matabelalang posted on 21-3-2010 03:20 PM

Tukar Gred Jawatan Kerajaan

Untuk makluman, aku sekarang seorang Pegawai Tadbir Gred N41 di sebuah Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan. Aku bercadang untuk menukar kerjaya dari Pegawai Tadbir Gred N41 ke Pensyarah Gred DM/DS45 di IPTA. Oleh yang demikian, apakah yang harus aku lakukan untuk memohon jawatan tersebut dan apakah yang akan berlaku pada status perkhidmatan Kerajaan sekarang? ... seperti :-

1. Permohonan Melalui Ketua Jabatan ;
2. Pertukaran dari Gred N (Perkhidmatan dan Sokongan) kepada Gred DM/DM (Perkhidmatan Pendidikan);
3. Lain-lain kebajikan/keistimewaan atau kelemahan/kehilangan keistimewaan disebabkan pertukaran jawatan tersebut.

Harap mereka yang arif dapat membantu ...

rizal7 posted on 21-3-2010 03:44 PM

Salam...

1. Ya, Ko kena mohon melalui ketua jabatan
2. N41 (Ijazah Sarjana Muda a.k.a Bachelor) ; DM45/DS45 (Ijazah Sarjana a.k.a Master)
3. Itu lain skim, lain dia punya elaun... mungkin sedikit kelainan.

p/s : ada seorang Engineer J41 kat tempat teman, dia ada Ijazah Master... dan dah tukar ke DM45...

matabelalang posted on 21-3-2010 04:13 PM

rizal7... dia tukar gred jawatan dengan sambung service atau start dari mula?

Pygmalion posted on 21-3-2010 04:37 PM

rizal7... dia tukar gred jawatan dengan sambung service atau start dari mula?
matabelalang Post at 21-3-2010 16:13 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

tukar gred adalah sambung service, tapi tgk kes awak, awak dah ada master ke? biasanya, U sekrang cuma ambik mereka yang dah ada master sahaja..kecuali beberapa U seperti UMK, UMP tapi taraf awak still DM41, bukan tetap (mungkin kontrak), dan jawatan bukan pensyarah tetapi tutor.

Kalau awak dah ada master, awak boleh mintak tukar service, terus ke DM45, tangga gaji berubah mungkin beza dalam RM1K, ikut tangga gaji jugak la..

matabelalang posted on 21-3-2010 04:47 PM

so ... tak de masalah ? ... ada tak kes majikan sekarang tak lepas ... ?
bagaimana plak dengan 'pelepasan dengan izin' ? ...
tq ...

matabelalang posted on 21-3-2010 04:47 PM

untuk makluman, saya ada master dalam bidang pentadbiran awam ...

Pygmalion posted on 21-3-2010 05:02 PM

untuk makluman, saya ada master dalam bidang pentadbiran awam ...
matabelalang Post at 21-3-2010 16:47 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

ha ok la mcm tu..lagi bagus..byk U sekarang ni nak cari lect yang ada pengalaman kat industry..mereka dah taknak lect yang fresh grads..contoh mcm uitm, syarat terbaru nak jadi lect kene at least ada working exp kat industry 5 years..

tapi mengenai majikan lepas ke tak lepas tak pasti la pulak...tu mungkin boleh rujuk kat HR awak dan jugak mungkin boleh rujuk kat bahagian pentadbiran U yang u nak keje tu...

damieniman88 posted on 21-3-2010 05:31 PM

Mata belalang, setau aku lah takde masalah ang nak tukar skim dari N ke DM/DS.
yang penting kene mintak melalui ketua jabatan. Jangan smbrono je..skang ni ang dah confirm ke jdi PT N41 tu? then bila nak p interbiw tu makesure bawak sekali salinan rekod/perkhidmatan dsbnya (selalunya hr yang uruskan)..
tp kalu ang dah mintak jawatan tu (melalui ketua jabatan)..organisasi ang dah tau ang nak cabut dah..so selalunya (kalu depa tu berperikemanusiaan lah) akan melepaskan ang..
sbb atas perkembangan kerjaya ang kan..perlepasan dgn izin tu nanti ang buat bila dah terima jawatan tu..ang bule mintak pemendekan notis tanpa perlu bayar apa2 pun..(sbb lompat p gomen gak). Good Luck..
anyway ang keje kat badan berkanun kat mane?

matrik02 posted on 21-3-2010 09:36 PM

Post Last Edit by matrik02 at 21-3-2010 21:37

DM45 - Skim perkhidmatan terpakai di UiTM bagi calon yang mempunyai Ijazah Master

DU45-  Pensyarah perubatan di IPTA

DS45 - Skim perkhidmatan yang terpakai di IPTA selain daripada UiTM


Kamu N41 dibadan berkanun di mana? MADA? KADA? MPOB? FRIM? IPTA? Pihak Berkuasa Tempaan (PBT)

IPTA yang kamu nak tu sama tak dengan tempat kerja kamu sekarang ini?

Sudah disahkan jawatan? Sudah masuk skim berpencen? Berapa lama tempoh perkhidmatan?

Perlu ikut prosedur kakitangan berkhidmat mohon melalui ketua jabatan.. Sebab apa? Sebab untuk mengambil kira perkhidmatan yang lepas untuk dicantumkan dengan perkhidmatan baru kerana ada perkara berikut :-

kenyataan perkhidmatan yang kemas kini,
laporan pengisytiharan harta,
laporan penilaian prestasi yang terkini
kenyataan bebas dari sebarang tindakan tatatertib.

Jika dipanggil temuduga, jangan lupa bawa ini sekali perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan samaada menyokong / tidak menyokong permohonan kamu. Kalu disokong oleh KJ,pergi temuduga dgn hati tenang sbb dah awal-awal KJ dah sedia untuk lepaskan kamu bila kamu menerima tawaran kerja tersebut, jadi  pelepasan dgn izin kamu nanti senang.

kalu KJ kamu tidak sokong dalam perakuan bertulis, kamu pergi juga temuduga, katakan kamu dapat, kamu nak juga jawatan tersebut, kamu buat pelepasan dgn izin, dah konfirm KJ tak lulus demi kepentingan perkhidmatan so keistimewaan kamu hilanglaa, Pelepasan dgn izin ini sebagai merestui permergiaan kamu


Lepas kamu dah ditawarkan jawatan tersebut dan kamu nak terima jawatan tu juga, kamu baru membuat "permohonan pelepasan dengan Izin". Jadi pelepasan dgn izin tu berkuat kuasa bila kamu lapor diri di tempat baru.

Kalau dapat, tiba-tiba kamu berubah fikir taknak jawatan tersebut so tiada masalah sbb tidak membuat pelepasan dgn izin.
Kamu leh teruskan kerja di tempat lama.


matabelalang posted on 22-3-2010 10:04 AM

tq damien & matrik ... untuk makluman, saya dah confirm dan telah berkhidmat empat tahun, memilih skim pencen ... kerja dengan agensi di bawah kklw ...
semua ipta ada skim pencen ker?

matrik02 posted on 22-3-2010 10:38 AM

IPTA mmg ada skim berpencen kecuali UIA menggunakan skim caruman tak salah aku. Sbb isu pernah timbul apabila kakitangan daripada UIA ingin membuat tukar opsyen daripada PENCEN ke KWSP.

matabelalang posted on 22-3-2010 12:31 PM

let say ... klu aku nak tukar opsyen dari pencen ke kwsp ,sekiranya aku kerja swasta balik ... bagaimana?

matrik02 posted on 22-3-2010 12:48 PM

Kalau masuk swasta balik, kira dah letak jawatan. Semua service tak amik kira, termasuk ganjaran dan cuti. Pelepasan dgn izin terpakai untuk kakitangan yang berkhidmat untuk beralih angin ke kerajaan.

iena_kindaichi posted on 22-3-2010 01:03 PM

hmm...tapi tak silap kalau kiter kejer full-gomen....lepas tuh nak gie swasta...lepas tuh balik ker full gomen dah tak bleh kan....sebab diklasifikasikan sebagai ingkar haper tah.......cuba check balik pekeliling perkhidmatan....

ping_pong posted on 22-3-2010 01:51 PM

kalu gred J nak tukar gred N/W korang rase2 boleh x??? sbb kerja yg aku buat sekarang ni dah mcm kerja N/W :L

matrik02 posted on 22-3-2010 02:06 PM

14# iena_kindaichi

Boleh juga, Suruhanjaya yang melantik akan melihat rekod-rekod yang terdahulu sebab-sebab berhenti daripada perkhidmatan yang terdahulu. Kuasa Pihak yang melantik yang menentukan..

Bersara pilihan, kalau nak nak masuk gomen boleh, tapi kontraklaa.. Kira hebatlaa juga, tengok kepakaran merekalaa mcm IPTA..

matabelalang posted on 22-3-2010 04:02 PM

fikiran aku mengatakan ... sekiranya pegawai kerajaan itu mengambil opsyen kwsp ... mungkin dia tidak mahu bekerja dengan kerajaan dan akan letak jawatan untuk pergi ke swasta ... betul ker?

matrik02 posted on 22-3-2010 09:10 PM

Post Last Edit by matrik02 at 22-3-2010 21:15

Tidak semestinya..ada juga yang amik KWSP, ikut perancangan mereka lepas bersara nanti,
Kadang-kadang manusia cepat berubah, nak masuk swasta, tiba-tiba bila dah masuk swasta, ekonomi rundum.. so dah pilih kwsp mana leh tukar opsyen pencen.. Sekali sahaja pilih.

kalau pilih skim KWSP, bermaksud kamu terpaksa melepaskan faedah rawatan kesihatan selepas bersara,kehilangan faedah gantian cuti rehat sebagai pesara dan ganjaranpersaraan.

Pilih Opsyen rugi sbb tiada kad pesara juga

Amik KWSP, dapat duit banyak, leh buat pelaburan, buka perniagaan lepas pencen.

Ada juga Suami amik skim pencen, isteri amik KWSP...

Cuma kalau amik KWSP, kena pandai urus duit.

matabelalang posted on 23-3-2010 02:59 PM

ooo ... kalau pilih kwsp tiada GCR dan gratuity ...
kalau begitu skim pencen lebih baik lah ...

tokwan_jantan posted on 23-3-2010 06:35 PM

matabelalang
hmm... skim pencen lebih baik dpd KWSP... kalau bekerja dgn kerajaan tak pilih skim pencen, silap banyaklah!... namun kena ingat juga, kelayakan pencen kita akan hilang jika kita kena buang kerja, diisytiharkan muflis atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah yg menyebabkan kena penjara atau hukum mati...

kelebihan skim pencen berbanding dgn skim KWSP... pencen akan terus dibayar kpd suami atau isteri... setelah kematian suami/isteri (yg menerima pencen)... sehingga habis hayat suami/isteri berkenaan... dan kepada anak-anak sehingga berumur 18 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama... untuk anak OKU, dia akan dibayar pencen selagi ada hayatnya... setelah ibu/bapa (yg menerima pencen) meninggal dunia...

itu sebabnya orang ambil opsyen pencen...

iena_kindaichi...
ikut Perintah Am Bab A... Pelantikan... pegawai kerajaan yang telah berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan awam tidak boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam...

maksud 'telah berhenti' - meletakkan jawatan atau bersara pilihan dpd perkhidmatan awam
maksud 'dilantik semula' - diambil bekerja semula dgn perkhidmatan awam sama ada secara sementara, kontrak atau tetap

ping-pong
nak tukar gred dari J ke N/W...
kategori jawatan J - arkitek, jurutera, juru ukur bahan dsb...
kategori jawatan N - pegawai tadbir, pegawai penerbitan dsb...
kategori jawatan W - akauntan, pegawai kewangan, juru audit dsb...

dari J ke N ... boleh dengan syarat membuat permohonan jawatan jika ada diiklankan...
dari J ke W... tak boleh... sebab kelayakan lantikannya adalah khusus... mesti ada ijazah dlm bidang kewangan/perakaunan/perbankan dan spt.nya... boleh, jika ada syarat kelayakan lantikan tersebut!
kategori jawatan N... tidak memerlukan ijazah khusus... lazimnya bersifat terbuka, cuma keutamaan akan diberikan kpd pemilik ijazah dlm bidang pentadbiran, perundangan, perhubungan awam, dsb.nya...

matabelalang posted on 25-3-2010 08:10 AM

bagaimana dengan tangga gaji? ...
start dari P1T1 atau ikut level kita dengan jawatan asal? ...

sebagai contoh, jika gaji aku sekarang N41 ialah P1T9 lebih kurang RM2,232.98 ... bila masuk IPTA DM/DS 45 ... start dari P1T1 ker ... sebab tangga gaji tu ialah RM2,450.00 ... ?

tokwan_jantan posted on 25-3-2010 12:30 PM

matabelalang
gaji tawaran utk semua jawatan kemasukan adalah pada matagaji P1T1... tak kiralah apa jenis jawatan, namun tuan boleh membuat rayuan (setelah menerima jawatan tersebut) supaya tawaran gaji dikaji semula dengan alasan (1) perbezaan gaji tawaran dgn gaji jawatan asal kurang dpd kenaikan gaji tahunan dlm jawatan asal... (2) pengalaman bekerja... satu tahun genap pengalaman bekejra, satu pergerakan tangga gaji... pengalaman bekerja bermaksud pengalaman bekerja yg setaraf dgn jawatan baru yg diterima... 2 alasan ini sahaja yg akan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa melantik untuk mengkaji semula gaji tawaran yg dibuat...
diharapkan info ini berguna utk tuan!

matrik02 posted on 25-3-2010 01:31 PM

Post Last Edit by matrik02 at 25-3-2010 13:34

Penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang telah disahkan jawatan kemudian dilantik ke skim perkhidmatan yang lain,biasanya satu mata gaji yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh PBM

Penetapan DS/DM 45, jarang dimulakan dgn T1, paling rendah pun T2. Sebab itu penting permohonan melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan terdahulu pun penting untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji

test_mt posted on 31-3-2010 10:21 AM

23# matrik02

test_mt posted on 31-3-2010 10:27 AM

salam...sy nak buat pertanyaan..harap ada sape2 bole membantu...sy skrg kerja kat badan berkanun skim J..jadual gaji P1T4..tapi belum confirm lagi...saya ada buat permohonan melalui spa 8 untuk jawatan M..semasa sy apply SPA 8 tu majikan saya x tau pun...kalo saya dipanggil temuduga jawatan tersebut adakah sy perlu mendapatkan kelulusan drp pengarah sy utuk menghadiri temuduga tersebut?...adakah skim saya akan disambung kalo sy dapat kerja tersebut walaupun sy belum disahkan dalam jawatan J skrg nie...
Page: [1] 2 3
View full: Tukar Gred Jawatan Kerajaan