masjid di Malaysia yang menggambarkan perkaitan dengan corak kehidupan di raja.

Terdapat sebuah kawasan perkuburan bersebelahan masjid ini yang dikhaskan untuk golongan kerabat di raja Kelantan.
Sejarah dan asal-usul pembinaan

Salah seorang waris terawal dalam keluarga kerabat diraja Kelantan ini ialah Long Yunus yang berjaya menyatukan kesemua jajahan takluk Kelantan pada tahun 1756. Namun begitu selepas kemangkatan baginda di Pelabuhan Galoh, Sireh beliau telah dimakamkan di kawasan perkuburan yang digelar 'langgar'. Kawasan ini dibangunkan dan dijadikan sebagai tanah perkuburan yang dikhaskan untuk orang kenamaan. Penempatan mulai dibuka dan ramai penduduk berhijrah ke kawasan ini. Oleh itu sebuah masjid didirikan pada akhir tahun 1870an semasa berlakunya peperangan saudara di antara kerabat diraja Kelantan tetapi telah berjaya dimenangi oleh Long Senik.

Semasa Long Senik mangkat pada tahun 1886, mayat beliau telah disemadikan di kawasan perkuburan di raja ini yang terletak bersebelahan dengan masjid ini.


Perancangan dan konsep rekabentuk

Masjid Langgar ini mempunyai struktur reka bentuk yang memanjang iaitu lebih kurang dua kali panjangnya dari ukuran lebarnya. Ia ditutupi dengan bumbung tiga lapis bertingkat dan bahagian puncaknya dihiasi dengan tebar layar yang disokong oleh bumbung berlapis dua tingkat yang memepat antara satu sama lain. Terdapat kayu bersilang atau 'pemeleh' ia
itu papan pemuka lebar yang diletakkan pada bahagian tepi tebar layar ini.

Bumbung berlapis tiga tingkat ini tidak mempunyai sebarang pembukaan di antaranya yang membolehkan per edaran udara dan pencahayaan semula jadi. Masjid ini mempunyai satu ruang utama. Hampir keseluruhan dari ruang lantainya dikelilingi oleh panel dinding yang diukir. Dinding panel ini mengelilingi kawasan mihrab dan ia merupakan kawasan yang paling ketara dalam masjid kerana aras lantainya ditinggikan.

Ruang ini dikhaskan untuk golongan kerabat diraja semasa lawatan mereka ke masjid ini. Ruang tertutup mempunyai pembukaan iaitu pintu di setiap tiga bahagian dindingnya kecuali di bahagian dinding mihrab dinding ini diukir dengan ayat al-Quran yang juga mengandungi kekisi bersilang yang dihiasi dengan corak yang formal sebagai lubang pengudaraan di atas setiap dindingnya. Bahagian yang kedua terdiri dari ruang anjung yang luas yang dikhaskan untuk golongan kebanyakan.

Dua bahagian serambi tersebut selalunya digunakan untuk kanak-kanak membaca al-Quran dan kelas agama. Setiap bahagian anjung ini dikelilingi oleh kayu pengadang melintang railing bagi memudahkan kanak-kanak menyandar semasa menjalankan aktiviti mereka. Upacara kenduri-kendara juga dijalankan di sepanjang ruang terbuka berhadapan dinding bertentangan mihrab. Bahagian belakang serambi dikhususkan untuk kaum wanita sahaja kerana aktiviti seperti memasak seringkali dijalankan semasa upacara keramaian ini. Ruang wuduk ini dipisahkan oleh sistem struktur yang berlainan tetapi masih dihubungkan dengan ruang masjid.

Keseluruhan ruang lantai utamanya ditinggikan daripada bahagian lain. Serambi di bahagian belakang agak rendah arasnya dari ruang serambi utama untuk mewujudkan hirarki dan perbezaan antara ruang terutamanya dari kawasan tertutup yang mana telah dikhaskan untuk kegunaan kerabat di raja.


Elemen reka bentuk dan bahan binaan

Struktur pembinaannya ialah daripada kayu cengal keras yang disokong oleh papak tiang konkrit. Jubin bumbungnya berasal dari Selatan China sewaktu negeri Kelantan terlibat dengan perdagangan di antara China dan Pattani. Masjid Langgar ini tidak mempunyai sebarang menara tetapi menggunakan sistem beduk tradisional untuk membuat pengumuman dan menyampaikan azan. Mimbar ini dikatakan sebagai takhta diraja yang dikhaskan untuk golongan atasan dan diukir dengan corak hiasan awan larat. Walau bagaimanapun jika dilihat pada corak ukirannya dan jenis struktur kayu kini, tidak terdapat sebarang perubahan dari tarikh asal pembinaannya.

* Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ialah Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (Kalam), Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 24-8-2007 02:20 PM |All posts
Keunikan seni bina Masjid Dato
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 24-8-2007 02:23 PM |All posts
Masjid Kampung Hulu

Oleh Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (mindakritis@yahoo.com)
Penyelidik Prof. Madya Kamaruddin Mohd. Ali

MASJID Kampung Hulu merupakan masjid tertua di Malaysia dan ia terletak di bandar raya bersejarah Melaka. Masjid ini telah dibina pada 1728 dan didirikan oleh Datuk Shamsudin yang berketurunan Cina Muslim. Ia juga berfungsi sebagai pusat penyebaran dan pendidikan agama Islam terutamanya semasa zaman penjajahan Belanda.


Sejarah dan asal-usul pembinaan


Shamsudin adalah anak seorang Kapitan Melayu iaitu Datuk Harun yang telah dilantik oleh pihak Belanda. Kapitan tersebut berketurunan Cina dan pada asalnya dilahirkan dan dibesarkan di negara China. Pun begitu, beliau telah meninggalkan tanahairnya selepas tercetus pergaduhan antara keluarga dan kemudiannya belayar ke gugusan Kepulauan Melayu.


Bahtera yang dinaiki oleh Harun dilanda ribut dan karam berdekatan dengan perairan Melaka. Namun, beliau diselamatkan oleh seorang muazin Melayu dan kemudiannya dijadikan anak angkat serta dikahwinkan dengan anak perempuan muazin tersebut.


Beliau kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam urusan perdagangan serta aktiviti keagamaan dan menjadi salah seorang saudagar yang terkenal di Melaka. Usaha ini kemudiannya diteruskan oleh anak beliau iaitu Shamsudin yang mana sering mewakafkan tanah untuk tujuan pembinaan pusat-pusat keagamaan.


Pembinaan Masjid Kampung Hulu ini yang menelan belanja lebih kurang setengah juta ringgit juga merupakan antara salah satu sumbangan beliau terhadap perkembangan Islam di rantau ini. Ia terletak di kawasan yang agak tertutup menggambarkan asal-usul penaungnya yang terdiri dari golongan atasan.


Walaupun masjid ini mempunyai kawasan tanah yang agak besar pada awalnya tetapi keluasan tanah ini telah berkurangan setelah ditipu oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan ruang utama masjid, tempat wuduk, menara dan pagar utama disempitkan ke dalam tapak pembinaan yang lebih kecil.


Perancangan dan konsep reka bentuk


Ruang utama masjid ini tidak disokong oleh tiang sebaliknya ia ditinggikan oleh papak lantai konkrit lebih kurang setengah meter tinggi dari aras tanah.


Papan lantai tersebut dihiasi dengan jubin seramik berasaskan motif bunga-bungaan. Terdapat susur tangga dari besi mengelilingi keseluruhan ruang serambi masjid tersebut. Dinding kukuh yang berukuran dua meter tinggi menyokong struktur bumbung yang dilapisi secara tiga tingkat.


Setiap sudut bagi aras bumbung masjid ini berubah menurut konsep pembinaan kuil Cina. Pada setiap pangkal perabung bumbung yang dibina dari konkrit dihiasi dengan motif bunga-bungaan agar kelihatan bersesuaian dengan mahkota atau mastaka
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 25-8-2007 09:49 PM |All posts
Saya sudah banyak kali melawat Masjid Kampung Laut di Kelantan. Saya juga pernah melawat Surabaya di Indonesia yang merupakan markas Sunan Ampel (Wali Songo/Wali 9) dan terletaknya Masjid Gresik. Pada pengamatan saya, masjid Kampung Laut iti dibina dengan seni bumbung orang Jawa Timur seperti yang tersapat di Surabaya. Memang jelas bahawa orang yang membina masjid kampung laut itu mahir dengan selok belok binaan orang jawa Timur. Sunan Ampel itu dilahirkan di Champa, manakala anak cucunya terus menetap di Jawa. Pada masa itu Kelantan dan Champa amat erat sekali, malahan Patanni juga. Oleh itu amat membingungkan kerana pernah juga kelantan dan Patanni bersatu sebagai sebuah kerajaan. Di kala Achech dan Kelantan-Patanni sudah mencapai status Serambi Mekkah, orang jawa masih lagi sesat dengan ajaran Hindu yang menyeleweng.

[ Last edited by  WonBin at 25-8-2007 10:05 PM ]
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 26-8-2007 12:21 PM |All posts

Reply #9 WonBin's post

ada amik pic?

paste dan share lah ngan kami

Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 27-8-2007 08:03 PM |All posts
you can search on google.ada banyak gambar. Boleh bandingkan. Saya nampak Masjid Kampung Laut itu seperti tersesat kerana seperti yg saya katakan, design bumbungnya ialah bumbung orang Jawa. Mungkin juga orang Jawa telah meniru bumbung masjid yg diasaskan oleh Wali 9 itu sebagai reference design bumbung di Jawa kerana sepertimana yang kita sedia maklum,orang Jawa amat fanatik dan taksub dengan Wali 9. Sampai sekarang mereka tidak boleh menerima beberapa orang anggota Wali 9 adalah dilahirkan dan dibesarkan di wilayah Champa dan Kelantan-Patanni, asal daripada orang Arab yang melarikan diri ke India (keturunan Rasullalah SAW)
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 27-8-2007 08:08 PM |All posts
apabila berbincang mengenai Masjid terawal di Nusantara, kita kena cari asasnya daripada Kerajaan Acheh Pasai, Kerajaan Kelantan Patanni, Kerajaan Melayu Champa dan Kesulatanan Brunei. Rahsianya ada di sana. Di Jawa tiada jawapan kerana Islam di Jawa masih baru.
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 6-9-2007 09:26 AM |All posts
Masjid Lama Lenggeng berusia 170 tahun
Oleh Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (mindakritis@yahoo.com)


PEKAN Lenggeng merupakan sebuah pekan kecil yang terletak 30 kilometer ke utara Seremban. Ia dikatakan wujud 170 tahun yang lampau dan nama Lenggeng ini diambil daripada asal nama pokok balak iaitu pokok Lenggeng.

Sejarah dan asal-usul pembinaan

Tuan Sheikh bin Haji Patton atau nama sebenarnya ialah Saad bin Patton dilahirkan pada 1879 di Lubuk Machang, Sawah Angong, Sumatera Barat di Indonesia. Pada 1924, beliau telah berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di daerah luak Sungai Ujong di dalam kawasan Lenggeng. Beliau telah mempelajari ilmu agama di bawah Sheikh Maulana Ibrahim di Kota Tua dan memimpin ajaran tarekat Nasqabandiah.

Tuan Syeikh merupakan seorang yang berpengaruh dan disegani ramai oleh penduduk kampung kerana kewibawaan dan kepandaian beliau dalam hal ehwal keagamaan. Beliau juga merupakan pengasas kepada pembinaan Masjid Lama di Kampung Sungai Machang yang didirikan pada 1930.

Perancangan dan konsep reka bentuk

Reka bentuk masjid ini adalah berkonsepkan bumbung limas bungkus atau bumbung berlapis disebabkan oleh bentuk bumbung piramid yang dibina secara bertingkat tingkat. Pelan tata aturnya adalah ringkas iaitu berdasarkan segi empat sama dengan setiap sisinya menghala ke arah mata angin utama agar bahagian pintu masuk utama menghadap arah matahari naik.

Masjid ini juga tidak mempunyai sebarang menara dan laungan azan dilakukan secara memukul beduk atau taboh yang terletak di bahagian serambi. Wuduk diambil di kolah kecil dan telaga yang terletak di bahagian kiri tangga masjid. Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, loteng, ruang mihrab dan mimbar.

Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Terdapat empat batang tiang utama terletak di dalam ruang ini.

Di bahagian dinding yang menghadap kiblat terdapat satu ruang yang digelar mihrab. Ia agak terkeluar sedikit daripada bentuk asal masjid dan terdapat bukaan di bahagian kiri dan kanannya. Ruang ini dikhususkan untuk imam semasa mengetuai sembahyang berjemaah. Ruang mimbar pula terletak di sebelah kanan mihrab dan diukiri dengan hiasan yang menarik. Loteng pula terletak di bahagian atas dan disokong oleh empat tiang utama dan dibina secara penyambungan menggunakan tanggam (sambungan kayu yang bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh), pasak dan paku. Ia dihubungkan dengan sebuah tangga kayu mudah alih yang terletak di ruang sembahyang.

Elemen reka bentuk dan bahan binaan

Struktur pembinaan masjid ini menggunakan komponen kayu cengal dan merbau pada komponen tiang, alang, dinding, lantai, tingkap dan pintu, manakala batu pelapik dan tangga utama diperbuat daripada simen dan batu bata. Papan siling yang menutup struktur bumbung adalah daripada kayu seraya manakala bumbung masjidnya beratapkan zink.

Terdapat empat jenis tingkap pada binaan masjid ini iaitu tingkap utama secara bukaan penuh hingga aras lantai terletak di ruang sembahyang dan tiga tingkap lagi di bahagian sisinya. Terdapat hanya satu pintu utama di masjid ini yang menghubungkan ruang serambi ke ruang sembahyang. Terdapat juga motif ukiran berdasarkan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan contohnya seperti ukiran bunga ketola (tumbuhan pokok memanjat) pada atas pintu dan awan larat yang terdapat pada bahagian atas loteng.

* Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ialah Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (Kalam), Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 7-9-2007 12:25 AM |All posts

Reply #12 WonBin's post

di brunei, islam datang agak lambat dari jawa, sumatera, semenanjung (raja  hanya memeluk islam pada diantara 1385-1400). masjid besar brunei yang paling awal hanya dibina oleh sultan sharif ali pada tahun 14++.

masjid tu habis dibakar oleh tentera sepanyol (dari manila di bawah pimpinan Francisco de Sande) pada tahun 1578. meaning masjid tu dah tak ade waktu ini...

/maaf lah. tahun tu hanya menggunakan anggaran sahaja kerana dah lama tak tengok buku sejarah.

[ Last edited by  keep88 at 7-9-2007 12:27 AM ]
. , . , . , .
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 14-9-2007 11:25 PM |All posts
Mr. Oshin_Honey.. extravaganza.. ahakzzz..
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 14-9-2007 11:25 PM |All posts
Sultan Abu Bakar Mosque !!!



The Royal Abu Bakar Mosque.

Mr. Oshin_Honey.. extravaganza.. ahakzzz..
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 14-9-2007 11:26 PM |All posts
Sarawak State Mosque (http://archnet.org/library/images/thumbnails.tcl?location_id=2601), Kuching, Malaysia
Photograph Date 1991
Photographer Courtesy of architect
Copyright Aga Khan Award for Architecture









Mr. Oshin_Honey.. extravaganza.. ahakzzz..
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 30-6-2009 06:40 AM |All posts
Menjejak khazanah bernilai

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Program Jejak Warisan Masjid memberikan ilmu dan pengalaman berharga buat peserta yang mengikuti acara ini.



TARIKH 5 Mei lalu pasti meninggalkan kenangan paling manis buat negara. Ini berikutan kejayaan Kuala Lumpur dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009 bagi rantau Asia oleh Pertubuhan Antarabangsa Pendidikan, Saintifik dan Budaya Islam (ISESCO).

Pemilihan itu memberi satu pengiktirafan tertinggi yang diterima Malaysia. Ini kerana bukan mudah untuk melepasi syarat ketat yang ditetapkan dalam pemilihan tersebut.

Kemampuan Kuala Lumpur mengatasi cabaran kota-kota lain di dunia dalam penonjolan budaya Islam membolehkan kejayaan berpihak kepadanya.

Malah, Setiausaha Agung ISESCO, Dr. Abdul Aziz Othman Altwaijri berkata, antara faktor pemilihan itu termasuklah kerana Malaysia merupakan negara Islam contoh yang berjaya memaparkan tahap ketamadunan serta kebudayaan yang tinggi.

Rentetan daripada pengiktirafan tersebut, Jabatan Warisan Negara (Warisan) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan satu program Jejak Warisan Masjid yang diadakan pada 8 Jun lalu.


MASJID Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur.


REKA BENTUK tingkap di Masjid India yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.


DEKORASI dalaman yang cantik di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.


SENTUHAN hiasan dinding turut ditampilkan dalam ruang solat di Masjid India, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.


MASJID Wilayah Persekutuan menerima sentuhan gaya seni bina Safavid dari Timur Tengah.


PINTU kayu Masjid Jamiul Ehsan, Setapak, Kuala Lumpur.


MASJID Wilayah Persekutuan yang dibina pada 1997 turut menerima sentuhan senibina moden.

Sebanyak tujuh buah masjid telah dijejaki dan dilawati oleh 300 peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan termasuk wakil media dalam usaha memperkenalkan dan memberi kesedaran terhadap kepentingan sesebuah masjid warisan yang harus dipelihara untuk generasi akan datang.

Masjid yang dipilih ialah Masjid Negara, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Jami'ul Ehsan, Masjid India, Masjid Asy-Syakirin KLCC dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Warisan, Profesor Dr. A. Ghafar Ahmad, program itu bertujuan memberi peluang kepada golongan remaja dan belia mengetahui tentang sejarah dan maklumat mengenai sesebuah masjid.

"Mereka bukan sahaja melihat masjid yang dilawati dari sudut fizikal semata-mata, tetapi juga mengimbau sejarah, fungsi dan keunikan senibinanya.

"Semua peserta dalam program ini telah diberi taklimat oleh pakar-pakar dalam bidang senibina dan sejarah sesebuah masjid. Selain itu, mereka turut diberi pendedahan mengenai peranan masjid dan perkembangan rumah ibadat umat Islam ini di Kuala Lumpur," ujar A. Ghafar ketika ditemui Kosmo! selepas tamat sesi Jejak Warisan Masjid yang berakhir di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Tambahnya lagi, kesemua masjid yang dipilih mewakili zaman berbeza dari tahun 1920 hingga 1990-an. Ini jelasnya, bagi memperlihatkan kepelbagaian dan perkembangan reka bentuk sesebuah masjid daripada unsur tradisional dalam ragam hias sehingga menerapkan unsur moden dalam pembinaannya selepas era kemerdekaan.

Turut serta dalam program tersebut ialah wakil dari Pertubuhan Arkitek Malaysia, Mariyah Pit dan A. Najib Ariffin serta Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Dr. Asyaari Muhamad.

Mariyah yang memberi taklimat untuk peserta Kumpulan 1 yang terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah berkata, secara keseluruhannya, struktur dan reka bentuk masjid yang ada di Malaysia mempunyai perbezaan yang tersendiri.

"Dalam lawatan sehari untuk program ini, kita dapat melihat perbezaan senibina sesebuah masjid dengan masjid yang lain.

"Ini menunjukkan pembinaan masjid tidak terhad pada reka bentuk tertentu, sebaliknya, ia bebas dan bergantung pada arkitek atau jurutera yang menghasilkan rekaan tersebut.

"Contohnya, penggunaan kubah masjid. Ia bukan satu perkara wajib yang perlu ada untuk pembinaan sesebuah masjid. Walaupun ia dianggap penting satu ketika dahulu, namun kini ia tidak semestinya perlu dibina.

"Pembinaan Masjid Negara, antara yang membuat pembaharuan dalam aspek penggunaan kubah. Ini kerana jurutera dan arkiteknya tidak menerapkan unsur kubah pada masjid tersebut.

"Malah, secara peribadi, saya merasakan pembinaan Masjid Negara adalah yang paling efektif dalam aspek fungsi dan keberkesanan rekaannya," jelas Mariyah sambil menambah bahawa pembinaan Masjid Jamek Kuala Lumpur pula lebih kepada ciri-ciri Inggeris menerusi konsep pavilion yang direka untuk memperoleh peredaran udara yang baik.

Reka bentuk dan penyeliaan Masjid Negara telah dilakukan oleh tiga arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka ialah Datuk Baharuddin Kassim, Datuk Hisham AlBakri dan Howard Ashley dari United Kingdom. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya.

Reka bentuknya sejajar dengan pembinaan bangunan zaman moden dengan senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil daripada campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan.

Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan reka bentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden.

Sementara itu, Masjid Jami'ul Ehsan pula merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah di Kuala Lumpur. Masjid ini asalnya dibina daripada kayu dengan atap berbumbung piramid. Ia dipercayai didirikan di Kampung Puah, Setapak pada tahun 1879 atau lebih awal daripada itu.

Pada tahun 1900 dan diketuai oleh Penghulu Datuk Sati, masjid itu ditempatkan semula di Lot 2772 yang terletak di belakang pasar Setapak. Ia kemudian sekali lagi dipindahkan ke tapak yang asal sekarang pada tahun 1920 dan masih mengekalkan struktur asli bangunan tersebut.

Menariknya, pembinaan masjid asal Jami'ul Ehsan ini tidak menggunakan paku. Justeru, ia memudahkan penduduk untuk memindahkannya.

Asyaari menjelaskan bahawa proses pemuliharaan telah dijalankan di kawasan masjid ini sejak 2006.

Beliau yang menjalankan kerja-kerja arkeologi dalam projek pemuliharaan di masjid warisan ini berkata, sepanjang proses tersebut, banyak artifak-artifak lama ditemui di sekitar kawasan masjid tersebut.

"Antaranya termasuklah penemuan kayu pemukul beduk dan batu nisan yang dipercayai berusia ratusan tahun serta pecahan porselin dan seramik Eropah lama yang tertanam di masjid ini.

"Barangan ini diyakini berasal dari Belanda. Ini kerana corak dan motif yang digunakan pada barangan porselin itu mirip kepada gaya Belanda. Ia kemudian telah disahkan oleh pakar bidang berkenaan setelah kami menghantar barang penemuan tersebut kepada mereka," jelas Asyaari sambil menambah terdapat banyak nilai sejarah yang perlu dipertahankan di Masjid Jami'ul Ehsan ini.

Beralih kepada senibina moden, Masjid Wilayah Persekutuan adalah jawapan dalam program Jejak Warisan ini. Dengan keluasan 47,000 meter persegi, ia dibina pada 1997 dan dibuka secara rasmi pada 25 Oktober 2000 oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail.

Sebagai salah sebuah masjid utama di Kuala Lumpur, masjid ini terletak di tapak bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Hampir keseluruhan kawasan masjid ini dikelilingi elemen air dalam kolam yang memantulkan imej menarik apabila disinari cahaya mentari. Dewan solat utamanya terletak di tingkat tiga dan empat. Masjid ini turut dilengkapi dengan kemudahan lif, tangga dan eskalator untuk memudahkan jemaah menuju ke dewan solat.

Faktor menarik mengenai masjid ini adalah percampuran antara gaya seni bina Safavid dari Timur Tengah pada reka bentuk keseluruhan, tetapi menggunakan pengaruh gaya Uthmaniyyah pada sebahagian kubah kecil yang menyokong kubah utama.

Di samping itu, dua buah menara yang ada di masjid ini, dipengaruhi elemen binaan gaya Mesir dengan corak tajam di mercu atau puncak menara dan ia diperindahkan dengan seni halus tradisional Melayu terutama pada seni hiasan dalaman.

Menggunakan 22 buah kubah secara keseluruhannya, pembinaan masjid empat tingkat ini mencecah kos sebanyak RM255 juta dan merupakan masjid ke-44 yang dibina oleh kerajaan di Kuala Lumpur.


MASJID Jami'ul Ehsan di Setapak merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah pembangunan Kuala Lumpur.

Apa yang pasti, pembinaan masjid sebegini membuktikan kemampuan umat Islam dalam mengangkat ketinggian dan kesucian sesebuah masjid yang menjadi tempat untuk mereka beribadat dan mengabdikan diri pada Ilahi.

Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa kemajuan yang dicapai dalam aspek senibina dan penyatuan antara unsur tradisional serta moden berjaya diaplikasikan dengan cara terbaik dan seimbang tanpa sebarang kecacatan.
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 30-6-2009 06:56 AM |All posts
Nilai estetika tiga masjid

Senibina Masjid India, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kampung Baru mempunyai nilai estetika yang tinggi.


MASJID Jamek Kampung Baru dibina hasil kerjasama penduduk kampung.


MASJID India mula dibina pada 1863 oleh pendatang India Muslim.

SETIAP masjid yang dibina pasti mempunyai keistimewaan yang sukar ditandingi. Jika bukan pada reka bentuknya, nilai keistimewaan tersebut mungkin boleh didapati daripada fungsi masjid itu sendiri.

Ungkapan di atas mungkin sesuai ditujukan kepada tiga buah masjid yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur iaitu Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru dan Masjid India.

Ketiga-tiga masjid tersebut diakui mempunyai nilai estetika yang tinggi dan ia perlu dipertahankan sebagai warisan berharga demi generasi akan datang.

Masjid Jamek Kampung Baru contohnya, merupakan masjid yang dibina hasil kerjasama penduduk yang mahukan rumah ibadat didirikan di kawasan itu.

Sejarahnya bermula apabila seorang pedagang Melayu, Bachik Abdullah bersetuju menyumbangkan sebidang tanah seluas empat lot untuk tujuan tersebut pada tahun 1880-an.

Beliau yang berasal dari Melaka dan mempunyai sebuah rumah di Jalan Melayu, terkenal sebagai ketua orang Melayu Kampung Ujong Pasir yang dermawan.

Tanah sumbangan Bachik itu kemudiannya diwakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kampung Baru pada akhir 1920-an bagi tujuan pembangunan sebuah masjid.

"Pada awalnya, pembinaannya berbentuk seperti sebuah balai dan ia sekadar memenuhi keperluan penduduk untuk menunaikan solat. Lantainya diperbuat daripada kayu manakala tiangnya pula daripada batang pokok nibung. Ia kemudiannya ditukar menjadi surau.

"Kawasan ini juga dijadikan tanah perkuburan untuk penduduk Kampung Baru ketika itu. Setakat hari ini, bangunan asal masjid itu telah diruntuhkan sebanyak tiga kali.

"Masjid yang lebih menyerupai senibina rumah Melayu Melaka ini telah diganti dengan bangunan baru melalui kutipan derma daripada setiap penduduk kampung iaitu sebanyak RM60. Sehingga tahun 1955, jumlah kutipan yang dibuat dengan cara itu berjaya mengumpulkan sebanyak RM30,000.

"Memandangkan proses kutipan tersebut dilihat agak perlahan, maka satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mempercepatkan kempen mengutip derma. Akhirnya jawatankuasa tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM214,000 yang mana RM90,000 daripadanya merupakan sumbangan kerajaan Selangor dan bakinya hasil derma dan tabungan masjid," jelas Setiausaha Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru, Mohdin Ali.

Berbanding Masjid Jamek Kampung Baru yang mencatat sejarah tersendiri dalam pembinaannya, Masjid Jamek Kuala Lumpur pula kaya dengan nilai warisan yang tinggi.

Juga dikenali sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, ia merupakan salah sebuah di antara masjid tertua di Kuala Lumpur yang dibina pada 1897 oleh para pedagang Islam yang berasal dari India.


PENGGUNAAN warna belang merah dan putih di dinding batu sama seperti masjid jamek di Cordoba, Sepanyol.

Ketinggian nilai masjid ini bukan sahaja disebabkan pada senibina yang menarik, tetapi juga lokasinya yang terletak di tapak bersejarah iaitu di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Ia berfungsi sebagai masjid utama di kota ini sehinggalah Masjid Negara siap dibina pada tahun 1965. Reka bentuk masjid ini mengikut tata rajah tradisional India Utara dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau sahn.

Masjid ini diapit dengan dua menara utama dan beberapa buah menara kecil. Kubah bebawang pada puncak menara dan dewan solat pula, menyerupai senibina Mughal.

Penggunaan warna belang merah dan putih di dinding batu sama seperti masjid jamek di Cordoba, Sepanyol yang membentuk dinding luar masjid. Selain itu, ia kelihatan begitu unik dan tampak berbeza menerusi kewujudan gerbang bertiang yang diperincikan dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.

Pembinaannya diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, A.B. Hubbock, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India.

Sementara itu, bagi Masjid India pula, ia turut mempunyai cerita tersendiri yang menarik untuk dikongsi kepada umum.

Menurut Pengerusi Masjid India, A.V.M Haja, ia mula dibina pada tahun 1863 oleh komuniti pendatang India Muslim yang menjalankan perniagaan dan menetap di sekitar Batu Road atau kini dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Ia dibina menggunakan struktur papan dan atap kayu mengikut gaya senibina Melayu. Ketika itu, tiada kemudahan air paip di dalam masjid. Kebanyakan jemaah akan mengambil wuduk di Sungai Klang.

"Bagi menampung jumlah jemaah India Muslim dan lain-lain pekerja, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan di masjid ini pada tahun 1900, 1939 dan 1962," jelas Haja ketika ditemui Kosmo!.

Pengubahsuaian besar-besaran telah dilakukan pada 1962 dengan dana yang dinaungi oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 29 Jun 1964, bangunan Masjid India setinggi tiga tingkat ini siap dibina. - KHADIJAH MOHAMAD NOR
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 8-8-2009 06:47 AM |All posts
Masjid balai rong seri

Oleh NOOR ADILA ALI

Jika dinilai dari sudut kejuruteraan moden, binaan tanpa tiang tengah dibimbangi tidak tahan lama, tetapi kepakaran generasi lampau dalam pertukangan membuktikan sebaliknya.


PEMANDANGAN Masjid Lama Mulong, Kota Bharu pada sebelah malam.

SEKITAR tahun 1950-an, timbul cadangan untuk merobohkan balai rong seri di Istana Raja Dewa Tuan Zainal Abidin. Kediaman Raja Dewa itu terletak berhampiran Istana Balai Besar di Kota Bharu, Kelantan.

Balai rong seri yang diperbuat daripada kayu yang dibina sekitar tahun 1900 itu mahu dirobohkan untuk memperbesar istana. Berita itu kemudian didengari beberapa pekerja istana yang tinggal di Kampung Kedai Mulong, yang percaya balai rong seri itu masih ada kegunaannya.

Meskipun binaan balai rong seri itu kelihatan usang kerana sudah ditinggalkan kosong sejak Perang Dunia Kedua, penduduk Kampung Kedai Mulong tetap sepakat mengadakan mesyuarat demi mencari jalan untuk menggunakannya.

Hasil perbincangan penduduk kampung itu, mereka menyedari mengenai kesukaran penduduk bersolat kerana ketiadaan masjid di kampung itu.

"Dari situlah tercetusnya idea untuk membeli balai rong itu untuk dijadikan sebuah masjid," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Konservasi dan Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN), Mat Nasir Baba ketika menceritakan sejarah awal kewujudan Masjid Lama Mulong, yang terletak kira-kira 11 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Balai rong seri jadi masjid

Mat Nasir memberitahu, pihak istana menawarkan balai rong seri itu pada harga RM1,000. Tidak menunggu lama, penduduk kampung berpakat mengumpul duit untuk membeli bangunan lama tersebut dan mempercepat proses pemindahannya.

Pemindahan pada waktu itu dilakukan dengan lori. Struktur lantai dan bumbungnya telah dipotong dua untuk memudahkan kerja pemindahan ke Kampung Kedai Mulong yang jaraknya kira-kira 11 kilometer.

Binaan lama itu kemudiannya dirombak dan dibina semula sebagai masjid yang berlokasi di bahu jalan atas tanah wakaf Abdul Rahman Ismail dan dinamakan sebagai Masjid Ar-Rahman atau dikenali sebagai Masjid Lama Mulong.

"Balai rong seri itu dipasang semula secara gotong-royong seperti bentuk asalnya dengan penambahan ruang mihrab dan anjung masuk," tambahnya.

Penduduk kampung bersepakat menghulurkan derma untuk menyiapkan masjid yang boleh memuatkan lebih 100 jemaah itu dan mula digunakan sejak tahun 1958.

Keunikan masjid

Sebagai sebuah masjid yang berasal daripada sebuah balai rong seri, bangunan kayu itu memiliki pelbagai keunikan tersendiri. Antaranya, ia didirikan tanpa menggunakan paku selain sambungan tanggam dan pasak pada era 50-an yang sekali gus mengetengahkan keunikan warisan silam seni bina Melayu Kelantan yang kini amat jarang dapat dilihat.

Walaupun reka bentuk binaannya ringkas, ia tetap menonjolkan ciri-ciri sebuah istana dan kediaman golongan bangsawan di negeri ini pada masa silam.

"Ini boleh dilihat pada struktur keseluruhan bangunan, bahagian dinding, pintu, tiang dan ruang atapnya, walaupun bahagian yang berukir sudah hampir tiada," katanya.

Masjid itu turut menggabungkan pelbagai unsur seni bina Melayu Kelantan dan Cina. Memandangkan struktur asalnya ialah balai rong seri, maka bangunan itu dibina tanpa tiang tengah. Strukturnya dikukuhkan dengan 16 batang tiang di sekelilingnya.

Jika dinilai dari sudut kejuruteraan moden, binaan tanpa tiang tengah dibimbangi tidak tahan lama, tetapi kepakaran generasi lampau dalam pertukangan membuktikan sebaliknya.

Mat Nasir juga menyatakan masjid tersebut berlainan dengan binaan tradisional Kelantan yang lain kerana lantainya tidak disokong oleh 'rasuk panjang'.

"Apa yang ada hanyalah rasuk melintang dan lantainya disokong oleh 32 kayu penyokong berbentuk kaki cermin. Biasanya sebuah rumah tidak memerlukan kayu penyokong atau 'tongkat' yang sebegitu banyak. Tetapi ketiadaan 'rasuk panjang' menyebabkan perlunya kepada bilangan tongkat sedemikian," katanya lagi.


RAIS (kiri) semasa meletak plak konservasi bangunan warisan negara di luar Masjid Lama Mulong, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Sebenarnya Masjid Lama Mulong ini terlalu istimewa, bukan hanya kerana seni rekanya yang cantik dan unik, malah sejarah di sebalik kewujudannya itu yang menjadi faktor utama ia dipilih sebagai Bangunan Warisan Negara.

Penyenaraian itu menjadikannya antara 11 buah bangunan bersejarah di seluruh negara yang diberi tumpuan untuk proses baik pulih sepanjang tahun ini.

Keunikan Masjid Lama Mulong tidak harus disia-siakan. JWN mahu menjadikan bangunan ini sebagai satu monumen yang akan terus dipulihara untuk kegunaan dan tatapan generasi akan datang.

Mat Nasir mengakui bahawa tanpa usaha dan kesungguhan penduduk kampung untuk konservasi bangunan itu yang pada mulanya dipelopori oleh Allahyarham Cikgu Hamzah Mahmud, JWN mungkin langsung tidak mengetahui kewujudan masjid bersejarah ini.

Projek konservasi

Sebaik sahaja Masjid Lama Mulong disenaraikan sebagai Bangunan Warisan Negara, projek pemuliharaan binaan berusia lebih 100 tahun itu terus dilaksanakan.

Ia melibatkan proses awal mencerap kayu, mengikis lapisan cat pada tiang, dinding dalam dan luar, panel janda berhias, jejala, motif serta menukar bata asbestos bumbung kepada batu jenis senggora Thailand.

Pemuliharaan masjid itu juga mencatat sejarah apabila ia melibatkan peralihan masjid dari tapaknya yang asal berikutan masalah berkaitan keluasan tanah wakaf.

Masjid itu dianjakkan ke depan sejauh enam meter dan ke kanan sebanyak tiga meter dengan menggunakan kaedah chain-lock. Kaki-kaki tiang masjid diangkat dan dilapik dengan batang besi paip untuk menggerakkannya penuh hati-hati.

Semasa pekerja mengikis cat lama di bahagian atas panel 'janda berhias' atau dinding asal balai rong seri, mereka terjumpa ukiran awal berbentuk bunga.

"Ukiran bunga ini akan dikekalkan agar sejarah asal balai rong tidak hilang," kata Mat Nasir.

Ciri uniknya diperkukuh dengan sisip angin berukir geometri bagi memudahkan pengaliran udara yang menyejukkan ruang dalaman dan buah guntong pada siling menggantikan tiang.

Kini, selepas lapan bulan menjalani proses baik pulih, Masjid Ar-Rahman atau Masjid Lama Mulong muncul dengan wajah silamnya yang indah dan dibuka untuk diimarahkan semula oleh pengunjungnya.

Seorang ahli jawatankuasa kariah masjid, Ahmad Farid Mahmood memberitahu, selepas projek konservasi itu siap, ia sering lokasi kunjungan masyarakat dari serata pelosok negeri.

"Apatah lagi sejak ia dirasmikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 17 Julai lalu, ramai yang mula sedar kewujudan masjid ini," katanya. - Bernama
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 8-8-2009 10:17 AM |All posts
Masjid Kampung Laut



Disaat Cinta insan dtg & prgi, Engkau sntiasa dcc. Ya Rahman Ya Rahim
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 8-8-2009 10:21 AM |All posts
Masjid langgar



Disaat Cinta insan dtg & prgi, Engkau sntiasa dcc. Ya Rahman Ya Rahim
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 8-8-2009 10:28 AM |All posts
Masjid Kampung Hulu Melaka



Disaat Cinta insan dtg & prgi, Engkau sntiasa dcc. Ya Rahman Ya Rahim
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 8-8-2009 07:05 PM |All posts
Post Last Edit by ntohapehapentoh at 8-8-2009 19:07

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar







Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 10-8-2009 02:09 PM |All posts
Balai Rong Seri Bertukar Menjadi Masjid

Oleh Noor Adila Ali

KOTA BAHARU, 6 Ogos (Bernama) -- Dalam tahun 1950an, ada cadangan untuk merobohkan balai rong seri di Istana Raja Dewa Tuan Zainal Abidin, putera baginda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad III.

Kediaman Raja Dewa itu terletak berhampiran Istana Balai Besar di Kota Baharu dan balai rong seri yang diperbuat daripada kayu yang dibina sekitar tahun 1900 itu mahu dirobohkan untuk membesarkan istana.

Berita itu kemudian didengari beberapa pekerja istana yang tinggal di Kampung Kedai Mulong, dekat sini, yang percaya balai rong seri itu masih ada kegunaannya. Meskipun binaan balai rong seri itu kelihatan usang kerana lama ditinggalkan kosong selepas Perang Dunia Kedua, penduduk Kampung Kedai Mulong tetap sepakat mengadakan mesyuarat berbincang mencari jalan untuk menggunakannya.

Hasil perbincangan penduduk kampung itu, mereka menyedari mengenai kesukaran penduduk bersolat merata-rata masjid kerana ketiadaan masjid di kampung itu.

"Di situlah mulanya tercetus idea penduduk kampung untuk membeli binaan balai rong itu bagi dijadikan sebuah masjid di petempatan mereka," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Konservasi dan Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN), Mat Nasir Baba menceritakan sejarah awal kewujudan Masjid Lama Mulong, yang terletak kira-kira 11 kilometer dari bandar Kota Baharu.

BALAI RONG SERI JADI MASJID

Mat Nasir meneruskan cerita, katanya, dengan nilai RM1,000 yang diletakkan pihak istana untuk balai rong seri itu, penduduk kampung berpakat mengumpul duit dan membeli binaan itu dan menyegerakan proses pemindahannya.

Beliau berkata pemindahan pada waktu itu dilakukan dengan lori dan struktur lantai serta bumbung telah dipotong dua untuk memudahkan kerja pemindahan ke Kampung Kedai Mulong, kira-kira tujuh batu dari tapak asal.

Ia dirombak dan dibina semula sebagai masjid di bahu jalan atas tanah wakaf Abdul Rahman Ismail dan dikenali sebagai Masjid Ar-Rahman.

"Ia kemudian dipasang semula secara gotong-royong seperti bentuk asal balai rong seri dengan penambahan ruang mihrab dan anjung masuk," katanya.

Beliau berkata penduduk kampung berpakat menghulurkan derma untuk menyiapkannya dan masjid seluas 23 kaki x 55 kaki yang boleh memuatkan lebih 100 jemaah itu mula digunakan pada akhir 1958.

KEUNIKAN MASJID

Mat Nasir berkata sebagai sebuah masjid yang asalnya daripada sebuah balai rong seri, bangunan kayu itu memiliki pelbagai ciri keunikan tersendiri antaranya didirikan tanpa paku selain sambungan tanggam dan pasak pada era 50-an itu, yang mengetengahkan keunikan warisan silam seni bina Melayu Kelantan yang kini amat jarang dapat disaksikan.

Walaupun reka bentuk binaannya agak ringkas, ciri-cirinya biasa kedapatan di istana dan kediaman golongan bangsawan di negeri ini pada masa silam.

"Ia boleh dilihat pada struktur keseluruhan bangunan, bahagian dinding, pintu, tiang dan ruang atap walaupun bahagian yang berukir hampir tiada," katanya.

Uniknya lagi masjid itu ialah apabila reka bentuknya menggabungkan pelbagai unsur seni bina Melayu Kelantan bersama unsur binaan Cina.

Disebabkan asalnya juga sebagai balai rong seri, bangunan itu dibina tanpa tiang tengah manakala strukturnya dikukuhkan dengan 16 batang tiang di sekeliling masjid.

Dari sudut kejuruteraan moden, binaan tanpa tiang tengah dibimbangi tidak tahan lama tetapi kepakaran generasi awal dahulu dalam bidang pertukangan membuktikan sebaliknya.

Mat Nasir berkata masjid itu juga berlainan dengan binaan tradisional Kelantan yang lain dengan lantainya tidak disokong oleh 'rasuk panjang'.

"Apa yang ada hanyalah rasuk melintang dan lantai disokong oleh 32 kayu penyokong berbentuk kaki cermin.

"Biasanya sebuah rumah tidak memerlukan kayu penyokong atau 'tongkat' yang sebegitu banyak. Tetapi ketiadaan 'rasuk panjang' menyebabkan perlunya kepada bilangan tongkat sedemikian," kata Mat Nasir.

BANGUNAN WARISAN NEGARA

Dek kerana rupa luaran Masjid Lama Mulong yang dahulunya kelihatan usang dimamah usia, dengan saiznya yang kecil dan serba uzur seperti menunggu masa untuk roboh itu, tiada siapa menyangka, ia masih mampu menarik perhatian sehingga bangunan itu menjadi pilihan JWN untuk disenaraikan sebagai Bangunan Warisan Negara.

Penyenaraian itu menjadikan ia antara 11 bangunan bersejarah di seluruh negara yang diberi tumpuan untuk baik pulih sepanjang tahun ini.

Sebenarnya Masjid Lama Mulong ini terlalu istimewa, kerana bukan sahaja seni reka bentuknya yang cantik dan unik malahan cerita sejarah di sebalik kewujudannya itu yang menjadi faktor utama ia dipilih sebagai Bangunan Warisan Negara.

Beliau berkata keunikan Masjid Lama Mulong tidak harus disia-siakan, dan JWN mahu menjadikan bangunan ini satu monumen yang akan terus dipulihara untuk kegunaan dan tatapan generasi akan datang.

Mat Nasir bagaimanapun berkata tanpa usaha dan kesungguhan penduduk kampung itu sendiri terutama idea konservasi masjid berkenaan yang pada mulanya dipelopori oleh Allahyarham Cikgu Hamzah Mahmud, penduduk asal di situ, JWN mungkin langsung tidak mengetahui kewujudan masjid bersejarah ini.

"Allahyarham Cikgu Hamzah adalah individu yang bertungkus lumus melobi idea untuk melakukan konservasi ini bersama dengan Pesuruhjaya JWN, Prof Emeritus Datuk Siti Zuraina Majid tetapi Cikgu Hamzah meninggal sebulan selepas jawatankuasa masjid menyerahkan masjid kepada JWN pada 22 Nov 2008 untuk tujuan pemuliharaan," katanya.

Menurutnya sebahagian tapak bangunan masjid itu kini merupakan wakaf daripada Allahyarham Abdul Rahman Ismail atau lebih dikenali sebagai Ayah Su.

PROJEK KONSERVASI

Sebaik sahaja Masjid Lama Mulong disenaraikan sebagai Bangunan Warisan Negara, projek pemuliharaan binaan berusia lebih 100 tahun itu terus dilaksanakan.

Ia melibatkan proses awal mencerap kayu, mengikis lapisan cat pada tiang, dinding dalam dan luar, panel janda berhias, jejala dan motif serta menukar bata asbestos bumbung kepada batu jenis singgora Thailand.

Pemuliharaan masjid itu juga mencatat sejarah apabila ia melibatkan peralihan masjid dari tapaknya yang asal berikutan masalah berkaitan keluasan tanah wakaf yang sebenar.

"Masjid itu digerakkan ke depan sejauh 21 kaki ke sisi kanan sebanyak 11 kaki dengan menggunakan kaedah chain-lock.

"Secara berhati-hati, kaki-kaki tiang masjid diangkat naik ke atas dan dilapik dengan batang besi paip untuk menggerakkannya," jelas Mat Nasir.

Persiapan untuk proses pergerakan itu memakan masa selama lapan hari dan dua hari diperlukan untuk menariknya.

Semasa pekerja mengikis cat lama ke atas panel 'janda berhias' atau dinding asal balai rong seri, mereka terjumpa ukiran awal berbentuk bunga atas kepingan-kepingan panel itu.

"Ukiran bunga ini akan dikekalkan agar sejarah asal balai rong tidak hilang," kata Mat Nasir.

Menurutnya, ciri uniknya diperkukuh dengan sisip angin berukir geometrik bagi memudahkan pengaliran udara yang menyejukkan ruang dalaman dan buah guntong pada siling menggantikan tiang.

JADI MERCU TANDA

Kini, selepas lapan bulan mengalami proses baik pulih, Masjid Ar-Rahman atau lebih dikenali penduduk kampung dan sekitarnya sebagai Masjid Lama Mulong muncul dengan wajah silamnya yang indah dan dibuka untuk diimarahkan semula baru-baru ini.

Masjid Lama Mulong yang hanya sepelaung jauhnya dari Masjid Kampung Laut dan terletak betul-betul di tepi jalan besar itu meskipun tidak lagi diwartakan untuk solat Jumaat seperti seketika dahulu, kini sudah mampu menarik perhatian pengguna jalan raya untuk memandang sekilas ke arahnya.

Anggota jawatankuasa kariah masjid itu, Ahmad Farid Mahmood berkata lebih menggembirakan selepas projek konservasi itu, masjid berkenaan sering menjadi kunjungan masyarakat serata pelusuk negeri.

"Apatah lagi sejak ia dirasmikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 17 Julai lalu, ramai yang mula sedar kewujudan masjid ini," katanya.

-- BERNAMA
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 26-11-2014 11:55 AM , Processed in 0.275548 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top