putr@polo posted on 29-5-2013 10:09 PM

AMARAN-Kementerian Kesihatan Gantung Produk Import 'Bubble Tea' Taiwan!!

Kementerian Kesihatan Gantung Produk Import 'Bubble Tea' Taiwan

Oleh ISABELLE LAI

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menggantung pengimportan 11 produk keluaran beberapa syarikat makanan Taiwan mulai semalam, termasuk 'Tapioca Balls' atau 'Tapioca Pearls' yang diguna dalam penyediaan minuman 'Bubble Tea' kerana dilapor mengandungi asid maleik.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihaan Noraini Mohd Othman berkata penggunaan bahan itu tidak dibenar mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana jika diambil pada paras tinggi boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang.

"Terkini, didapati Tapioca Balls atau Tapioca Pearls yang dikeluarkan beberapa syarikat (Taiwan) telah dicemari maleic acid (asid maleik) dan ia turut dikesan di dalam beberapa produk makanan yang lain.

"Mengikut pihak Taipei Economic and Cultural Office di Malaysia, Food and Drug Administration Taiwan sedang mengambil tindakan kawalan bagi menangani isu itu," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata 11 produk berkenaan ialah Tapioca Ball keluaran Sunright Corporation; Tapioca Starch (Hong Kai Foods Co); Black Tapioca Pearl (Possmei International Co Ltd); Indica Rice Powder (Sunright Foods Corporation); Tapioca Pearls (Shang Wang) dan Tapioca Starch Ball (Grand Chainly Enterprises Co Ltd). Selain itu, Tapioca Pearls (Ting Long); Noodles (Sin Chi Zhi Miang Chang); Tapioca Pearls (An Si Li) dan Tapioca Pearls White and Black (Tapioca Foods Company Ltd) juga digantung pengimportannya.

Noraini berkata Kementerian Kesihatan juga telah mengadakan perbincangan dengan Taipei Economic and Cultural Office di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi itu dan akan terus memantau makanan yang diimport dari negara berkenaan.

Sebelum ini, katanya media melaporkan terdapat asid maleik dalam Tapioca Balls dan Tapioca Pearls keluaran syarikat Taiwan Sunright Foods Corporation namun Kementerian Kesihatan mendapati tiada produk itu diimport ke Malaysia.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan akan menjalankan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap produk makanan daripada pengimport yang tidak mengemukakan sijil analisis makmal yang diiktiraf Food and Drug Administration Taiwan bagi mengesahkan produk itu bebas asid maleik.

Noraini juga meminta pengimport, pengedar dan penjual produk berkenaan supaya menarik semula produk itu dari pasaran dengan kadar segera selain menasihatkan industri yang menggunakan produk berkaitan supaya menghentikannya.

"Semua pihak pengimport, pengedar, penjual dan industri yang terlibat dikehendaki melaporkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah mengenai produk yang didapati tercemar dengan asid maleik supaya siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.

Bagaimanapun, Noraini berkata pengguna yang telah mengambil produk itu sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan. - BERNAMA

putr@polo posted on 29-5-2013 10:10 PM

UPDATE 31/5/2013

Chatime Malaysia jamin produk bebas 'maleik acid'

31 Mei 2013
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.49246.1369984357!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Chatime
GEORGETOWN - Chatime Malaysia, francais teh buih dari Taiwan, memberikan jaminan kepada pelanggan-pelanggannya bahawa sagu mata ikan yang digunakan dalam produk makanannya tidak mengandungi asid  maleik.
   
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bryan Loo, berkata produk makanan Chatime telah diuji oleh SGS, pakar pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan pensijilan terkemuka d dunia.
   
"Keputusannya, telah disahkan dan diperaku bahawa sagu mata ikan yang digunakan dalam produk makanan kami tidak mengandungi asid maleik, dan dengan demikian, produk-produk itu selamat untuk dimakan.
   
"Kami tidak membenarkan penggunaan asid maleik dalam sebarang makanan atau minuman dan ingin memberikan jaminan kepada pelanggan kami bahawa kualiti keseluruhan produk kami merupakan keutamaan nombor satu kami," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Loo berkata sebagai peneraju pasaran tempatan yang ulung dalam industri teh moden, Chatime Malaysia mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan produk makanannya selamat dimakan oleh pelanggan.
   
"Kami sedar bahawa beberapa pengeluar dan pengendali produk makanan telah menghentikan penggunaan sagu mata ikan, yang juga dikenali sebagai 'mutiara' dalam minuman masing-masing berikutan pemanggilan balik beberapa produk Taiwan yang berasaskan kanji, yang didapati mengandungi asid maleik, yang mungkin menjejaskan kesihatan.
   
"Berikutan prosedur ketat berhubung keselamatan dan kesihatan sekarang bagi mematuhi peraturan keselamatan makanan antarabangsa, produk makanan Chatime telah diuji oleh SGS," kata beliau.- Bernama
   





http://www.coolblog.com.my/images/bgPic1.jpg

cool blog pun tak blh minum ke lps ni??{:questiono Last edited by putr@polo on 31-5-2013 03:29 PM

peYno posted on 29-5-2013 10:12 PM

dasar cemburu la ni tgk perniagaan org lain maju

wafeenaulia posted on 29-5-2013 10:14 PM

Chatime....ponn


solstice posted on 29-5-2013 10:14 PM

Produk dr china taiwan bagai memang selalu problem
Dulu melamin
TElur ayam tiruan pon org china leh buat

MengkuduMasam posted on 29-5-2013 10:14 PM

cha time ngan coll bloq ni laa yg paling pemes... abis laa...

byk sgt yg jual mende alah nih.... bg aku... chapteh gak best... "mamak.. tey tarik wunnek"

perang_sivil posted on 29-5-2013 10:20 PM

say no to Chatime @sayang_mulut  

nuralisa posted on 29-5-2013 10:22 PM

pearl milk tea la yg diharamkan kan??

putr@polo posted on 29-5-2013 10:36 PM

musim panas skang ni memang sedap minum air mcm ni..
lps ni kena minum cendol bwh pokok jer lah nampaknya..

pakweneelofa posted on 29-5-2013 10:49 PM

air suci kristian dan air zam2 tk nak haram ke???

tu belum lg susu kaki ayahpin datuk pin cucu pin anak pin cicit pin...

hahahahhaa

diamondvii posted on 29-5-2013 11:14 PM

Nasib minum sekali sekala. Dh lame tak minum...

MissNigga posted on 29-5-2013 11:23 PM

pakai bijik sagu jer nak replace ball nieh

MissNigga posted on 29-5-2013 11:24 PM

or ..selasih ker..dapat ler minuman telo berudu

cruz2 posted on 29-5-2013 11:35 PM

Kat fb pon Ada yg Jual ikut gram pearl ni..tu tak tahu la diaorg borong dari mana

airisya posted on 29-5-2013 11:42 PM

MissNigga posted on 29-5-2013 11:24 PM static/image/common/back.gif
or ..selasih ker..dapat ler minuman telo berudu

lerrrr..... kaka baru ajer lps menelan pearl milk tea cap chatime sebentar td. gulp gulp kunyahan kenyal bebolanya begitu nikmat sedap!

mixed posted on 29-5-2013 11:48 PM

Aku pelik x sedap le air ni
Aku tgk kwn2 minum teringin beli tp x sedap kt tekak aku ni

payit posted on 29-5-2013 11:48 PM

Beli Biji sagu besar made in Sarawak dah le...

MissNigga posted on 29-5-2013 11:54 PM

airisya posted on 29-5-2013 11:42 PM static/image/common/back.gif
lerrrr..... kaka baru ajer lps menelan pearl milk tea cap chatime sebentar td. gulp gulp kunyahan  ...

mohon kaka pi klinik esok..nak check bubble tu ada lagi tak dalam pewot tue ... :lol:

cmf_herrhughie posted on 29-5-2013 11:57 PM

paling selamat, minum teh dgn bancuh tea leaf sendiri

airisya posted on 30-5-2013 12:00 AM

MissNigga posted on 29-5-2013 11:54 PM static/image/common/back.gif
mohon kaka pi klinik esok..nak check bubble tu ada lagi tak dalam pewot tue ...

tunggu kaka bercherry berry esk pagi2. ;P

p/s: kedai tomyam kat area rumah kita ke yg boh perencah bulu mop tu?

skymania posted on 30-5-2013 12:08 AM

tgh minum coklak blog dr cool blog.. nak tersembur jap..:'(

yanaghazali posted on 30-5-2013 12:16 AM

Yg bubble tu jer x leh makan kan ....air dia boleh....mohon pencerahan please

cmf_herrhughie posted on 30-5-2013 12:17 AM

minuman yg paling baik dan special dari penang:

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSYkDW5sOyDztR7FXeT4rREsnYSQ2b9-617HJS0iOaME9-AR6fs
buah kedongdong + asam boi

nutmeg juice
http://eatingasia.typepad.com/.a/6a00d8341c509553ef0133f5a6ac1a970b-800wi

Kittie posted on 30-5-2013 12:28 AM

skymania posted on 30-5-2013 12:08 AM static/image/common/back.gif
tgh minum coklak blog dr cool blog.. nak tersembur jap..

Patutla uols stadi tak absorb2... :lol: :lol: :lol:

baby_pingu posted on 30-5-2013 12:28 AM

errkk...dah takleh minum chatime lah :funk:
Page: [1] 2 3
View full: AMARAN-Kementerian Kesihatan Gantung Produk Import 'Bubble Tea' Taiwan!!