CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123
Return Post new threads
Author: maeya_78

Tragedi Highland Tower

[Copy link]

Rank: 1

Post on 8-4-2010 09:16 AM |All posts
aku ingat lagi kat arwah abang aku yg meninggal bulan mac 1993.. sebelum dia meninggal dia ada ckp ngan mak aku... " edie doa biarla highland tower tu runtuh, sbb byk sgt maksiat.. edie selalu ronda2 kat area tu dengan kwn2 naik moto malam2..."  bila dpt tahu berita highland tower ni, aku trus teringat kata2 arwah....

btw, struktur bukit dari kwsn ampang ke gombak tak sesuai utk buat rumah. aku dpt tahu bukit2 area ni berpasir... so sgt senang nak terjadi landslide...
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 6-9-2010 11:38 PM |All posts
highland tower tmpat high class..... sure org kaya2 suke tmpat camtu.... lebih privacy.....
tp tu la kan, kerana sekor kerbau bawak lumpur, abih sume terpalit sama....
al-fatihah kepada allahyarham/allahyarhamah....
Don't complain about others; change urself if u want peace...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 7-9-2010 12:56 AM |All posts
sori, ni aku copy n paste:
http://www.iem-miri.org.my/files/EngineerNewsletter2007_2.pdf

The Highland Towers Case Against Ir. Wong Yuen Kean
The Ingenieur

The Board of Engineers Malaysia (BEM) has cancelled the registration (No. 1434) of Ir. Wong Yuen Kean for his involvement in The Highland Towers collapse.
BEM came to the decision to cancel his registration at a hearing where three charges were brought against him.

Charge 1: For the drainage design and the construction supervision of the drainage system, knowing and/or ought to have known that the whole of the drainage
system had not been completed, for advising and/or assisting in the application to Majlis Daerah Gombak for the issuance of the Certificate of Fitness and for
Occupation (CFO) and had hereby failed, refused and/or neglected to take full regard of the public interest.

Charge 2: For signing building/structural infrastructural plans for the purpose of application for the Certificate of Fitness and for Occupation (CFO) although he did
not design nor supervise the earthworks, retaining walls, road and drainage works and had hereby failed, refused and/or neglected to take full regard of the public
interest.

Charge 3: For having failed to give due consideration to the steep hill and slope directly behind the three apartments blocks, and/or failed to foresee the danger of a
landslide producing lateral load against the foundation of the building, and/or failed to exercise due care to either design and construct a foundation to accommodate
the lateral load or ensure that the slope was reasonably stable, and thereby had failed, and/or neglected to take full regard of the public interest.

At the hearing:
(i) BEM found Ir. Wong guilty on the grounds that he:
a) did not dispute that he was responsible for the drainage design;
b) admitted that the whole drainage system was not complete;
c) had assisted/advised the Majlis Daerah Gombak in the application for CFO as the drainage system was an integral part of the project; and
d) had failed to exercise due care that the slope was reasonably stable.
(ii) In mitigation, Ir. Wong pleaded that:
a) from the completion of the towers to the collapse, others may have constructed walls which made the slope steeper, causing its collapse;
b) he had no previous charges against him;
c) apart from the Highland Towers, he had at all material time conducted his professional duty based on his judgment and had never intended to
compromise on safety;
d) he was not the sole person responsible for the collapse of the Towers; the court had decided that he was only 10% liable for it;
e) the Board considers the long stop liability as after some time others may change the surrounding of a building; and
f) cancellation of registration is too severe and harsh.

Conclusion
BEM concluded that:
(a) Ir. Wongs misconduct showed that he had no regard for public safety, which resulted in the death of 48 people, thus contravening Rule 26 of the
Registration of Engineers Rules 1972; and
(b) Cancelled his registration under Section 15 of the Registration of Engineers Act 1967.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 7-9-2010 01:05 AM |All posts
Petikan dari keratan akhbar Berita Harian bertarikh 2 April 1997

AMPANG, Selasa - Mahkamah Koroner di sini, hari ini diberitahu bahawa
pasukan penyiasat menemui beberapa mayat yang sudah busuk, antaranya tidak
berkepala dan kaki serta tangan di tangga pangsapuri Blok Satu Highland
Towers selepas seminggu bangunan itu runtuh.
  Asisten Superintendan Amidon Anan, pegawai penyiasat kejadian itu
berkata, cebisan daging dan tulang manusia juga ditemui di tangga
pangsapuri 12 tingkat yang runtuh pada tengah hari 11 Disember 1993, yang
mengorbankan 48 orang.
  Beliau yang ketika kejadian bertugas di Bahagian Jenayah Berat, Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Selangor, memberitahu mahkamah 19 mayat termasuk
kanak-kanak dijumpai di antara 18 dan 22 Disember 1993.
  Katanya, mangsa pertama seorang wanita ditemui di tangga tingkat tiga
pada 18 Disember 1993 dan diikuti penemuan dua lagi mayat di tangga di
antara tingkat empat dan lima, pada esoknya.
  Menurutnya, pasukan penyiasat menemui mayat terakhir seorang lelaki di
tangga di antara tingkat sembilan dan sepuluh pada jam 2.35 pagi, 22
Disember tahun yang sama.
  Amidon memberi keterangan dalam siasatan kematian 48 orang dalam
kejadian pangsapuri runtuh, tiga tahun lalu di depan Majistret Mohd Radhi
Abas yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Baizura Kamal.
  Berikutan tragedi itu, Kerajaan Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang
Jaya (MPAJ), turut mengadakan siasatan.
  Laporan MPAJ itu dibentangkan kepada umum pada 2 Jun 1995 dan menuduh
Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan, Wong Tin Sang dan Jurutera
Struktur, Wong Yuen Kean, pihak bertanggungjawab ke atas kejadian itu.
  Laporan itu juga menyalahkan pemilik tanah berhampiran kawasan itu dan
pihak berkuasa tempatan turut menjadi punca kejadian itu.
  Menjawab soalan, Amidon memberitahu mahkamah, mayat, cebisan anggota
badan dan tulang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah
siasat yang dijalankan oleh enam ahli patologi.
  Amidon yang ditugaskan untuk mengetuai pasukan penyiasat pada 11
Disember 1993, berkata berdasarkan gambar yang diambil daripada udara,
blok satu dan dua blok lagi pangsapuri itu dibina di atas cerun.
  Menurutnya, selepas enam atau tujuh hari kejadian itu seorang rakyat
Amerika Syarikat, Bruce Mitcheal menyerahkan enam keping gambar
menunjukkan urutan keruntuhan pangsapuri itu.
  Siasatan bersambung Khamis ini.
                               (END) Source : Berita Harian
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 7-9-2010 01:08 AM |All posts
Petikan drpd UTUSAN MALAYSIA 27 OGOS 1997

Tanah runtuh punca tragedi Highland Towers

KUALA LUMPUR 26 Ogos _ Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu
runtuhan pangsapuri Highland Towers empat tahun lalu berpunca daripada
kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan tersebut.

Ketua Jawatankuasa Siasatan Struktur dan Sub Struktur Jabatan Kerja Raya
(JKR), Azman Abd. Samad berkata, kuantiti beban tanah runtuh dan tekanan
air yang tinggi tidak mampu ditampung oleh bangunan itu.

Retakan berlaku kerana kurangnya daya sokongan dari dasar bangunan
pangsapuri itu, kata Azman dalam keterangannya.

Azman, bekas Jurutera Kerja Kanan di Institut Kerja Raya Awam Malaysia
(Ikram) berkata, sifat tanah di kawasan runtuhan itu juga terlalu poros dan
basah kerana sistem penyelenggaraan saliran dan perparitan yang tidak
memuaskan.

``Keadaan tanah yang poros itu menyebabkan kadar resapan air ke dalam
tanah begitu tinggi terutama apabila hujan,'' katanya.

Bagaimanapun, menurut Azman, struktur binaan pangsapuri itu adalah
memuaskan memandangkan blok dua dan tiga masih lagi kukuh.

Mengarahkan

Azman yang kini berkhidmat dengan sebuah syarikat perunding berkata, beliau
diarahkan mengetuai jawatankuasa tersebut bersama 12 ahli yang lain.

Beliau ialah saksi ke-13 dalam siasatan punca kematian 48 mangsa tragedi
Highland Towers.

Azman memberitahu mahkamah bahawa jawatankuasa itu ditubuhkan bagi
menyiasat dan menyediakan laporan mengenai struktur bawahan dan
persekitaran bangunan Highland Towers.

Siasatan Mahkamah Koroner itu dikendalikan oleh Koroner Mohd. Radzi Abas
dan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Baizura Kamal.

Dalam kejadian pada 11 Disember 1993, sebuah daripada tiga blok pangsapuri
12 tingkat Highland Towers runtuh. Kejadian itu meragut nyawa 48 orang
penghuninya.

Pangsapuri Highland Towers yang terletak di Taman Hillview, Hulu Klang, mula
diduduki pada tahun 1979.

                    (Source : Utusan Malaysia)
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 7-9-2010 01:10 AM |All posts
Ada lagi beberapa artikel mengenai Highland Towers dari tahun 1998-2006, terutamanya mengenai prosiding di Mahkhamah. Kalau ada yang request insya Allah aku 'tepek' lagi.
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 7-9-2010 03:49 PM |All posts
kes ni berlaku masa aku darjah 3.apa yg aku ingat masa tu aku ngan akak aku otw blk skolah.time tu jalan sesak,bingit,ambulance sana sini,bomba,polis sume ada.memang sesak jalan time tu..rupanya baru tau condo tu runtuh..keesokan pagi tu tak silap aku hujan rintik2..jalan still jem ambulan sana sini..tu je yg aku ingat.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 7-9-2010 04:08 PM |All posts
Sekarang ni jadi tempat budak dadah lepak kan?
heloo cari
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 26-9-2010 10:39 PM |All posts
ingat mase bende ni jadi aku darjah 3...husband cousin aku reporter tv3 mase tu was at the scene utk lapor latest news dlm slot berita terkini.. tp masih ingat yg ade mayat dijumpai tgh sujud pegang Quran...
Reply

Props Report

Adventurer

the sky is only a beginning

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 27-9-2010 09:19 AM |All posts
PBT patut buat sesuatu utk halang tempat tu jadi tepat pembiakan penagih dadah dan nyamuk aedes lepas tu pulak jadi pusat aktiviti mencari hantu..
AFUNDIしたみなさんへ、お前らは馬鹿!!!
"Speed hasn't kill anyone,suddenly becoming stationary..that's the killer"Jeremy Clarkson
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 27-9-2010 11:18 AM |All posts
[quote]Maksiat banyak sangat.

Tak pepasal orang
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 27-9-2010 11:28 AM |All posts
saya bkn nak kata ape la,tp 1 prngai org2 kaya ni dorg mmg x brape suke dok tmpt yg rmai org,tanah l ...
kindergarten101 Post at 2-4-2010 20:39


tempat paling seswai kalau nak sgt privacy...tggu meninggal nantilah..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 6-10-2010 07:29 PM |All posts
mase kejadian ni umur aku baru 6 taun...
tingin jugak nak tahu ape kisah di sebalik kejadian runtuh HT ni selain drpd landslide tu...
yg pasal maksiat tu pun ade jugak dengar citer dr org2 yg lg tua dr aku..
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 6-10-2010 07:32 PM |All posts
6 tahun? alaaaa adik ni, tanya pada org2 tua kat sini ya
dak doh se
-kenangan ganu 09
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 6-10-2010 07:43 PM |All posts
opsss....double post lak....nnt delete balik..
tulah...nk taw gak citernya...
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 12-12-2010 03:07 AM |All posts
sesape nak tengok doc highland tower nih bleh g tengok di history channel now. esok 7 am 8 am & 7 pm - 8 pm. selamat menonton.

p/s mod sori le kalo teman membukak balik tred kuno nihhh
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 13-12-2010 10:15 PM |All posts
Masa kejadian ni aku dok  tengok citer hindustan , tengah dok layan  rajesh khanna nyanyi " o mere del ke chaii" tiba tiba berita terkini "Highland Tower runtuh
Reply

Props Report

Warrior

loose pon loose la

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 14-12-2010 10:24 AM |All posts
dulu aku kecik-2 , masa tu highland tower masih dlm pembinaan. aku selalu ke area sana tido umah kawan. waktu pagi mmg berkabus mcm kat genting highlands.
aku pon ada dgr citer psl byk aktiviti maksiat kelas atasan kat situ..allahwualam..
meh sechewen...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 14-12-2010 08:29 PM |All posts
rasanya tmpt ni antara kawasan paling angker kat Malaysia...
senarai ke"angker"an pernah masuk laman web SeekerS Malaysia dulu
tak perlu gaduh2, kita tolak ansur jom
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 15-12-2010 12:08 AM |All posts
Selepas kejadian tu kawasan sekitar ni mmg menyeramkan..mmg byk roh2 yg x aman berkeliaran mencari anggota badan dorang. Dgr citer sisa2 binaan kondo tu dibuang ditepi jln berdekatan sg disitu so kenderaan yg lalu lalang kt situ selalu kena kacau. Dulu jlnraya situ kecil je sebelum dibuat MRR2. walaupun aku dok berdekatan situ tp x amik port sgt masa kejadian tu berlaku,maklumlah bru
Pak metua aku pun pernah kena kacau kt situ,alih2 pas lalu kawasan tu dlm kereta berbau busuk yg amat,sampai je rumah dia mandi,amik air sembahyg baca2 ckit bru lah bau tu hilang
Reply

Props Report

Rank: 2

Post on 29-3-2011 01:21 AM |All posts
Up,
+ 1 Credit
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 29-3-2011 09:37 AM |All posts
mayat tak aman kot...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 29-3-2011 10:35 AM |All posts
i think highland towers tragedy was the turning point for our rescue mission. i still remember during tht time we dont even have sniff dog at the site whereas when international rescue mission arrived, the first thing they did was to let go the sniff dog on the site. it doesn't take a rocket science to figure it out but nobody thought bout it
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 30-3-2011 01:27 AM |All posts
sila la ke thread the others utk mengetahui citer HT
www.theothersclan.com
Reply

Props Report

123
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 17-9-2014 11:28 AM , Processed in 0.252191 second(s), 37 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top