DARSITA posted on 19-9-2003 09:06 AM

Sharpshooter ..

pasukan tentera darat kita ada tak pasukan macam ini?

Polis diraja Malaysia ada juga ke?

siapa penempak paling handal dalam angkatan tentera Malaysia?

adakah mereka di panggil untuk mengawal keadaan sesuatu tempat jika VVIP datang melawat?

Kenapa Kementerian Pertahanan tidak menerbitkan documentary mengenai kehidupan askar dari mula masuk hingga tamat latihan?

Boleh beritahu saya adakah negara kita masih menghantar pasukan tentera ke negara negara tertentu dalam misi keamanan?

Last .. ada tak website utunk berkenalan dengan mat terap?(hehe)

subbiri posted on 19-9-2003 10:16 AM

Originally posted by DARSITA at 18-08-2003 09:06:
pasukan tentera darat kita ada tak pasukan macam ini?

Polis diraja Malaysia ada juga ke?

siapa penempak paling handal dalam angkatan tentera Malaysia?

adakah mereka di panggil untuk menga ...
mereka ni dipanggil sniper...kita takkan tahu kat mana mereka berada....sebab tu ler tugas diorang....kalau ada apa2.....diorang akan menjalankan tugas dengan penuh rahsia....sniper ni tak ramai.....tapi amat merbahaya.....takde website

Sniper_Wolf7 posted on 19-9-2003 10:37 AM

kalau kita tahu siapa penembak tepat dalam tentera, pihak musuh tentu akan tahulah kekuatan dan kelemahan ATM kita.

tak semua orang boleh senang-senang nak jadi sharp shooter. kalau dalam tentera, mereka mesti pergi menghadiri kursus senjata dulu. ingat senang ke nak jadi penembak terbaik.

mengenai documentary, kalau orang dah tahu, spoilerlah nanti 'da Fun'

macam manalah mat terap ni nak ada website untuk berkenalan, kalaulah pokok tu ade soket ataupun plag karan, bolehlah mereka berchating bila masa lapang mereka kat hutan.

subbiri posted on 19-9-2003 01:16 PM

Originally posted by Sniper_Wolf7 at 19-9-2003 10:37 AM:
kalau kita tahu siapa penembak tepat dalam tentera, pihak musuh tentu akan tahulah kekuatan dan kelemahan ATM kita.

tak semua orang boleh senang-senang nak jadi sharp shooter. kalau dalam tente ...


aha...betui nooooo...........

azzacke posted on 19-9-2003 02:29 PM

Di dalam TDM, semua batalion infantari mempunyai unit snipernya sendiri yang diletakkan di dalam platun bantuan. Sniper L96A1 7.62X45 adalah senjata standard ATM bagi semua unit sniper sama ada dari pasukan infantari dan GRK (TDM), Paskau (TUDM) dan Paskal (TLDM)

Anggota sniper infantari TDM turut menggunakan sniper anti-material/ anti-sniper Harrris Mk96 12.7X99(0.50 caliber) bersama teropong Leupold dari U.S.

Bagi GRK, mereka menggunakan sniper Barett M-82A3 0.50 caliber dan dilengkapi peralatan optik FLIR dan Thermal Imager bagi membolehkan tembakan dibuat pada waktu siang dan malam atau di sebalik dinding bangunan.

Unit sniper Paskal pula dilengkapi dengan sniper Robar 0.50 BMG dan peralatan bantuan lain seperti GRK.

PDRM pula menggunakan sniper HK PSG 1 dan MSG-90 dari Jerman.Tidak dapat dipastikan lagi sama ada PDRM dibekalkan dengan sniper bipod, acoustic sounder devised dan monitor bagi memastikan 99.9  peratus ketepatan tembakan.

Semua unit sniper turut dibekalkan dengan sistem komunikasi jarak dekat dan sederhana serta bergantung kepada bentuk operasi, keadaan lokasi operasi dan tempoh masa operasi.

Peralatan lazim bagi unit sniper termasuklah peralatan Laser Range Finder, gilly suit, Drag Bag, Binocular, Spotting Scope, FLIR, TI dan sebagainya.

[ Last edited by azzacke on 19-9-2003 at 07:36 PM ]

subbiri posted on 19-9-2003 02:56 PM

Originally posted by azzacke at 18-08-2003 14:29:
Di dalam TDM, semua batalion infantari mempunyai unit snipernya sendiri yang diletakkan di dalam platun bantuan. Sniper PM 7.62X45 adalah senjata standard ATM bagi semua unit sniper sama ada dari p ...
ehehe....mana ko tau ni?.....bahaya ni....boleh kena tangkap ni sebb bagi maklumat...hehehehe....:2cool:

Sniper_Wolf7 posted on 19-9-2003 07:33 PM

kena tangkaplah dia ni sebab mengeluarkan rahsia negara. Kalau ditangkap nanti, teruk juga mereka siksa kamu. :lol:

GONDOL posted on 19-9-2003 11:38 PM

Originally posted by azzacke at 19-9-2003 02:29 PM:
Di dalam TDM, semua batalion infantari mempunyai unit snipernya sendiri yang diletakkan di dalam platun bantuan. Sniper L96A1 7.62X45 adalah senjata standard ATM bagi semua unit sniper sama ada dar ...



as'kum tuan.... minta kebenaran bertanya, tuan...

tuan ni officer ke? bole ke beri penerangan cam tu....
saya tak reti la prosedur dlm memberi maklumat ttg apa2
yg ada dlm aktiviti atau persenjataan TDM kita ni....
tapi... best jugak apa yg dah di bg tau ni....

itu saja....

terima kasih, tuan....
minta kebenaran menjalankan tugas lain, tuan....

:D

insignia posted on 20-9-2003 12:43 PM

semua maklumat yg tuan azza bagi tu x menjejaskan operasi ATm dan pasukan keselamatan kita kerana semua maklumat ini boleh diperolehi daripada majalah dan jurnal ketenteraan yg diterbitkan dlm negara spt....Tempur, perjurit, asean defence journal dll..... malah jurnal terbitan luar negeri pun semua maklumat ini boleh diperolehi dgn senang.....
pasal maklumat tu hanya dari segi peralatan shj...bukan termasuk dlm modus operandi pasukan...serta taktik operasi......

DARSITA posted on 20-9-2003 10:22 PM

kalau semuanya rahsia ... bila rakyat nak tau kemampuan ATM kita?

web site Mat Salleh lagi terbuka dari kita dalam membincangkan kelengkapan senjata mereka. Pada saya bila Tuan Azza ada ceritakan serba sedikit mengenai pasukan sniper ni ... bangga tau  .. kiranya taklah mundur sangat ATM kita.

Kalau macam ni ... SALUT sama ATM.

satrianaga posted on 21-9-2003 08:37 AM

woi mana boleh dedah kekuatan sendiri  di tempat awam...... kalu mana2 mat2 terap tuu .... kena ler ingat ikrar kesatria... salah satunya.. menyimpan rahsia dengan seketat-ketatnya

manusia biasa posted on 22-9-2003 06:29 PM

ni website sniper

ia merupakan satu web besar

www.sniperworld.com  

ada jual senapang ... ada link ngan sniper amerika ... peluru senapang sniper pon ada jual kat sini ... dan ada gambar power power mengenai sniper ...

jazim posted on 23-9-2003 12:02 AM

Cerita pasal sniper PDRM.....

Dlm PDRM terdapat sniper yg berkhidmat di pasukan PGK (gabungan UTK dan Komando 69 PPH pd tahun 1997). Menarik juga utk disebutkan di sini bahawa FRU juga ada anggota sniper sendiri. Namun begitu kita tidak akan tahu kerana mereka tidak memakai lencana sniper. Dlm FRU sniper ditugaskan mengawasi penunjuk perasaan dan menembak mana-mana perusuh yg membawa senjata berbahaya dan cuba mengancam keselamatan rakan FRU yg sedang mengawal atau menyuraikan tunjuk perasaan.

DARSITA posted on 23-9-2003 07:08 AM

PPH (Pasukan Polis Hutan) ada lagi ker?

kalau tak ada kemana mereka sekarang?

azzacke posted on 23-9-2003 11:46 AM

Cik DARSITA, Polis Hutan sekarang dikenali sebagai PGA. Namun, mereka masih menjalani latihan yang sama seperti dahulu tetapi turut menerapkan latihan-latihan yang baru selaras dengan kehendak PDRM.

azzacke posted on 23-9-2003 11:49 AM

Unit FRU menggunakan rifel HK 33 sebagai senapang penembak tepat.

[ Last edited by azzacke on 23-9-2003 at 12:43 PM ]

Enjin_Air posted on 23-9-2003 09:43 PM

Bila kita lulus latihan jadi penembak tepat, dalam TD guna lambang apa ya? lekat kat mana lambang tu?

jazim posted on 23-9-2003 11:12 PM

lencana penembak tepat pada pakaian seragam ye?

Enjin_Air,
Lambang penembak tepat TD adalah senapang bersilang dlm kalungan bunga padi dan dipakai pada dada kiri baju pakaian seragam. (rakan2 yg lebih arif tolong betulkan kalau saya tersilap.)

Enjin_Air posted on 26-9-2003 05:37 PM

Ooo gitu ya...  latihan nie sesapa boleh memohon masuk seperti latihan komando tak??   

jadi kalau sesapa2 yang dah pass latihan tu kan, pakai lambang sniper masih boleh balik ke pasukan asal spt RAMD takk?? atau kena berkhidmat sebagai sniper selama-lamanya???

LAgi satu, kalau bukan rahsia, macam mana latihan sniper nie ye?? terus2 pakai rifle sniper memulanya tu? memang tak penah dengar langsung latihan sniper nie.. mesti rahsia sulit kot...

jazim posted on 26-9-2003 06:16 PM

Jadi sniper tak semestinya jadi komando dan kena berlatih di PULPAK. lain la kalau nak masuk Platun Risik Gempur (UCIS) sebab mahaguru UCIS ni semuanya abang & pakcik GGK kita.

J/Latih sniper ni pun ramai askar RAMD dan RRD selain GGK. Mmg kalau sniper tu dtg dri RAMD dia akan duduk di RAMD dan terus memegang peranan sniper melainkan dia menukar/ditukar peranan atau bertukar kor/rejimen atau ditukarkan ke unit lain. (jadi jurulatih senjata utk rekrut di PUSASDA misalnya).

Latihan sniper ni pelbagai tapi yg terbesar ialah menembak. Setiap tim sniper di seluruh dunia terdiri dri 2 org anggota sniper. Seorg penembak dan seorg lagi spotter dan mereka boleh bertukar peranan antara satu sama lain. Senjata yg banyak digunakan dah tentu le sniper rifle tu sendiri tapi rifel tempur biasa cam M16 dan Steyr pun boleh diguna juga. Sebaiknya perlu ada alat optik dan gogel IR.

Enjin_Air posted on 26-9-2003 08:27 PM

Bebanyak timasih la tuan jazim. Banyak btul info dah dapat. Selalu nak tau gak pasal sniper nie.. rupanya gitu lah cerita nyer ya..   jadi sniper kena ada buddy-buddy system gak ya..  bukan lone ranger....  

Orang pakai spek tak leh jadi sniper betul tak?? pasal dulu ada member try ngan rifle m16, tenang boleh tapi tak smpt tgk peluru kena kat mana, kena kat tebing pun cam kena kat sasaran. Sebabnya, bila peluru dilepaskan, hentakan rifle membuatkan seluruh kepala juga sedikit tergerak. Secara serentak, pandangan melalui cermin mata juga terlindung oleh pejera rifle yang terangkat sedikit.... sakit hati tul woo... ada nasihat cam na nak aiming untuk orng pakai cermin mata nie???   (Pasal tu orang pakai spek susah nak masuk tentera, betul tak tuan Jazim?)

jazim posted on 27-9-2003 12:16 PM

Spek mmg mengganggu keselesaan tugas khasnya menembak. Kerana itu tentera & polis perlukan mereka yg sihat mata 100% kerana persekitaran tugas tempur perlukan tindakan yg pantas dan tidak diganggu kekurangan fizikal khasnya mata.

insignia posted on 28-9-2003 11:23 PM

http://matrix.dumpshock.com/raygun/firearms/sniper/img/g3-sg1_sm.jpg
The G3 SG/1 is an accurized variant of the legendary G3 rifle, designed for the German Bundeswehr as a sniper/sniper support weapon.

Heckler & Koch GmbH
Oberndorf/Neckar, Germany
7.62x51mm NATO
Operation: Delayed Blowback
Safety: Frame-mounted on left side, 0-1-20 selector switch
Sights: Rotary diopter rear, hooded post front, scope mnt
Barrel: 17.72" (450mm)
Weight: 13.7 lbs. (5.54 kg)
Magazine Capacity:
20 rounds, detachable box
Modes of fire: Safe, semi-automatic, fully automatic
Cyclic Rate: 600 rpm

[ Last edited by insignia on 11-3-2004 at 12:19 PM ]

jazim posted on 29-9-2003 03:19 PM

Ruangan Polis & Tentera Utusan M'sia tahun 1997 ada tunjuk anggota sniper VAT69 PDRM (sekarang PGK B) guna raifel kat atas nih...

insignia posted on 29-9-2003 09:12 PM

http://world.guns.ru/sniper/hk_psg1_l.jpg

Heckler & Koch PSG-1 sniper rifle (Germany)

Caliber: 7.62 x 51mm NATO (.308 Win)
Action: Semi-automatic, roller-delayed blowback
Barrel: 650 mm
Overall length: 1208 mm
Weight: 8.10 kg with scope and no magazine
Magazine: 5 or 20 round detachable box
Scope: Hendsoldt 6x42, 6 settings from 100 to 600 meters
Expected accuracy: Sub-1MOA with match grade ammunition

Senjata ini adalah model  G3-SG1 yang dipertingkatkan.
The PSG-1 sniper system (PrazisionsSchutzenGewehr, or "high-precision marksman's rifle" in English) had been developed by the German company Heckler - Koch by the mid-1980s as an ultimate police and counter-terror weapon. Some German elite law-enforcement groups, like GSG or KSK-9, participate in this development, and since its introduction the PSG-1 had been adopted by various police forces in Europe and Americas. It is way too heavy and somewhat too gentle for military use, so it never seen any military use. Instead, HK developed two more sniper weapons. The first, that actually preceded the PSG-1, was the G3-SG1, an accurized and scope-fitted version of the basic G3 automatic rifle for German Army. And in the mid-1980s HK also developed a derivative of the PSG-1, called MSG-90, for export military sales
Page: [1] 2 3 4 5 6 7
View full: Sharpshooter ..