CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
1234Next
Return Post new threads
Show: 14361|Reply: 92

Tips Mendidik Anak Cepat Membaca ( Siri-9 )

[Copy link]
PuanRosnita This user has been deleted
Post on 30-3-2007 03:39 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Assalamualaikum semua,

Lama saya tak ke forum ni apatah lagi menyumbang idea. Tapi mulai hari ni nak saya kongsikan tips-tips bagaimana nak mendidik anak-anak cepat membaca.

Sebagai permulaan saya kongsikan tips berikut:

Tips Cepat Membaca - Siri 1

"BAHASA INGGERIS ATAU BAHASA MELAYU DAHULU?"

Kita selalu berdepan dengan dilemma semasa hendak memilih bahasa apa yang patut diajarkan anak membaca dahulu... Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Untuk tips pertama ini suka saya usulkan anda bermula dengan Bahasa Inggeris terlebih dahulu. Bilamana anak telah mula menguasainya barulah anda memperkenalkan Bahasa Melayu pula.

Rasionalnya di sini ialah anak anda akan merasakan yang dia benar-benar belajar sesuatu yang baru dan akan memberikan lebih tumpuan berbanding mula belajar menggunakan bahasa yang telah didengarnya seharian. Skil atau kemahiran membaca yang dipelajarinya semasa belajar Bahasa Inggeris ini nanti akan dengan cepat dan mudah diaplikasikannya pula kepada Bahasa Melayu.

Umumnya ada dua pendekatan belajar membaca di dalam Bahasa Inggeris yang paling popular iaitu melalui pendekatan fonetik (cthnya: Early Reading Series ReadEasy Phonics) dan kata kunci atau key words(cthnya: Key Words With Ladybird). Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana kaedah... atau kedua-duanya sekali serentak (pendekatan yang saya gunakan untuk anak saya) .

Cubalah!!!

NOTA: Jika di rumah anda biasa berbicara dalam Bahasa Inggeris, maka elok bermula dengan mengajar anak anda Bahasa Melayu dahulu.


"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Puan Rosnita
AdikBijak.com

Untuk tips-tips lain sila kunjungi: http://adikbijak.blogspot.com

[ Last edited by  PuanRosnita at 4-7-2007 09:15 AM ]
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 31-3-2007 01:14 AM |All posts
Terima kasih atas tips yang diberikan ros

Bagaimana pulak kalau baby kita biasa mendengar lebih dari dua bahasa, contoh, mak dia guna bahasa melayu bila bercakap dengan baby, ayah dia guna bahasa tamil bila bercakap dengan baby dan bila mak dan ayah dia bercakap mereka menggunakan bahasa inggeris di hadapan baby tersebut? kita mesti mahukan anak kita boleh bertutur pelbagai bahasa kan? jadi, apa pendapat ros tentang perkara ni? Bahasa yang mana satukah yang perlu diajar dahulu supaya anak itu nanti cepat membaca, tamil, melayu atau inggeris? :tq:

[ Last edited by  shinky_pinky at 31-3-2007 01:22 AM ]
~♥♥♥..As you educate a woman, you educate the family. If you educate the girls, you educate the future..♥♥♥~
*Queen Rania*
-----------------------------------------------------------------------------------------
http://lifeoffaristeyfamily.blogspot.com/
Reply

Props Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post on 2-4-2007 09:28 AM |All posts
Bertuah anak yang ibu bapanya boleh bertutur pelbagai bahasa. Untuk pengetahuan semua untuk kanak-kanak ni mereka mampu memproses dan mempelajari 5 - 10 bahasa serentak tanpa banyak masalah.

Jadi kalau cam shiny_pinky nie... teruskan bertutur kepada anak dalam BM, dan suami dalam Tamil... oleh kerana BI cuma untuk bertutur hasben-n-wife jer... jadi suka saya cadangkan mengajar anak membaca dalam BI pula.

Lebih tepat sekali suka saya usulkan mengajarnya menggunakan pendekatan fonetik... sebab asas membaca ini boleh diaplikasikan dengan cepat bila mengajar dalam BM pula nanti. Fasal membaca dalam Tamil pula... saya tak de pengalaman la pulak . Cuma yang saya tahu sistem membaca Tamil ni ada struktur khas yang digunakan bagi menggabung simbol-simbol untuk membentuk perkataan.


"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Puan Rosnita
AdikBijak.com
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 2-4-2007 11:03 AM |All posts
Anak saya baru 2 tahun 4 bulan, sekarang nie saya mengajar anak mengenal abjad,nombor, benda, binatang, warna dlm bahasa inggeris ( buku & flashcard ). Saya perhatikan anak saya cepat mengingat ape yang saya ajarkan.

Saya nak tanya dgn puan, bile buleh saya belikan buku ladybird tu.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN, Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan...
Reply

Props Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post on 2-4-2007 04:21 PM |All posts
Originally posted by manisnyermawar at 2-4-2007 11:03 AM
Anak saya baru 2 tahun 4 bulan, sekarang nie saya mengajar anak mengenal abjad,nombor, benda, binatang, warna dlm bahasa inggeris ( buku & flashcard ). Saya perhatikan anak saya cepat menging ...

Saya nak tanya dgn puan, bile buleh saya belikan buku ladybird tu.


Manis ajar anak "nama" huruf atau "bunyi" huruf. Untuk memudahkan anak-anak cepat membaca kaedah yang lebih baik adalah memperkenalkannya kepada "bunyi" huruf... atau dikenali sebagai kaedah fonetik. Kenapa dan mengapa... boleh manis baca di Blog saya: http://adikbijak.blogspot.com

Buku "Key Words With Ladybird" tu pula sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun. Manis boleh mula dengan Series 1 terlebih dahulu dahulu. Bila anak dah kenal perkataan2 dalam siri tersebut barulah ber pindah ke Series 2 dan seterusnya (hingga Series 12).


"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Puan Rosnita
AdikBijak.com
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 3-4-2007 05:17 AM |All posts

Reply #3 PuanRosnita's post

thanx for the suggestions ros.

btw shinky bagi example jer bahasa-bahasa tu. hubby tak cakap tamil pun, he is using pashto language (afghan language). so, far anak shinky (13 months) dah boleh faham kedua-dua bahasa iaitu bahasa melayu dan pashto. tapi dia belum boleh bertutur dengan sebutan yang jelas lagi, masih guna bahasa baby lagi. tapi, satu yang shinky noticed, dia lebih banyak gunakan bahasa pashto untuk bercakap, mungkin faktor persekitaran yang mempengaruhi sebab nenek, atuk dan sedara mara bertutur bahasa pashto. cuma shinky seorang sahaja yg bertutur dalam bahasa melayu dengan dia, tapi bila shinky bagi arahan dalam bahasa melayu dia faham.

shinky start ajar dia bahasa inggeris dengan menggunakan flash cards since she was 3 months old. dan sekarang ni dia dah boleh pick flashcard, bila kita sebut "tongue" "nose" dan sebagainya. bermakna dia faham lah kan ros?

selain dari tu, dia suka tonton kids programme like CBeebies  shows. dari situ pun dia boleh belajar bahasa ingerris juga.

[ Last edited by  shinky_pinky at 3-4-2007 05:27 AM ]
~♥♥♥..As you educate a woman, you educate the family. If you educate the girls, you educate the future..♥♥♥~
*Queen Rania*
-----------------------------------------------------------------------------------------
http://lifeoffaristeyfamily.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-4-2007 11:35 AM |All posts

Reply #5 PuanRosnita's post

em..  terima kasih ye puan.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN, Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan...
Reply

Props Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post on 3-4-2007 02:26 PM |All posts
Tips Cepat Membaca - Siri 2

[size=85%]BELAJAR MELALUI HAFALAN

Belajar melalui teknik hafalan mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Pun begitu pada peringkat awal pendidikan anak-anak kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik buat mereka. Semasa kanak-kanak berusia kurang dari 3 tahun kemampuan untuknya memahami sesuatu yang rumit adalah agak terbatas.

Justeru mereka menggunakan kemampuan minda pada peringkat usianya untuk mengingati atau menghafal tanpa memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Kanak-kanak pada usia awal akan dengan mudah memberitahu kita yang daun itu hijau, gula-gula itu manis atau dengan mudah menyanyikan lagu-lagu popular yang kerap didengarinya.

Kita sebagai ibu bapa perlu menggunakan pengetahuan ini sebaiknya dengan memberikan input yang baik untuk anak-anak ingati. Ajarkannya ABC, 123, Alif Ba Ta, doa-doa dan sebagainya untuk dihafal oleh anak-anak.

Cara yang paling mudah untuk mendidik melalui kaedah ini adalah dengan mengajar sesuatu secara bernyanyi. Ajarkan ABC melalui lagu, ajarkan juga Alif Ba Ta melalui lagu, atau ajarkan sifat-sifat terpuji melalui lagu. Ia bukan sahaja memudahkan anak-anak mengingati apa yang diajarkan... lebih utama melalui lagu-lagu ianya menjadikan sessi pembelajaraan itu menyeronokkan.

Anda tak pandai menyanyi? Suara tak sedap? Jangan khuatir. Pada anak-anak suara ibu dan bapanya adalah suara yang paling dia gemari. Kalau pun lagu yang anda nyanyikan tunggang terbalik melodinya... atau suara anda terlalu sumbang untuk didengari... buat anak-anak ianya menjadi satu hiburan dan medium menerima ilmu.

Jangan malu... kerana anda adalah guru terbaik buat anak-anak anda.

Akan datang saya akan kongsikan pula bagaimana menukar konsep hafalan kepada konsep
pemahaman untuk anak-anak.

Nota: Anda boleh mendapatkan idea lagu-lagu yang baik melalui CD/VCD seperti "
[size=85%]VCD Tilmiz Doa[size=85%]" atau "[size=85%]MTV Karaoke : Adikku Sayang[size=85%]" atau dari rancangan-rancangan kanak-kanak seperti Sesame Street dan sebagainya.
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Puan Rosnita
AdikBijak.com

Untuk tips-tips lain sila kunjungi:
http://adikbijak.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-4-2007 02:39 PM |All posts
nk tya puanros,

mana nk beli buku ladybirds nie ye... kalau kat bookstore ada ke jual... anak saya br 11 bulan tp mcm berminat ngn buku..so igt nk tmbah koleksi.
Reply

Props Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post on 3-4-2007 03:36 PM |All posts
Potpouri... buku-buku Ladybirds ni biasanya boleh didapati di kedai-kedai buku utama seperti MPH, Popular dan Kinokuniya. Kedai buku kecik2 pun mungkin ada... tapi koleksi dia terhad lah.

Hujung bulan ni kat PWTC ada Intl. Book Fair. Cuba cari booth "University Bookstore" sebab syarikat ni pengedar utama buku-buku keluaran Ladybirds di Malaysia. Koleksi mereka mesti pelbagai...


Kalau nak beli secara online boleh jengah di AdikBijak.com ( http://www.adikbijak.com ).


Puan Rosnita
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-4-2007 09:01 PM |All posts

Reply #9 Potpouri's post

I bought the books dekat MPH

[ Last edited by  LadyMarmalade at 3-4-2007 09:12 PM ]
we are what we are..............
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-4-2007 09:12 PM |All posts
my dotter dh 5yrs old baru start reading Ladybirds series, walaupun baru jer start since masuk kinddy this year...alhamdulillah now dh up to 2A. Rasa2 nyer buku Ladybird nih mmg bagus utk permulaan kanak2 membaca. Masa kecik2 or baby I tak pernah ajar my dotter at home coz i believe baby should be baby & tak mo burden dia masa kecik2, i do buy soft books & flash cards but just to let her play
we are what we are..............
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 3-4-2007 09:28 PM |All posts
My doter who is 3 and a half years old dah start this peter&jane series since Jan '07. Now she's reading the 4th book ie. 4A. Alhamdulillah... bagus pendekatan yg digunakan dalam ladybird series ni... Highly recommended..!
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 4-4-2007 07:56 AM |All posts
thanks pn rosnita & lady marmalade,

saje je saya nk bt collection..saya try tgk website adikbijak tu x nmpak pn ladybirds series nie.mmg ada gak beli flashcards kat baby.. tp nmpak mcm dia lbh berminat kalau saya bercerita ngn dia.. itu yg nk beli series nie..lehlaa saya bacakan utk dia sementara dia lum leh baca nie..hehee
Reply

Props Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post on 4-4-2007 11:22 AM |All posts
Potpouri...
Kat laman tu klik pada "Katalog". Mesti nampak pilihan "Ladybird Series" kat situ

MamaIlya,
Uihh... cepatnya dah sampai 4A. Emmm... boleh saya tau MamaIlya guna 1A > 2A > 3A > 4A. Atau ikut turutan sebenar iaitu 1A > 1B > 1C > 2A... dan seterusnya? Saja tanya sebab ada sesetengah ibu bapa yang saya jumpa cuma beli buku "A" jer... tapi skip "B" dan "C".

Masalah dengan cara ni ialah... dalam buku "B" tu pun ada perkataan baru dan sambungan cerita Peter & Jane ni. Sementara buku "C" memberikan pengukuhan apa yang dipelajari melalui penulisan pula. Jadi kalau guna buku "A" jer anak mesti tertinggal banyak perkataan baru dan jalan cerita Peter & Jane tu jadi putus putus.

Just musykil jer...
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 4-4-2007 06:08 PM |All posts

Reply #15 PuanRosnita's post

She started with 1A of coz..then proceed to 2A, 3A and now baru masuk 4A. 1A and 2A tu x jauh sgt beza masa coz most words are the same, cuma sentence construction yg a lil bit different. Then baru proceed to 3A until 4A. Her preschool teacher told me yg she's using the A series 1st until the 5th book, then only she'll start using the B series and connect them with the A series. Well... that's her way of teaching with the ladybird's series,and since she's an experienced one, I just leave it to her.
Reply

Props Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post on 5-4-2007 11:39 AM |All posts
Hmmm... aneh juga pendekatan cikgu tu. Don't get me wrong... bukan nak pertikai cara dia. Setiap orang ada cara masing-masing.

Cuma jika kita ikut silibus yang disediakan oleh Ladybird sendiri... turutan latihan adalah seperti yang saya nyatakan. Dan kalau kita semak buku tu betul-betul pun kita akan nampak jalan cerita dari satu buku tu saling berkait.

Anyway... yang penting anak kita boleh membaca...
Reply

Props Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post on 5-4-2007 11:46 AM |All posts
Tips Cepat Membaca - Siri 3

BERMULA DENGAN "AA"... "BEH"... "CEH"... BUKAN A... B... C...

Ingin anak-anak anda cepat membaca dari seawal usia 3 tahun??? Anda perlu mulakan dengan meletakkan asas yang betul. JANGAN... ajar anak anda ABC!

Bunyinya agak drastik, bukan? Lebih-lebih lagi telah turun temurun kita mempraktikan amalan mengajar anak-anak ABC (dan ALIF, BA, TA). Bila mereka boleh mengucapkan ABC sampai Z kita rasa seronok. Pun begitu kita dapati walaupun mereka telah mengenali ABC lebih awal... anak-anak masih gagal menguasai kemahiran membaca. Tanyakan kanak-kanak berusia 7, 8 atau 9 tahun (malah yang 13 tahun pun) yang mempunyai masalah membaca... adakah mereka mengenali ABC? Saya pasti mereka semua kenal ABC. Tetapi kenapa tidak boleh membaca?

Untuk pengetahuan anda... nama-nama huruf tidak memberikan apa-apa makna buat kanak-kanak. Dan mengajar mereka nama-nama huruf tidak akan membantu mereka untuk cepat membaca. Ini kerana setiap perkataan adalah dibentuk daripada gabungan BUNYI-BUNYI huruf... bukan nama huruf!

Untuk membantu anak-anak cepat membaca kita perlu sedari awal memperkenalkan BUNYI HURUF kepada mereka. Elakkan memperkenalkan NAMA HURUF kerana ianya tidak memberikan apa-apa faedah dan makna untuk anak-anak. Bila anda memperkenalkan "A"... (penggunaan kad imbas amat sesuai untuk latihan ini)... anda perlu sebut "aa". Bila tunjuk "B" anda sebut "beh" dan seterusnya.

Biar anak anda bila nampak ABC hingga Z... terus sebut "aa", "beh", "ceh" hingga "zeh"... berbanding anak orang lain yang sebut nama huruf kerana bila mereka sudah mampu menguasai bunyi-bunyi huruf... mereka akan mudah membentuk perkataan hasil gabungan bunyi-bunyi yang telah mereka kuasai.

Cubalah... hasilnya pasti menakjubkan.

Tips Tambahan: Untuk anda yang mula memperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak-anak... suka kami usulkan supaya memperkenalkan huruf-huruf kecil dahulu (cthnya a, b dan c) dan kemudiankan huruf-huruf besar (cthnya A, B, dan C). Sebabnya... dalam penulisan huruf-huruf kecil lebih banyak digunakan berbanding huruf-huruf besar.

Nota: Tak tahu macam mana sebutan bunyi setiap huruf? Anda boleh dapatkan panduan tepat melalui "Set Bacalah Anakku" dan "ReadEasy" atau anda juga boleh pelajari melalui "VCD Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku".


"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Puan Rosnita
AdikBijak.com

Untuk tips-tips lain sila kunjungi: http://adikbijak.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 5-4-2007 02:41 PM |All posts
puan rosnita nak tanya seawal brp taun sayer boler perkenalkan flash card yer & how..then cemana kalu nak ajar dia membaca means kita dusuk sambil bacakan ker kasi jer bukutu kat dier ker camner yer
Reply

Props Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post on 9-4-2007 12:24 PM |All posts
Originally posted by mama_damia at 5-4-2007 02:41 PM
puan rosnita nak tanya seawal brp taun sayer boler perkenalkan flash card yer & how..then cemana kalu nak ajar dia membaca means kita dusuk sambil bacakan ker kasi jer bukutu kat dier ker cam ...


mama_damia,

Nak perkenalkan Flash Card ni boleh dimulakan dari anak mula boleh melihat. Pada peringkat permulaan ni cukup dengan memperkenalkan kepadanya bentuk-bentuk asas sahaja seperti Bulatan, Segi Empat dan Segi Tiga. Juga dengan warna-warna terang. Kad imbas ni mama_damia boleh buat sendiri jer menggunakan kertas manila card. Tak pun kalau nak cantik lagi boleh beli jer yang dah siap macam Flash Card ni:



Untuk menyemai minat kepada buku, pada peringkat bayi ni mama_damia lebih kepada bacakan buku-buku yang banyak gambar dan warna-warna terang. Pada usia awal ni anak taklah faham apa yang kita baca, tapi dengan latihan berulang-ulang anak kecil ini akan mula membina perbendaharan kata dan belajar konsep tata bahasa yang betul.

Untuk tips akan datang akan saya kongsikan berkenaan topik menyemai minat membaca awal. Tungguuu...


"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Puan Rosnita
AdikBijak.com

Untuk tips-tips lain sila kunjungi: http://adikbijak.blogspot.com
Reply

Props Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post on 10-4-2007 10:18 AM |All posts
Tips Cepat Membaca - Siri 4

MULAKAN MINAT MEMBACA DARI AWAL

Saya kerap ditanya, "pada usia berapakah anak-anak patut diperkenalkan dengan buku-buku?" Dan jawapan yang selalu saya berikan adalah... anak-anak patut diperkenalkan kepada buku-buku dari sejak lahir lagi. Bilamana jawapan ini saya berikan kerap pula saya menerima respon, "bukan ke usia tu terlalu awal dan kalau kita bagi buku nanti dia koyak-koyakan jer! Sayang jer buku tu".

Bila dapat respond sedemikian saya hanya tersenyum...

Kanak-kanak pada usia awal memang belum boleh membaca atau diajarkan bentuk-bentuk yang terlalu rumit seperti Huruf dan Nombor. Tetapi kanak-kanak pada usia ini lebih tertarik kepada pergerakan tangan anda dan bunyi gemersik kertas semasa anda menyelak-nyelak muka surat buku tersebut. Kanak-kanak juga akan merasa terhibur dan tenteram bilamana mendengar suara anda membacakan cerita kepadanya. Dan ini ditambah lagi dengan warna-warna terang yang biasanya menghiasi buku-buku kanak-kanak.

Pada peringkat awal ini memperkenalkan buku-buku bukanlah untuk mengajarnya membaca. Anda yang perlu membacakan isi kandungan buku kepada anak-anak. Biarpun dia masih belum faham apa yang anda perkatakan... bacalah dengan nada suara yang menarik dan pelbagai. Tanpa sedar anak-anak anda akan belajar skil pertuturan yang betul melalui cerita yang anda bacakan.

Bila sedari awal buku telah hadir dalam hidup anak-anak kita dan kita mewujudkan suasana di mana buku itu suatu yang menarik dan menghiburkan, akan tertanam dengan mendalam dalam jiwa anak-anak minat kepada buku. Laungkan masa berkualiti anda bersama-sama anak-anak dengan membaca. Ketika waktu pagi/petang, semasa dalam kereta atau sejenak sebelum tidur. Pastikan ianya lakukannya secara konsistent setiap hari pada masa yang tetap.

Di peringkat awal gunakan buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang jelas dan penuh warna-warni... juga mempunyai jalan cerita yang menarik agar mudah buat anda untuk bercerita kepadanya. Jangan bimbang anak-anak suka menggigit, mengoyak atau menconteng buku-buku. Ia adalah sebahagian dari proses untuknya belajar. Lagi pun lebih elok buku-buku ini "diguna sepenuhnya" dari tersusun rapi di dalam almari tanpa disentuh, bukan?

Nota: Di AdikBijak.com ada buku-buku yang sesuai untuk aktiviti di atas contohnya seperti set "Storytime for 1-6 Year Olds" dan "Stories for Under Fives".


"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Puan Rosnita
AdikBijak.com

Untuk tips-tips lain sila kunjungi: http://adikbijak.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 10-4-2007 12:58 PM |All posts
Minta tolong. Anak liz 4 tahun 5 bulan.

Liz mmg takde masa ajar anak. Dia pun jenis cepat bosan bila liz ajar ABC, 123..

Liz dah belikan laptop kanak2 still dia malas nak belajar.

So now liz ingat dia lebih suka belajar dari video.

Buat masa ni dah ada BARNEY. Tapi liz susah nak jumpa yg betul2 dia boleh belajar la. Barney ni byk lagu.

Boleh tak recommend mana2 CD yang elok utk belajar ABC, 123 dan mengenal warna

So far dia tau 1-10 tapi ABC masih lagi blur. Warna pula, campur2 , kadang2 dia kata hitam colour, kadang2 dia sebut orange colour. mcm rojak la.

Kalau video ni maybe dia tak bosan sgt. Lagipun liz takde masa nak ajar dia.

[ Last edited by  mix_chinese at 10-4-2007 01:00 PM ]
The feeling of freedom
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 10-4-2007 01:44 PM |All posts
Pn. Rosnita, saya dah selamat terima siri cepat membaca Al-Quran Al-Furqan..

terima kasih,..

saya tak sabar2 nak balik ajar anak membaca..
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN, Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan...
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 11-4-2007 02:07 PM |All posts
Puan rosnita i nak tanyer cam anak i baru nak msk 8 bln, so as u said start dgn flashcard kan...kalu i nak start ngan buku bole ker then buku aper yang patut dan camner nak buat cam baca mlm2 sambil dia tgk gamba ker atau biar dier yang tgk gamba tu sendiri and touch gamba tu ker camner yer...
TQ yer
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 11-4-2007 02:13 PM |All posts
Puan rosnita, saya ada beli buku peter & jane tu tp tak tau camner nak ajar anak i..
samada nak baca sambil kasi dier tgk words ker
baca sambil kasi tgk gamba ker...sbb gamba dier x menyerlah
or just baca
coz bila i baca dia asyik nak pgg buku jer
Reply

Props Report

1234Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 24-9-2014 12:24 PM , Processed in 0.382382 second(s), 25 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top