soretos posted on 1-4-2010 11:50 PM

denda ganti puasa

salam., nak tumpang tanya..saya ni cetek ilmu agama..saya ni pernah la tertinggal puasa..tapi saya x ganti2 sampai la bertahun2 lama nya..skang saya da insaf dan saya tidak tahu bagaimana untuk menggantikan puasa yg saya tinggal.bagaimana perkiraan nya?ada sesiapa boleh bantu saya?

tabasco posted on 2-4-2010 12:53 AM

puasa tu dari tahun ape?
puasa tu ditinggal sebab memang sebab tak dapat berpuasa atau suka2 aje?

kalau tak silap aku kena bayar fidyah iaitu secupak beras (600++gram) kepada fakir miskin.
contoh puasa tertinggal sebanyak 1 hari dari tahun 2005.
1 puasa ganti + 5 fidyah.

dan seterusnya

kalau puasa tu ditinggalkan atas sebab bersetubuh pada siang hari waktu puasa tu dah lain dah hukumnya.

harap forumer lain leh betulkan kalau silap.

wallahua'lam.

rdzaccess posted on 2-4-2010 12:59 AM

Post Last Edit by rdzaccess at 2-4-2010 01:00

Meninggalkan puasa wajib membayar fidyah.

Fidyah yang perlu dibayar ialah berupa beras ( 1 cupak = 600gm)

Fidyah hendaklah diberikan kepada fakir miskin (seorang atau beberapa orang)

Fidyah beras boleh diganti dengan nilaian wang bergantung kepada harga beras yang dimakan seharian oleh individu tersebut.

Jumlah gantian puasa ambil kiraan maksimum hari yang ditinggalkan. ( hari tidak berpuasa x tahun yang perlu diganti)

Sekiranya puasa yang diganti itu terlebih jumlahnya ia dikira sedekah.

rdzaccess posted on 2-4-2010 01:02 AM

Fidyah yang perlu dibayar ialah 1 cupak (670 gram) sehari (nilai ringgit RM1.17 secupak negeri Selangor)

rdzaccess posted on 2-4-2010 01:05 AM

Contoh :

Seorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengqada¡¯ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :

1. Tinggal 5 hari -> Qada¡¯ 5 hari ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun kedua -> Beras 5 cupak (1 cupak sehari)

2. Tinggal 5 hari -> Qada¡¯ 5 hari ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga -> Beras 10 cupak (2 cupak sehari)

3. Tinggal 5 hari -> Qada¡¯ 5 hari ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat -> Beras 15 cupak (3 cupak sehari)

Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada¡¯ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.

Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan anda itu.

soretos posted on 2-4-2010 11:50 AM

pose tinggal sebab dtg period..slalu tangguh nak ganti pastu x sempat dah masuk ramadan berikutnya..saya dah lama niat nak nak bayar fidyah tp tu la asik menagguh je..n pose pun saya x ingat dah bape yg sy tinggal setaip tahun...eiii beso btol dose tp sy akan lebihkan bayar fidyah takut tersalah kira..

tabasco posted on 2-4-2010 02:38 PM

oh gitu..
kalau gitu awak kena puasa ganti sama banyak ngan jumlah puasa yang awak tinggalkan.
tapi jumlah fidyah yang awak kena ganti tu bertambah setiap tahun hingga sekarang.abiskan cepat sebelum masuk ramadan tahun ni supaya fidyah awak tak bertambah lagi.

rdzaccess posted on 2-4-2010 10:51 PM

Kalau keje gomen bayar ngan duit pencen.
kalau swasta bayar ngan duit EPF.
Kalau tak sempat anak anak boleh bayarkan.
Kalau semuanya tak leh, nanti boleh bayar di akhirat ( jawaplah dan tanggunglah sendiri ){:3_89:}

soretos posted on 5-4-2010 11:16 PM

ermm..klu sy da beli semua beras tuh, ada tak sesiapa tau tempat mana yg ok nak bayar kat fakir miskin?

juita posted on 7-4-2010 08:08 AM

ha ah nak tau gak beras ada memacam jenih, nak kene bli yang mana satu?

lagi satu kalu beras tu anta kat umah anak yatim/orang tua boleh tak sebagai fidyah?

ibnur posted on 7-4-2010 10:07 PM

ha ah nak tau gak beras ada memacam jenih, nak kene bli yang mana satu?

lagi satu kalu beras tu anta kat umah anak yatim/orang tua boleh tak sebagai fidyah?
juita Post at 7-4-2010 08:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

kena la beli yang standard orang banyak makan.  beras super atau premium (antara 5%-15% hancur).

wasntme posted on 9-4-2010 01:24 PM



kena la beli yang standard orang banyak makan.  beras super atau premium (antara 5%-15% hancur).
ibnur Post at 7-4-2010 22:07 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
rasanya mcm pernah dengar, fidyah beras tu mestilah sama jenis dgn beras yg kita sendiri makan kat rumah. so kalau kita makan beras mahal, tak boleh lah nak fidyah beras murah.

saya tak arif, tapi ada sesiapa boleh jelaskan?

wasntme posted on 9-4-2010 01:26 PM

rumah anak2 yatim ni dah jadi mcm gedung beras, menimbun2 kdg2 beras tu pun dah tak rasa sedap nak makan. saya fikir kalau boleh bagi duit, better bagi duit.

shielax posted on 9-4-2010 05:19 PM

1 soalan lagi...perkiraan tuk 1 hari= 1 cupak ni macam maner nak bayar...maksud sy...adekah jika sy tinggal puasa masa sebelum akil baligh selama 1 hari(contoh)...dan kini sy nak menggantikan puasa itu untuk kesemua yg tinggal sebelum ni...adakah sy harus gantikan sekali puasA YANG sebelum akil baligh itu atau sy hanya perlu ganti puasa yg selepas akil baligh itu...

sukahatigua17 posted on 9-4-2010 05:33 PM

kalau kita x habis ganti pose pastu kita forward kan ke tahun depan ada sterusnya  adakah fidyah kita bganda  dari 1cupak sehari jadi 2 cupak sehari..
Page: [1]
View full: denda ganti puasa