svarna posted on 31-5-2005 03:30 PM

INFO:Ruang Niaga -Tapak Ekspo,Karnival..

Post Last Edit by ctredzuan at 27-1-2010 23:36

Disini saya cuba naikkan topic ni sebab INFO Ruang Niaga secara Bulanan atau minguan makin mendapat sambutan. Jika ada yang ingin mencari Usahawan peluang Berniaga ditempat anda..sila berikan INFOTerkini disni...




Sape tau kat maner saye bleh berniaga ?
macam nasik lemak kukus or ikan bakar ker ?

skarang tgh cari tapak niaga yg halal... hope sewa x mahal coz baru nak mula.. lagi pun susah gak kalau x de gerai tetap nie...income asyik lari jer....

ader tak sesiapa yg tau camner nk bukak gerai ker...or any foodcourt yg kosong (murah) coz saya sangat2 bharap kalu ader yg bleh tolong saye...
any sugestion pm me.
reza.
thanks !

[ Last edited by  elle_gogo at 17-2-2009 04:06 PM ]

ain_ishah posted on 31-5-2005 03:49 PM

u area mana reza?

AiNuL posted on 1-6-2005 01:43 PM

i lak kalau blh nak carik tapak untuk ruang niaga kain pasang...gerai sehari ke...gerai expo ke...sapa2 ada info? kalau blh nak area selangor and k.l

kakn posted on 2-6-2005 11:30 AM

kasik highlight sket tajuk ni... :bgrin: sapa2 nak share info, silakan... :)

sapa2 ada kontek kat memana ada ekspo tu... jom kita pakat p ramai2.. :bgrin:

svarna posted on 6-6-2005 09:48 AM

aye  area kajang

ctredzuan posted on 5-8-2005 09:55 AM

_JOM BUAT JUALAN DI BOOTH KONVO UNIVERSITI!!_

assalamualaikum ...

bagi peniaga yg pernah buat jualan sementara di booth2 yg di sewakan lot2 nya, meh sama2 join berniaga booth konvo2 yg akan berlangsung bulan ogos - september seluruh negara tahun ni..

ini fakta yg ct dapat dari ukm,

Pesta Konvokeyen menyediakan ruang gerai kepada orang ramai untuk program-program yang dianjurkan oleh pihak sekretariat. Antaranya gerai bagi program pra-konvo iaitu UKM ICT Fair pada 8 hingga 13 Ogos 2005 di bangunan Pusanika dan gerai pameran serta gerai ekspo semasa Pesta Konvokesyen iaitu pada 15 hingga 22 September 2005. Berikut adalah maklumat umum yang perlu diketahui oleh pihak-pihak yang berminat untuk membuat tempahan gerai :


Cara Tempahan :
*Tempahan boleh dibuat dengan menggunakan borang tempahan yang disediakan.
* Wang cagaran untuk tempahan bagi setiap pempamer adalah sebanyak RM100 .
* Wang cagaran tidak akan dipulangkan jika pempamer tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
*Pembayaran melalui cek / kiriman wang / wang pos / slip bank perlu dinamakan kepada Bendahari UKM-Pesta Konvokesyen Ke-33 .
* Sila bawa bersama borang tempahan beserta wang tunai / cek / kiriman wang / wang pos / slip bank semasa urusan tempahan.
* Semua urusan tempahan mesti dibuat di Pejabat Urusan Pesta Konvokesyen di alamat yang tertera di bawah :  

Pejabat Urusan Pesta Konvokesyen,
Paras 5, Bangunan PUSANIKA,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
TEL : 03 - 8921 3490 / 3240
FAX : 03 - 8921 3240


Keselamatan:
*Pas masuk dan pelekat kenderaan akan disediakan oleh pihak penganjur.
*Kawalan keselamatan adalah 24 jam dan tapak pameran adalah kawasan larangan selepas jam 10 malam hingga 8 pagi
*Keselamatan barangan pempamer adalah menjadi tanggungjawab pihak pempamer sendiri



Saiz Gerai  10' x 17'  
Harga Gerai  JENIS GERAI
HARGA (RM)

Buku, alat tulis, media, bahan kosmetik dan kesihatan
960

Alat komputer, komunikasi dan media
1040

Barang elektrik, kaset dan CD
1040

Pakaian, beg dan kasut
1040

Cenderamata dan anak patung
1040

Minyak wangi dan jam tangan
960

Restoran
1120

Makanan segera
1040

Makanan ringan
1040

Bunga kaktus, seramik dan perhiasan
960




http://mmedia.ukm.my/konvo/image/pelan_ekspo1.gif

ct dah sewa satu booth utk jualan kain baju.

lain2 universiti tengah survey spt utm, uia, insyaAllah nanti ct akan updated dari masa ke semasa..

ini bukan iklan yea.. :bgrin:

mix_chinese posted on 5-8-2005 10:46 AM

Kalau handbag/perfume dan kosmetik? berapa harga?

ctredzuan posted on 5-8-2005 02:03 PM

Pakaian, beg dan kasut
1040

Cenderamata dan anak patung
1040

Minyak wangi dan jam tangan
960

yang ni booth dia asing2 tapi kalau betul liz berminat try call urusetia dia, boleh combine tak jual kasuh handbeg sekali dengan perfume.
memang every year sambutan yg melampau2.. sbb tu ct ingat nak sewa tahun sbb tumpuan orang luar gak.kalau liz nak pasarkan perfume tu elok sesangat sbb bebudak universiti mesti beli nye yg 1st grade imitation,kan?

mix_chinese posted on 5-8-2005 04:03 PM

Thank you sbb bagi info

yays posted on 7-8-2005 10:30 PM

makanan ringan dan makanan basah berapa ye masing2?

Tq

ctredzuan posted on 21-8-2005 10:57 AM

Originally posted by yays at 7-8-2005 10:30 PM
makanan ringan dan makanan basah berapa ye masing2?

Tq


Restoran
1120

Makanan segera
1040

Makanan ringan
1040

org yg pernah ada experience bgtau yang sebelum2 ni mereka regular kat sini,
memang seronok sbb konvo ukm lain dari konvo lelain mcm uia ker, uitm ker..
pada yg pernah berniaga makan, masuk sehari dari jam 10 - 10 malam RM1500 ooooo..! :onf:
sbb tu gerai konvo ukm ni mahal dari yg lelain..
uia RM650 je satu gerai.

harleena posted on 21-8-2005 11:17 AM

Selamat meniaga ctredzuan. Bestnya kalau dok kl time niaga ni. Boleh gak share ngan sesiapa kat sini yg nak bukak booth.

ctredzuan posted on 21-8-2005 11:48 AM

jomlah join..
jual nasi lemak dengan ais kacang mcm harleena buat tue.. :ah:

kakn posted on 21-8-2005 12:21 PM

tenkiu 4 sharing...

harleena posted on 22-8-2005 06:22 AM

Yes, tq 2 untuk ctredzuan for sharing this valuable information. Tentu ramai forumer yang berebut-rebut nak niaga kat konvo tu nanti. Jom niaga ramai-ramai....:pompom::pompom::pompom:

ezly9212 posted on 24-8-2005 01:28 PM

Tapak Gerai Untuk Dikongsi@Akademi TV3, Wangsa Maju

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sesiapa yang berminat nak berniaga makanan atau sewaktu dgnnya (selain burger + Air) pada 11/09/2005 (1 hari shj) bertempat di Malaysia Institute of Integrative Media, Wangsa Maju, KL (Akademi TV3) sempena Autoshow kereta bolehlah sms/call me@0193765707(Ezly)...saiz + - 10" x 20"..harga bukak RM500...first come first serve.TQ
http://i13.photobucket.com/albums/a287/ezly9212/Ad.jpg

[ Last edited by ezly9212 at 24-8-2005 01:40 PM ]

DaunKetum posted on 24-8-2005 06:33 PM

kongsi ke? rm500 split 2 ke? atau camne nih?

ezly9212 posted on 25-8-2005 09:05 AM

Macam kongsi lah...saya bagi anda tapak saiz 10" x 20"...harga boleh runding...bukan rm500 tapi rm300 je...salah information...kalo berminat leh call me terus utk maklumat lanjut...percuma meja dan kerusi...tq

azliza posted on 25-8-2005 09:31 AM

kereta apa ... program macam mana???
aspected crowd berapa???

ctredzuan posted on 26-8-2005 12:46 AM

yang karnival tv 3 pada 2 september tu ade info tak?
berapa sewa?
prosedur?
nak tau sangat2...

ctredzuan posted on 26-8-2005 12:57 AM

tengkiu kak n...
harleena.. jom memeriahkan bidang perniagaan.. :P

ezly9212 posted on 29-8-2005 10:30 AM

Originally posted by azliza at 25-8-2005 09:31 AM
kereta apa ... program macam mana???
aspected crowd berapa???

pertandingan kereta autoshow(kereta cantik)...crowd dijangka dlm 8k-10k...satu2nya gerai yang jual makanan dan minuman....tq

ezly9212 posted on 19-9-2005 11:11 AM

Ruang Gerai Di Konvo UKM ke 33

Ruang Gerai Di Konvo UKM ke 33

sapa2 yang berminat nak sewa sebahagian tapak gerai kat konvo UKM yang akan berakhir pada 22/09/05 leh kontek 0193765707...Konvo dah bermula dr 15/09/05 so ade 4 hari(termasuk ari ni 19/09/05) sesuai utk niaga.(makanan)..Saiz penuh ialah 17" X 10"...so sebahagian tu leh sewa 8.5" x 10"...sebab rakan kongsi saya tak dapat menerusikan tapak tu sbb ade masalah yang tidak dapat dielakkan...harga leh runding...siapa cepat dia dapat...0193765707..

ezly9212 posted on 22-9-2005 12:08 PM

Tawaran Tapak Gerai Pesta Konvokesyen UPM 2005 sidang ke 2

Assalamualaikum

ctredzuan posted on 20-10-2005 01:32 AM

dah takde ke tapak ke.. gerai aidilfitri ker.. nak sekejap dalam 3-5 hari jer.. ;)
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: INFO:Ruang Niaga -Tapak Ekspo,Karnival..