Syd posted on 3-11-2008 10:51 AM

Pendarahan semasa mengandung

Pendarahan semasa mengandunghttp://www.utusan.com.my/pix/2008/1102/Utusan_Malaysia/Kesihatan/doktor-menulis-logo.jpgBANYAK punca pendarahan semasa mengandung. Kalau diikutkan kedudukananatomi, pendarahan mungkin dari luaran faraj iaitu pada vulva, faraj,pangkal rahim dan mungkin juga dari komplikasi mengandung.


Kadangkala, pendarahan berlaku dari buasir yang terjadi ketikamengandung. Pendarahan yang sedikit lazimnya akan berhenti dengansendiri.


Ada jenis pendarahan, bergantung kepada puncanya, boleh memudaratkankandungan. Namun, tidak kira jumlah pendarahan, puan patut bergegasberjumpa dengan doktor untuk penelitian segera.

Artikel ini akan menfokuskan pada penyebab pendarahan, tanda-tandamasalah yang mengiringi dan juga apa-apa yang patut puan lakukan.

Pendarahan peringkat awal kandungan

Pendarahan yang dimaksudkan ini berlaku pada dan sebelum kandunganberusia 12 minggu. Pendarahan juga boleh berlaku pada pangkal rahimselepas hubungan kelamin.


Jangkitan pada pangkal rahim juga boleh berdarah. Sekiranya puanmengandung dan berdarah melalui faraj, doktor mungkin akan melakukanpemeriksaan menggunakan alat spekulum untuk meneliti bahagian-bahagiandalaman yang boleh berdarah dan selepas itu, mungkin pemeriksaandilakukan untuk memastikan yang pangkal rahim tidak terbuka.


Ada juga doktor yang memeriksa pangkal rahim dengan menggunakan kaedah ultrasound.


Puan perlu maklumkan kepada doktor mengenai kesakitan dan jugajumlah darah yang turun, di samping apa-apa yang puan lakukan sebelumberlakunya pendarahan.

Sekiranya pendarahan berlaku dan puan memang disahkan mengandung,perhatian lebih perlu diberikan kerana puan berisiko tinggi untukmengalami kelahiran pramatang, kemungkinan anak yang kecil dari biasadan juga mungkin keguguran.

Di sesetengah hospital termaju, ukuran darah ¡®human chorionicgonadotropin¡¯ dijalankan untuk mengetahui status tumbesaran janin.Penting sekali semasa pendarahan, faktor rhesus darah puan bukannyanegatif.


Jika rhesus negatif, bermakna tindak balas telah berlaku dan puanperlu dirawat supaya komplikasi tidak berlaku terhadap kandungan padamasa hadapan.


Keguguran

Pendarahan tidak semestinya diikuti dengan keguguran.Walaubagaimanapun, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound untukpenentuan kesihatan janin.


Keguguran lazimnya berlaku sebelum 13 minggu kandungan. Antara tanda-tanda awal kemungkinan keguguran akan berlaku termasuk:

* Pendarahan melalui faraj
* Kekejangan yang dirasakan di bahagian bawah berhampiran dengankawasan pundi kencing, lazimnya, kekejangan ini dirasai lebih sakitdari senggugut.
* Keluarnya tisu-tisu ataupun ketulan darah melalui faraj.

Kadangkala, kandungan mungkin masih awal dan puan mengalamikeguguran dan tisu yang keluar dihantar ke makmal untuk pengesahan tisujanin.


Di sini kehadiran vili korionik akan diperhatikan. Pemeriksaanultrasound juga dilakukan supaya tidak berlakunya ketinggalan tisu didalam rahim.


Sekiranya puan disahkan mengandung melalui ujian air kencing,maklumkan kepada doktor untuk mengemaskinikan rekod kesihatan puan.

Kebanyakan keguguran tidak dapat dibantu dan dielakkan. Namun, tiadabukti saintifik meyakinkan yang hubungan kelamin dan juga bersenammenyebabkan keguguran.


Pekerjaan dan ketegangan akibat kerja juga tidak menyebabkankeguguran. Sekali keguguran tidak semestinya kandungan berikutnya akanberakhir sama dengan pengalaman pertama.


Keguguran juga tidak mencerminkan yang kesihatan puan tergugat. Cumasekiranya keguguran berlaku dua kali berturut-turut, doktor mungkinakan mencadangkan ujian-ujian serta pemeriksaan kesihatan lanjut supayakeguguran kali ketiga (berturutan) tidak berlaku.


Mengandung di luar rahim

Kebarangkalian mengandung di luar rahim adalah kecil berbandingdengan keguguran. Mengandung di luar rahim merupakan satu kegawatanperubatan disebabkan pendarahan dalaman yang berlaku dan bolehmengakibatkan kesakitan, kelesuan serta kematian.

Itulah sebabnya penting sekali sekiranya puan melakukan hubungankelamin, dan tidak pula mempraktiskan kontraseptif, menjalani ujian airkencing mengandung apabila darah bulanan tidak datang mengikutsepatutnya.

Puan berisiko tinggi untuk mengandung di luar rahim sekiranya:
* Puan pernah dirawat untuk jangkitan di kawasan pinggul.
* Pernah mengalami mengandung di luar rahim.
* Pernah menjalani pembedahan tiub falopian.

Pendarahan penghujung tempoh mengandung

Penyebab pendarahan pada trimester terakhir mengandung berbeza dengan tempoh awal mengandung.


Pendarahan yang sedikit mungkin disebabkan oleh keradangan pangkalrahim dan juga mungkin oleh ketumbuhan kecil pada pangkal rahim.Lazimnya pendarahan yang banyak ada kaitan dengan uri.


Dua keadaan di mana uri berdarah adalah apabila uri terpisah daridinding rahim dipanggil placental abruption dan uri yang berada dibawah, iaitu di bahagian segmen bawah rahim dan dipanggil placentapraevia.


Kesakitan dan juga kontraksi pramatang boleh membawa kepadapendarahan. Pendarahan yang berlaku pada tempoh terakhir kehamilan inimemudaratkan kesihatan janin dan mungkin kelahiran awal disyorkan.


Placental abruption

Uri secara amnya melekat di dinding rahim, sebagaimana stem ditampaldi dinding belon. Uri mungkin terpisah dari dinding rahim pada waktunyaatau sebelum sakit bersalin.


Terpisahnya uri menyebabkan kesakitan dan rahim terus berkontraksitanpa rehat diantaranya, menyebabkan rahim dirasai seperti dindingbatu.


Pendarahan mungkin tersembunyi di belakang uri, keluar mencurah, atau mungkin juga kombinasi kedua-duanya.

Nyawa janin tergugat apabila uri tercabut kerana janin akanmengalami kekurangan bekalan oksigen dan kemungkinan kematian berlakusekiranya tidak dilahirkan dengan segera.

Kejadian uri tercabut biasanya berlaku pada 12 minggu terakhir kandungan. Mereka yang berisiko tinggi adalah:
* Mereka yang sudah mempunyai anak.
* Berumur melebihi 35 tahun.
* Pernah mengalami kejadian uri tercabut pada kandungan sebelum ini.
* Darah tinggi.
* Trauma pada abdomen, seperti jatuh, ditumbuk, ditendang, mengurut perut oleh mereka yang bukan terlatih.
* Ibu-ibu yang merokok.
* Ibu-ibu yang menyalahgunakan dadah terutamanya dadah jenis kokain.


Placenta praevia

Uri yang kedudukannya pada segmen bawahan rahim, kehadiran uri dibawah menghalang mekanisme pergerakan janin untuk proses kelahiran.


Lazimnya pendarahan akibat uri yang kedudukannya di bawah tidak menyakitkan. Ibu-ibu yang berisiko tinggi termasuklah:

* Mereka yang pernah mengandung dan melahirkan anak.
* Pernah menjalani kelahiran secara pembedahan caesarean.
* Sejarah pembedahan pada rahim.
* Pada kandungan sekarang, kandungannya kembar ataupun lebih dari dua.

Seperti juga uri yang terlucut, pendarahan uri yang kedudukannya dibawah juga satu keadaan kecemasan obstetrik dan janin perlu dilahirkansegera.


Tanda-tanda akan bersalin

Pada tempoh terakhir mengandung, puan akan mengalami kontraksi danlama kelamaan akan diikuti dengan kesakitan yang berlaku selepas setiapkontraksi.


Pangkal rahim akan terbuka, dan darah serta mukus yang seolah- olah sebagai baji di pangkal rahim terkeluar melalui faraj.
Ini petanda yang puan sedang mengalami proses untuk bersalin. Kehadiran darah serta mukus ini dipanggil sebagai ¡®tanda-tanda¡¯.


Kejadian ini dikira normal sekiranya ia berlaku dalam masa tiga minggu sebelum tarikh kelahiran yang diramalkan.


Sekiranya ¡®tanda-tanda¡¯ ini berlaku sebelum tempoh tiga minggu tersebut, puan mungkin mengalami kontraksi pra matang.


Dalam kedua-dua keadaan tersebut, puan harus bergegas berjumpadoktor untuk mendapat pemeriksaan lanjutan.

Tanda-tanda yangmemungkinkan kelahiran pra matang adalah seperti:
* Discaj dari faraj makin banyak.
* Perubahan sifat discaj tersebut dari berair ke bermukus dan kemudiannya berdarah.
* Rasa penekanan yang bertambah pada tulang pinggul dan juga pada bahagian bawah abdomen.
* Sakit belakang menjadi-jadi.
* Kekejangan otot-otot abdomen, mungkin juga dengan kekerapan membuang air besar.
* Bertambahnya frekuensi kontraksi rahim serta intensitinya,lazimnya makin kerap dalam tiga kontraksi setiap 15 minit dan meningkat.


Pendarahan melalui faraj jangan dipandang ringan, lebih-lebih lagisekiranya pendarahan ini berlaku pada penghujung tempoh kandungan.


Mungkin puan terpaksa dimasukkan ke wad perbidanan, darah diambilsecara berkala untuk pemeriksaan hemoglobin, pemeriksaan ultrasound,kemungkinan terpaksa menjalani pemindahan darah, pemeriksaan degupanjantung janin dan sebagainya, bergantung kepada situasi semasa puan,kandungan serta keselamatan janin.

inayusof1 posted on 3-11-2008 11:14 AM

kita pernah mengalaminya.. pendarahan sepanjang mengandung .. at first dr kata janin dah tak mau lekat dah.. means dia nak jatuh / gugur.. dr. tahan.. dia bagi ubat.. mak pi ambil air penawar kat bidan.. tahan tak mau bagi gugur. alhamdulillah.. anak dah 2 tahun dah.. kalau tidak tak dak lah dia.. kita alami pendarahan sebab uri di bawah..

lily_bobo posted on 3-11-2008 01:31 PM

lily pun ade bleeding masa baby 3weeks.. doc bagi injection utk kuatkan rahim.. inject dlm 3kali rasanye.. lily bleed sikit je.. tapi darah 2 warna mcm period.. doc ckp tu darah period yg lepas x abis kuar lg, tapi die still bagi injection tu takut ape2.. alhamdullilah semuanye bejln lancar.. skrg idlan dh 9bulan.. masa nk besalin pun kuar tanda darah..

nrshahirah posted on 3-11-2008 02:07 PM

sama mcm masalah aku skrg ni...hari tu aku pegi ke serdang, after check2 doc sana soh balik ...sebutir ubat pun tak beri.
pehtu tak puas hati aku g umsc...jumpa dgn prof eugene..dia beri ubat dan amik bacaan darah...

hari rabu ni aku pegi jumpa dia lagi..amik darah utk kali ke 3 :L:L:L

cuma aku geram dgn doc kat spital serdang ni...amik mudah jeee!!! :mad::mad::mad:

aku berdoa siang mlm supaya baby dlm perut aku ni selamat...

honeybee1802 posted on 3-11-2008 02:18 PM

ms 1st bb, kene 2x kot.1st ms awal pregnant dlm 8-10minggu gitu time aku gi OS kat penang, kene jab kat montot...then time 30 sumthing weeks, dr kasik rest, amik specimen kat tut tkt ada jangkitan ke haper...
time yg 2nd nih ada skali, dah 4 bulan dah.aku gi jenjln langkawi,jln punyer jln msk toilet aku ngk ada stain...tp ngan beraninya aku tak gi juper dr..ari jumaat tuh..aku tak juper klinik.aku rehat2 n kurangkan berdiri...balik sini ok jek...agaknyer aku kalo pregannt takleh naik plane kot..

lily_bobo posted on 3-11-2008 04:42 PM

kalu bleed ni kena byk rest.. xle tensen..

Syd posted on 4-11-2008 12:31 PM

ada yang kena dok sepital lama kan?

sbb kena perhatian rapi doc

meowlin posted on 10-11-2008 10:49 AM

masa 20 weeks dulu aku ada bleeding sket.. nak tak nak pi le spital coz ni kira precious baby coz masuk 11yrs tunggu.. then kenala admit.. tak sampai 1/2 ari pun darah stop.. itu pun bukan byk sgt. petu aku minta ngan dok nak discharge.. doktor ckp boleh discharge lepas dia check kat "tut".. nak tak nak terpaksalaa.. dengan disaksikan oleh budak2 nurse yg trainee tu doktor pakai alat cam muncung itik.. ya Rabbi sakit dan perit.. dia ckp dia nak tengok samada rahim aku bukak ke tutup ke atau ada pepe luka lain kat dlm tu.. so pehtu tengok tak ada apa2 pun.. tup2 lepas dia kuor alat tu.. terus luka dan bleeding balik.. geram sungguh aku.. tapi aku boleh balik umah.. doktor cuma ckp kalu bleeding berterusan kenala datang balik.. isk tensen sungguh.. syukurlaa dalam 2 ari aje bleeding tupun tak banyak..

Ni lagi sekali.. now aku dah 31wks + dah.. bebaru ni ari khamis lepas lepas kemas umah pagi tu.. aku mandi dan bila nak kesat tengok ada darah kat tisu.. alamak risau gila.. coz b4 aku check up uri dah naik atas..

aku called asben suruh balik.. memula cdg nak pi GH.. tapi ngenangkan GH tu amik masa so kami pegi spital swasta jer jumpa ngan specialist.. bila scan.. Alhamdullillah baby ok.. scan 4d lagi.. dah nampak baby buka mata dan senyum.. subhannallah.. comeiinyaa...specialist tu tgk pad aku masa tu kering so dia tak nak ganggu yg bawah tu.. cuma dia pesan kalu masih ada datang le semula.. tapi bila balik aku tengok bleeding lagik.. cuak gak sampailaa ari jumaat.. then aku teringat jiran lama aku ada koje kat GH pangkat "kakak" jugalaa.. so aku tepon kakak tu dia plak memanglaa senior kat GH dan wat appoitment khas utk aku ngan specialist lagi..

doktor scan lagi tengok baby Alhamdullillah ok.. sekali lagi kena check yg "tut" ngan muncung itik.. aku dah kecut perut dah.. then derang suruh aku rileks tarik napas dalam2.. Alhamdullillah tak le sesakit masa memula aku kena check dulu. yg kelakornya asben aku kena pegang lampu masa doktor nak check tu.. aku tengok muka dia cuak abih.. rupa2nya yg menyebabkan bleeding tu ada ketumbuhan jenis cyst yg dipanggey pholyps tak silap aku.. menda tu memang kalu gesel sket akan sebabkan bleeding.. asben aku ckp doktor amik menda tu mudah aje tanggalnya.. tapi lepas tu.. mencurah2le darah kuor.. campur luka pasal alat yg doktor guna tu..

aku ckp ngan doktor so aku leh balikle.. doktor ckp takleh lagi.. biorle bleeding tu kering dulu.. oleh kerna aku kenal ngan kakak nurse tu.. doktor tu ckp boleh aje aku dok 1st class.. yg sebelum ni memang derang reserved utk org gomen aje.. cuma kenalah kami bayor deposit... dlm aku kena admit tu..  aku pilih utk satu bilik yg ada 4 org termasuk aku sendiri.. bilik pun luas.. yg sorang tu lom banak tunggu masa aje.. yg 2 org tu kena czer..  tak leh boring sangat..

best tu memangle best.. sebab dok lam ekon.. even 2nd class pun harap kipas ajer.. sementelah kita ni peknen memang paneh manjang.. ;P  tapi part bila nak tidor tu.. memang tak leh tidor.. cuma lelap2 ayam aje.. sebabnya.. "jiran2' aku yg di czer tu.. baby derang silih berganti nangih.. sora plak mak oii cam taruk speaker kat tinger aku.. tapi aku tak adalah nak nyalahkan baby2 tu.. kesian adalah.. sian plak tengok mami derang pun ye.. derang ckp ngantuk sungguh tapi baby nangih.. baby yg sorang tu plak kena jemur bawah lampu sebab kuning.. yg sorang tu plak sebab tak cukup susu.. sian sungguh tengok baby nangih sampai terketar2 nih..:'(  nurse dtg suruh emak baby tu sendiri yg taruk bawah lampu.. nurse cuma dtg sekali sekala aje.. apa lagi "jiran" aku tu pehtu kol asben dia ckp esok derang nak minta discharge nak pi private.. ingatkan kat 1st class nurse yg wat... dia ckp manalaa dia pandai.. dahle kena czer.. :L

uiks berbalik pada bleeding aku.. subuhnya aku tengok darah dah jadi cam sket2 ajer.. masey ada.. aku ckp kat nurse dah kering dah.. bosan aku.. aku minta discharg ari sabtu tu juga.. ialah dok situ bukan leh wat apa2 pun.. derang dtg pun tanya menda sama.. pehtu check heartbeat baby.. aku tak risau sangat bila dah tau keadaan baby Alhamdullillah dan dah tau da main cause of bleeding tu.. so dapatle discharge..

tapi balik umah still bleeding sket2.. bosan sungguh.. aku jadi tensen manjang.. kalu asben terlembab atau silap sket aku cepat marah & nangih.. walaupun aku taw baby lam perut ni Alhamdullillah tak apa2.. tapi aku still tensen ngan bleeding nih.. malas aku nak pi spital.. semula.. then petang semalam aku semebelit yg amat.. nak teran sket2 pun tak bani.. sampai nangih2 aku.. takut luka kat "tut" tu makin byk darah kuor.. lama2 bolehle juga.. :o  malam tadi masa aku buang ayor kencing tengok ada ketulan besor jari kelenkeng kuor.. tunjuk kat asben.. dia ckp itu cam cyst yg doktor buang kelmarin.. rupanya doktor tak amik abih menda tu.. mebi sebab masa tu darah banyak sangat.. doktor tak nampak.. Alhamdullillah sekarang darah cuma cam titik2 nak kering dah campur cam keputihan semula.. harap2 lepas ni seme ok..

meowlin posted on 10-11-2008 10:53 AM

mintak mangap panjang citer :L

Syd posted on 10-11-2008 10:57 AM

Reply #9 meowlin's post

takpe.

panjang pun, info dan panduan tuk semua.

meowlin posted on 10-11-2008 11:07 AM

Balas #10 Syd\ catat

:loveliness: :loveliness:

Syd posted on 10-11-2008 05:14 PM

Reply #11 meowlin's post

aku ngeri baca.
tapi demi ilmu

ku gagahkan jugak

seriau nye

:funk:

honeybee1802 posted on 10-11-2008 05:26 PM

Reply #8 meowlin's post

aku agak dulu yg aku dok ske bleed tuh sbb endo kot..though time tuh scan tut la..apa tak der..maybe sbb dia tecik  jek...
seriau le citer cyst tuh dr cabut tuh jek...huhuhu...:funk:

penpink posted on 11-11-2008 10:26 AM

tatotnye kena muncung itik tu.....atoiii......

bluepink posted on 11-11-2008 01:25 PM

kes sy pn lbh krg mcm meowlin..bleeding start pregnant 11weeks.ada pholyps and doc dh remove pn..tak sakit ms wat tuh..and after 1week dah clear bleeding and blh wat keja mcm biasa..sy pun g keja,blk kg,and wat keja umah cam biasa..

bleeding blk ms pregnant 13 weeks and warded..start dr hari tu sy mc, every week g injek kat punggung and xblh wat keja lgsg..time tuh bleeding byk gile even tak wat keja pn..sy warded 2kali and dah kna injek lbh 10kali..bile scan bb ok tapi bleeding still byk..

tp, xde rezeki sy..ms pregnant 23weeks sy demam panas, air ketuban pecah + bb meninggal dlm perut..:'( :'( sedih sgt..sy delivered mcm org bersalin biasa...lps 57ari br darah nifas stop..dugaan betul..

tapi, mmg kalau bleeding takleh wat apa2 keja even kalau boleh mkn pun kat katil..doc yg suggest..tapi dah takde rezeki kan..redha sajalah..

xette posted on 11-11-2008 03:55 PM

1st baby dulu pon.,,aku kene gak
week ke 9...tgk ada spot kat panty...
heran aku..apa mende nyer ni..
bdk2 opis suh gi jumpa gyne..
gyne scan..tgk baby ok..
then dia bg ubat kuat kan rahim..and mc 3 hari...suh bed rest..

then...on week ke 10 ke 11...ada lg spot kat panty..
pegi jumpa gyne lg...
dpt ubat lg..n mc 2hari...bed rest

then...the next week..kene lg..bole kata everyday ada spot
aku dah takut+malu nak gi gyne..
takut gyne kata aku main2..
last2 aku tawakal je...and jaga diri elok2..
tak nak lasak2...jln pon slow2 jer...
alhamdulillah...takde apa2 smpai bersalin..

meowlin posted on 11-11-2008 10:45 PM

maceh syd..
sama2 kita share apa yg patut ye tak.. :D

esok aku kena pi monthly check up lagi.. kul 8 bosannyaa..
oh ye Alhamdullilah bleeding memang totaly kering.. cuma biasala keputihan tu tetap ada daa.. :(

honeybee..
uikk memang seriau.. tapi masa doktor cabut pholyps tu tak rasa apa2 pun.. asben haku ckp senang aje doktor tanggalkan menda tu.. :D

bluepink.. :'(
Ya Allah tabahkan hatimu yaa.. isk tak dapat aku bayangkan.. berat dugaan ko kan.. aku pun masa trimester 1 dulu teruk gak kena demam.. syukur tak apa2..
memang kira tak ada rezeki ko pink wat masa tu.. Insyaallah nanti akan ada semula.. ko banyakkan sabar dan selalu berdoa ya sayang..

macam aku ni.. sekarang ni ashik letih jer.. jenih plak memang tak leh dok diam bila dah setat wat koje umah nih.. :L  cuma tak adalah aku nak wat kuat2.. sekarang ni aku dah setat solat duduk.. senak sangat dah rasa nih.. :'(

xeette
congrats yaa..
Alhamdullilah.. kot2 ni le yg org ckp bunting pelanduk kot.. atau ada org ckp baby cuci muka.. macam2 ckp org2 tua ni..

penpink posted on 12-11-2008 10:45 AM

tapi td ada terbaca...hubungan besama suami pd peringkat awal pun merupakan salah satu punca bleeding...ye ke?:L

xette posted on 12-11-2008 03:02 PM

hubungan suami isteri mmg amat tak digalakkan masa di peringkat awal ni....
mungkin sbb baby/janin lom kuat lagi...so bole nyebabkan keguguran...selain pendarahan

meowlin posted on 13-11-2008 11:35 AM

tul tu.. mcm kes aku ni haa.. boleh dikatakan sepanjang tempoh aku peknen ni memang asben aku sanggup posa.. tapi doktor2 dan nurse mesti ckp cenggitu kat kami.. tapi derang ckp berlapik laa.. derang nampak sangat assume kami wat "pojek" ;P  kat opih asben aku pun sama member2 asben aku ckp tuduh asben aku yg muka dia memang baik tu wat menda hak sama..

bluepink posted on 13-11-2008 01:05 PM

Reply #17 meowlin's post

maceh meowlin..skrg dah ok sket, tp ms awal-awal dulu :'( :'( .kena redha dgn
dugaan-Nya..mungkin ada hikmah..sib baik gak tu my second child..girl..first, boy..

tapi, kalau ditakdirkan preggy lg(bkn masa terdkt nih lah) sy mmg nak extra berjaga-jaga..amik lbh vitamin, x jln jauh, x wat keja brt2..hopefully lps nih ok..amin..

liyana_nahar posted on 13-11-2008 04:17 PM

saya ada masalah ni.. kalau diikutkan saya baru lewat period dalam 4 hari... tapi masalahnya sekarang tetiba keluar darah.. tapi bukan cam darah period.. pas tu sikit saja.. takut gak la.:funk: . thn lepas nana pernah keguguran..  ada sesiapa pernah kena cam saya ni tak???:L

meowlin posted on 14-11-2008 09:24 PM

Balas #21 bluepink\ catat

yelah pink.. berat mata mandang berat mata mikul.. tapi Insyaallah ada sebabnya ngapa Allah tak beri pink meneruskan kandungan yg 2nd.. hanya DIA yg tau.. aku pun doa agar pink nanti dpt peknen lagi dan semoga kali ni pink leh bawa sampai selamat melahirkan.. Insyaallah..

isk.. semalam akak yg tolong aku kat spital tu called dia ckp speciallist yg attend aku masa bleeding bebaru ni nak jumpa.. coz dia bimbangkan keselamatan aku dan baby lam perut ni.. dia ckp mcm kes aku ni.. bukan dia tak kasi utk normal delivery tapi dia bimbang sangat coz masa dia buangkan pholyps tempohari pun sentuh sket pun darah dah mencurah2.. asben aku pun menyaksikan kejadian tu ckp darah yg kuor adalah kat 1/2 cwan gak.. :L  dia takut kalu masa nak deliver normal takut lagi banyak darah yg kuor dari badan.. jadi memang risikolah jawapnya..

so niat aku nak pi bersalin kat maternity klinik memang kabur... aku takut nak tanggung risiko.. then ari isnin ni 17 nov lebey kurang kul 11am nak jumpa speciallist tu nak decide camne.. dan dia cdgkan aku wat elektif czer.. nampak gayanya nanti tarikh utk deliver aku dah ditetapkan lah.. ikut hati nak sangat normal.. yelah aku pun dah setat makan taik minyak selusuh tu.. then sejak awal peknen pun makan kurma.. apa2 pun mintalah kepada Allah semoga semenya selamat..

[ Last edited by  meowlin at 14-11-2008 03:38 AM ]

meowlin posted on 14-11-2008 09:36 PM

Balas #22 liyana_nahar\ catat

yana kes ko lebey kurang sama gak cam aku dulu.. dia kuor bukan banyak sangat kan.. cam spot kat suor dalam.. macam ada tak ada kan.. haa masa tu memang ikutkan minggu utk period.. tapi dlm satu dua hari pehtu stop.. masa tu aku nak beli dah peknensi test tu.. pehtu ingat period.. so tak jadi beli..yelah coz perut pun senak semacam..

then tak ada dah spot tu.. pehtu menggu depan cam ada semula pehtu tarak.. perut memang memulasle cam org period.. then beli laa peknensi test tu.. test plak early morning.. masa tu besday asben aku.. tengok2 ada 2 line.. memang tak caya.. terkezut beruk kami.. utk dpt betul2 kesahihan kami pi klinik.. rupa2nya memang betul benar aku peknen..

aku sarankan yana pi aje klinik yg berhampiran atau panel klinik kalu ada.. so tak yah nak berteka teki lagi.. :D

Mentos posted on 14-11-2008 11:43 PM

Reply #22 liyana_nahar's post

ada kemungkinan besar itu adalah 'implantation bleeding' or 'spotting' - pendarahan semasa embrio yg dah tersenyawa tu nak melekat kat dinding rahim. mengikut pembacaan aku, spotting ni sket je darahnya, dlm sehari dua, kaler selalunya pink/reddish/brownish (mcm masa nak start or abis period). quite common and selalunya sorang drpd 4 orang wanita alami.
** just kongsi info sbb aku pun tgk mencuba utk preggy skrg ni :loveliness:
Page: [1] 2
View full: Pendarahan semasa mengandung