YuiNinie posted on 18-5-2011 01:36 PM

Hukum puasa ganti pada hari jumaat...?

salam...Br2 ni aku niat nk ganti puasa ..biasala org pmpuan xsah kalu xtnggl puasa bln ramadhan kn :o..dgn niat aku nk puasa ganti yg lepas ..kbtlan plk hari jumaat...Nak dijadikan cerita..Hari jumaat lpas aku puasa,ada la rakan opis bg jeruk buah (bykla jgk)..tp dsbbkan puasa aku bg kt org lain..org tu tnya nape aku xmkn je...trpksala aku ckp aku puasa..rakan tu plk tnye puasa apa??..Aku pon jwpla puasa ganti...Pastu dtgla plk sorg minah nie menyampuk ckp kalu puasa hari jumaat kena skali dgn hari sbtu..xboleh ganti hari jumaat je...kononya dia ckp sama dgn org kristian pnye kpercayaan 'Good Friday'....btul ke x aku xtau la:shakehead3:...yg sorang tu plk mengiyakan psl minah tu ckp...aku pkir hr sbtu xnak puasa sbb nk kna travel jauh...pkir hr lain la gnti pon xpe...Last2 rakan sorang lg bg cadangan yg bg aku xreleven lnsg ...Dia srh aku batalkan je puasa masa tu..{:3_89:}..dh sparuh hari aku puasa nk kna batalkn..kbtlan masa tu ada sorg lagi partner opis aku puasa(ktorang mmg dh jnji nk puasa skali) mla la dh rasa srba slh...siap google dlm tenet nk tau hukum puasa ganti hari jumaat....
Tlg bg pendapat korang...hrp2 yg pakar agamala dpt bantu aku...skng nie bila nk puasa je  hari jmaat dah keliru..:dizzy:Terima kasih.

charming_gal posted on 18-5-2011 02:05 PM

Reply 1# YuiNinie


Dari Hadith dan pandangan ulama'-ulama' ini, menunjukkan bahawa adalah makruh berpuasa 1 hari atau dikhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat. Yang dimaksudkan berpuasa itu merujuk kepada puasa sunat. Mereka yang melakukan puasa Qadha' Ramadhan dikecualikan dari tegahan ini. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-

فيجوز للمسلم أن يصوم يوم الجمعة قضاء عن يوم رمضان ولو منفرداً

"Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhan walaupun berpuasa 1 hari" - .

Kesimpulannya, mengkhususkan melakukan puasa sunat atau Solat malam pada hari Jumaat adalah perkara yang ditegah, kecuali bagi mereka yang sentiasa melakukan amalan tersebut, seperti kebiasaan berpuasa dipertegahan bulan hijrah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bagi mereka yang melakukan qadha' puasa Ramadhan, tidaklah ditegah melakukan puasa dihari tersebut. wallahu 'alam.

So,pendapat charming...maybe yang ditegah puasa pada hari jumaat tu puasa sunat je kot..puasa qadha Ramadhan dibolehkan..

YuiNinie posted on 18-5-2011 02:16 PM

terima kasih untuk charming gal yg berkongsi ilmu....so lpas nie xde mslh la kalu nk puasa hari jumaat...:)..

chintachanduri posted on 18-5-2011 02:31 PM

aku pun selalu dengar org cakap mcm tue..kena ganti sekali ngn sabtu..

deal_maker posted on 18-5-2011 03:30 PM

good information  tq

masterudeng82 posted on 18-5-2011 03:55 PM

Reply 3# YuiNinie

aku tak ingat ustaz mana aku dengar tapi memang tak boleh puasa hari jumaat semata. kena bawak sekali hari sabtu atau pun hari khamis. sebab aisyah pernah nak puasa pada jumaat semata tapi rasulullah melarang. aku tak ingat yang pasal good friday or what so ever tapi memang yang aku yakin tak boleh puasa jumaat sahaja..

YuiNinie posted on 18-5-2011 04:22 PM

Reply 6# masterudeng82


   berkenaan dgn pndpt ustaz yg dinyatakan oleh awk tu....adakah untuk puasa sunat?atau pun qada?...minta penerangan sekiranya lbh tau....sbb sy qada puasa pd hari jumaat...dan menurut hadis yg dikngsi oleh charming_gal...dibenarkan untuk puasa qada pd hari jumaat...sekian..kalu salah tlg tgurkan:loveliness:

tokwan_jantan posted on 18-5-2011 06:04 PM

mana ada hari jumaat diharamkan berpuasa... melainkan hari jumaat itu jatuh pada hari2 yg diharamkan berpuasa...

kupia posted on 18-5-2011 06:26 PM

Ditegah berpuasa sunat hari Jumaat kecuali orang yang biasa berpuasa (macam puasa Nabi Daud sehari puasa sehari berbuka) atau yang biasa berpuasa pada pertengahan bulan hijrah.  Puasa ganti ramadhan TIDAK di tegah.


Hari Jumaat disunatkan melakukan amalan-amalan Soleh (seperti berselawat), akan tetapi mengkhususkan hari jumaat untuk berqiam al-lail dan juga berpuasa adalah ditegah. Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :

لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - .

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :

الحديث دليل على تحريم تخصيص ليلة الجمعة بالعبادة، وتلاوة غير معتادة إلا ما ورد به النص على ذلك كقراءة سورة الكهف .

"hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:

وَفِي هَذَا الْحَدِيث النَّهْي الصَّرِيح عَنْ تَخْصِيص لَيْلَة الْجُمُعَة بِصَلاةٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيِ , وَيَوْمِهَا بِصَوْمٍ. وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَى كَرَاهِيَته

"Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa. Telag dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"

Beliau mengatakan bahawa hari Jumaat ialah hari berdo'a, zikir, beribadat seperti ; mandi, pergi ke masjis awal, mendengar khutbah dan mengingat Allah banyak-banyak selepasnya sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Al-jum'ah 62:10.

Shikeh Al-Islam, Ibn Taimiyah berkata :

إن السنة مضت بكراهة إفراد رجب بالصوم ، وكراهة إفراد يوم الجمعة ..

"Sunnah mengatakan adalah makruh mengkhususkan satu hari berpuasa didalam bulan Rejab, dan Makruh mengkhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat" -

Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin berkata :

وأما الجمعة فلا يُسنّ صوم يومها ، ويُكره أن يفرد صومه

"Bagi hari Jumaat, bukanlah sunat berpuasa pada hari itu, dan hukumnya MAKRUH berpuasa satu hari" -

Dari Hadith dan pandangan ulama'-ulama' ini, menunjukkan bahawa adalah makruh berpausa 1 hari atau dikhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat. Yang dimaksudkan berpuasa itu merujuk kepada puasa sunat. Mereka yang melakukan puasa Qadha' Ramadhan dikecualikan dari tegahan ini. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-

فيجوز للمسلم أن يصوم يوم الجمعة قضاء عن يوم رمضان ولو منفرداً

"Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhan walaupun berpuasa 1 hari" - .

Kesimpulannya, mengkhususkan melakukan puasa sunat atau Solat malam pada hari Jumaat adalah perkara yang ditegah, kecuali bagi mereka yang sentiasa melakukan amalan tersebut, seperti kebiasaan berpuasa dipertegahan bulan hijrah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bagi mereka yang melakukan qadha' puasa Ramadhan, tidaklah ditegah melakukan puasa dihari tersebut. wallahu 'alam.

wassalam
===============
Rujukan :

1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa¡¯imah li¡¯l-Buhooth al-¡®Ilmiyyah wa¡¯l-Ifta¡¯ - 10. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.

charming_gal posted on 18-5-2011 07:14 PM

Ditegah berpuasa sunat hari Jumaat kecuali orang yang biasa berpuasa (macam puasa Nabi Daud sehari p ...
kupia Post at 18-5-2011 18:26 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   tq 4 sharing de info...cukup jelas penerangannya....{:1_132:}

YuiNinie posted on 19-5-2011 08:08 AM

tq 4 sharing de info...cukup jelas penerangannya....
charming_gal Post at 18-5-2011 19:14 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    terima kasih diatas penerangan tersebut....{:1_132:}
Page: [1]
View full: Hukum puasa ganti pada hari jumaat...?