si bulat posted on 15-1-2007 01:56 PM

anak luar nikah dibinkan bapa?

ustaz,

saye ader satu kemusykilan...
apakah syarat2 untuk seorg anak luar nikah dibinkan bapa sebenar...

terima kasih...:hmm:

Robotech posted on 15-1-2007 02:05 PM

Setahu sy (sila rujuk dgn pakar agama) anak luar nikah seharusnya di-bin/binti dgn nama Abdullah ataupun nama datuk sebelah ibu bayi berkenaan.

Namun begitu, dah jd kebiasaan masyarakat kita dlm menutup malu, maka anak luar nikah di-bin/binti dgn nama bapa sebenarnya (sekiranya bapanya mengahwini ibunya setelah perzinaan yg mengakibatkan terhasilnya anak luar nikah itu).

Walau apa pun cara menutup kebejatan lalu, sekiranya anak luar nikah itu perempuan, maka bapa sebenarnya TIDAK LAYAK MENJADI WALI BAGI ANAKNYA walaupun bapanya telah menikahi ibunya. Hanya saudara lelaki sebelah ibu shj yg layak menjadi wali anaknya itu.

Wassalam

si bulat posted on 15-1-2007 02:07 PM

:hmm:  ade pendapat lain tak?
sebab bulat musykil bilamana bulat ade tgk surat beranak baby yg bulat tau hasil sebelum nikah tapi dibinkan bapa sebenar baby tu....
:hmm:

nde posted on 15-1-2007 02:39 PM

Nde baru balik JPN utk settlekan kes anak angkat nde..
masa amik dia dulu mmg dorang biarkan dulu tak berbinti..tunggu 2 thn baru tukar..sekarang dah 2 thn la..tu yg pegi tadi tu.

dorang kasi 2 pilihan..samada nak taruk binti abdullah atau nak carry nama husband nde terus...tapi TAKLEH taruk binti.

contoh - nora bt abdullah
             atau
            nora mohd sani

berdasarkan pengalaman dorang ramai org sekarang yg guna nama bapak angkat terus..sbb dah banyak kes yg dtg mintak tukar balik...takmo taruk abdullah

mgkn sbb tak bersedia nak bagitau anak lagi..terutama rakan sekelas dah perasan nama bapak dia lain dgn ic...umur cam gini kita takleh bebankan pala dorang dgn isu sensitif ni..

lagi satu kalau taruk nama bapa abdullah, nanti kalau pg luar negara silap2 kena tahan..sbb imegresen dorang tgk
surname tak sama..bapak mohd sanii tp anak abdullah pulak..so jadi kes culik anak orang pulak...dah byk kes gini

tapi nde tak pasti lak kerajaan kita dah check ke tak hukum
perkara ni sebelum dorang bagi kita pilihan sebegini....

Robotech posted on 15-1-2007 02:40 PM

Berbuat begitu takde maknanya.

Sbb, tarikh lahir bayi berkenaan akan disemak dgn tarikh perkahwinan bapa & ibunya.

Dah byk kita dgr benda mcm ni terbongkar di saat akhir majlis pernikahan. Tersgt haru bila si pengantin perempuan tergezut sbb ayahnya takleh jd wali, malah akhirnya dpt tau sejarah hitamnya yg dia rupanya berstatus anak haram. Tuhan Maha Kuasa. Nak tipu manusia blh la, tapi nak tipu Allah, Allah bayar secara tunai.

Wassalam

si bulat posted on 15-1-2007 02:47 PM

tapi yg kes ni baby boy...
but still bulat rase confuse...
x blh kan?

kenapa blh keluar surat beranak mcm tu?

Robotech posted on 15-1-2007 02:51 PM

kenapa blh keluar surat beranak mcm tu?

Sapa yg tau baby tu anak haram ...pastinya si ibu & bapa takkan mengaku punya.

Bab tipu org JPN & hospital kerajaan ni isu lapuk sebenarnya.

nde posted on 15-1-2007 03:01 PM

rasanya kalau baby tu baru 3 bln dalam perut masih boleh taruk bin/bt bapak kandungnya..mgkn baby yg bulat tgk tu masih sempat dok 6 bln dlm perut maknya lps dorang kawen.

kl salah tlg betulkan ya..

dlm kes anak angkat nde...kes lain sbb mmg anak angkat.
buat apa taruk nama bapak betulnya..bkn boleh jd walipun..

[ Last edited by  nde at 15-1-2007 03:09 PM ]

si bulat posted on 15-1-2007 04:47 PM

:hmm: bulat penah dgr pasal nih dlm tv tapi x clear pasal brp bulan pregnant yg boleh dibinkan bapa dia tu...

tapi bulat confirm baby tu dok dlm perut mak dia x sampai 6 bulan sebelum nikah...

kire subahat tak yer?

Muntz posted on 15-1-2007 10:54 PM

Kenapa malu berbin dan berbintikan Abdullah? Kan mualaf pun berbin dan berbintikan Abdullah di belakang?

Duta lover posted on 16-1-2007 01:03 AM

tak habes2 nak kaetkan pak lah dalam semua perkara

rasa gembira kot
skang ni..kalau tak pandai didik anak..
nak tunding jari kat islam hadhari
kalau dapat anak haram..pun nak tunding jari dkt pak lah

----------------

balik pd tajuk asal
aku pun pnah dgr pasals status anak haram..ikut bulan dalam kandungan bila nikah..

siap cakap...
ada yg dipanggel anak haram..anak tak sah taraf la..
hapa
tak paham aku

takda ke org yang btol2 pakar boleh jelaskan ttg isu nih
harap sudi posting

zerozone posted on 16-1-2007 07:52 AM

Saya banyak berjumpa kes2 macam ni...dan semuanya kata memang tak boleh berbin/binti bapa asal...tak kira lah berapa umur kandungan.

Robotech posted on 16-1-2007 10:56 AM

Jgn cuba mempolitikkan isu nama Abdullah.

Nama Abdullah itu sendiri cantik, 'Hamba Allah'.

Wassalam

haniman posted on 16-1-2007 11:07 AM

Saya rasa sekarang bayi tidak sah taraf ni, dibelakang namanya tidak diletak bin/bt apa-apa.  Dalam surat beranak pada kolum yang nama bapa dikosongkan, cuma dalam kolum nama ibu sahaja diisikan.  Tapi kesianlah pada anak yang tidak berdosa ni.  Terutama bila dia dah bersekolah.

Menurut kawan saya yang menjadi guru, budak2 macam ni kesian.  Bila tingkatan 1, dia orang kena tulis salah silah keturunan mereka.  Selalunya masa ni rahsia akan pecah, bila anak mula bertanya.

Ibubapa yang mempunyai anak tidak sah taraf ni hendaklah berani menghadapi kenyataan apabila anak perempuannya mereka hendak kawin.  Ini perlu untuk mengelakkan perzinaan berpanjangan kecucu cicit.

nde posted on 16-1-2007 01:05 PM

ya lah...kesian kat dorang..cuba letak diri kita kat dorang mmg sedih ...malu....tension..tapi camanapun satu hari kena gak terima hakikat ni. tp bila masa nya utk dorang betul2 ready utk tau kebenaran?

cam kakak aku dia selalu sebut gurau2 kat anak angkat dia yg tak sah taraf tu (umur 10 thn dah)..dia spesel sbb ada ramai bapak..bapak angkat..bapak betul...anak abdullah..dan plg spesel dia pun anak paklah tau!!  

yang penting dia kena tau yg semua orang sayanggggggggg sgt kat dia... tu je

haniman posted on 16-1-2007 01:47 PM

Originally posted by nde at 16-1-2007 01:05 PM
ya lah...kesian kat dorang..cuba letak diri kita kat dorang mmg sedih ...malu....tension..tapi camanapun satu hari kena gak terima hakikat ni. tp bila masa nya utk dorang betul2 ready utk tau keb ...
Yer betul nde,

Seorang kawan saya yang mengajar disekolah menengah cerita, satu hari tu anak murid dia lelaki datang pada dia.  Muridnya tu tunjukkan surat nikah mak/ayahnya dan surat beranak dia.  Kalau dihitung tarikh lahir muridnya tu memanglah tak sampai 9 bulan 10.  Rasanya adalah kurangnya.  Jadi anak murid ni tanya dia.  "Cikgu bolehleh baby lahir 7 bulan/8 bulan.  Sebab saya tengok saya tak cukup 9 bulan, saya ni anak tak sah taraf ker.

Jadi kawan saya ni kenalah terangkan pada dia, yang baby boleh lahir 7 bulan ke atas dan hidup.  Jadi mungkin dia dilahirkan tak cukup bulan.  Tapi kawan saya kata, muka dia macam frust jer.

Tapi sekarang ni, mana-mana ibu bapa yang nak menikahkan anak perempuan sulungnya dikehendaki melampirkan salinan surat nikah semasa menghantar borang kawin anak.  Mungkin tujuannya untuk menyelamatkan keturunan, mana yang tak bersih.

daisy71 posted on 18-1-2007 07:16 AM

Bagi jawapan persoalan bagi thread ini;

'Jika anak dilahirkan itu setelah 6 bulan 1 lahzoh (ketika) daripada tempoh perkahwinannya, maka hukumnya boleh di binkan kepada lelaki yang menyebabkan ibunya mengandung. Pernikahannya adalah sah dan tidak perlu diulangi semula.'

Sekadar membantu, petikan dari sumber lain. Sila dapatkan pengesahan dari pihak Jakim.

Bagi jawapan persoalan mengahwini perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah;
Kategori : Munakahat
  Tajuk : Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah

Keputusan;

'Perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.'

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-3
Tarikh Keputusan : 21 Januari 1971
Tarikh Muzakarah : 21 Januari 1971 hingga 22 Januari 1971







[ Last edited by  daisy71 at 18-1-2007 07:46 AM ]

daisy71 posted on 18-1-2007 10:20 PM

Lagi mengenai kemusykilan dijawab.
Jab Mufti Negara.

Soalan :
       
Assalammualaikum.

Saya ada sedikit kemusykilan di sini. Berhubung dengan orang yang bernikah ketika mengandung kandungan luar nikah.. adakah sah nikahnya.. Dan adakah benar. jika janin itu belum membentuk manusia.. ianya boleh di binkan kepada bapa luar nikahnya.. yakni org yg berzina dgn ibunya sebelum nikah..bolehkan pihak tuan terangkan secara terperinci mengenai hukumnya.
         

ini disebabkan saya ada terbaca sebuah artikel mengenainya...
Ini berdasarkan 'isyarat al-nas' drp ayat-ayat berikut:
Ayat 15 Surah al-Ahqaf yg bermaksud, "Dan Kami (Allah s.w.t.) telah berpesan kepada manusia supaya berbuat ihsan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya secara payah, dan melahirkannya secara payah, (tempoh) kandungan dan penyusuan selama tiga puluh bulan…"
                
Manakala ayat 14 Surah Luqman pula bermaksud, "…dan penyusuannya selama dua tahun…" dan ayat 232 Surah al-baqarah yg bermaksud, "Dan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka selama genap dua tahun, iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

       
Berdasarkan ayat-ayat di atas, para ulama Islam yang bijaksana lagi memahami al-Quran telah merumuskan bahawa tempoh kandungan yg minima (paling pendek) ialah selama enam bulan Hijriah. Ini kerana Al-Ahqaf: 15 menyatakan tempoh kandungan beserta penyusuan ialah 30 bulan (perkiraan bulan dlm al-Quran adalah berdasarkan Qamariah/Hijriah), manakala al-Baqarah: 232 dan Luqman: 14 pula menyatakan tempoh penyusuan yang lengkap ialah 24 bulan. (30 - 24 = 6), maka tempoh 6 bulan yg tinggal itu ialah utk usia kandungan yg minima, walaupun kebiasaan tempoh hamil ialah lebih kurang 9 bulan.

Berdasarkan inilah, maka anak yang dilahirkan selepas 6 bulan Hijriah ibunya bernikah, adalah dikira anak yang sah dan dibinkan kepada bapanya yang telah bernikah secara sah dgn ibunya, walaupun umum mengetahui si ibu itu telah berzina dan telah hamil semasa akad nikah diadakan. Maka sesiapa yang menuduh anak itu sebagai anak haram, maka si penuduh layak dikenakan Had al-Qazaf (jenayah menuduh zina tanpa saksi) sebanyak 80 sebatan (berdasarkan Surah al-Nur: 4).

Sebaliknya, jika usia kandungan itu tak cukup enam bulan Hijriah selepas nikah yang sah, maka adalah HARAM membinkan anak itu kepada lelaki yg dinikahi oleh ibunya secara sah semasa sedang hamil zina itu.
         

Jawapan :
1.Hukum nikah dengan perempuan yang sedang mengandung anak   
   luar nikah adalah sah (iaitu mesti cukup rukun dan syarat nikah),
   sama ada lelaki yang menikah itu si penzina atau lelaki lain.
       
2.masalah sama ada boleh atau tidak anak luar nikah itu dibinkan  
   dengan bapanya (yang dinikahi secara sah selepas zina) adalah  
   bergantung pada tempoh usia kandungan selepas dinikahi.
       
3.Sekiranya usia kandungan adalah melebihi tempoh 6 bulan   
   (mengikutperkiraan kalendar hijriah) selepas dinikahi maka boleh  
   dibinkan anak yang lahir itu kepada suaminya yang sah.
       
4.Sekiranya usia kandungan adalah tidak sampai enam bulan hijriah  
   selepas akad yang sah, maka haram membinkan anak itu kepada
   lelaki yang menjadi suami kepada ibunya.
       
5.Sebagai contoh: Bedah telah melakukan zina dengan Bedul lalu  
   hamil. Semasa usia kandungnya tiga bulan hijriah, Bedah bernikah  
   dengan Bedul atau lelaki lain enam bulan sepuluh hari selepas nikah,  
   Bedah bersalin hasil perzinaan dengan Bedul lebih bulan sembilan
   bulan yang lalu. Walaupun anak itu sebenarnya hasil zina atas dasar  
   Husnuz Zan (berbaik sangka) maka syariat itu membenarkan anak itu
   dibinkan kepada Bedul atau lelaki lain yang telah berkahwin secara
   sah.
       
Walaubagaimanapun jika anak itu perempuan, yang menjadi pokok persoalannya ialah bila ia dewasa kelak, ibunya hendaklah berterus terang bahawa ia anak luar nikah dan tidak boleh berwalikan bapanya; anak itu berwalikan hakim ( imam jurunikah) tidak sah nikah jika anak zina berwalikan bapanya.

vato posted on 18-1-2007 11:48 PM

Reply #21 daisy71's post

Cadangannya tak payah di "bin atau binti" kan...biar kosong..:funk:

haniman posted on 19-1-2007 12:49 PM

Originally posted by daisy71 at 18-1-2007 10:20 PM
Lagi mengenai kemusykilan dijawab.
Jab Mufti Negara.

Soalan :
        
Assalammualaikum.

Saya ada sedikit kemusykilan di sini. Berhubung dengan orang yang bernikah ketika mengandung kandunga ...

Daisy saya kurang jelas tentang ni.

Walaubagaimanapun jika anak itu perempuan, yang menjadi pokok persoalannya ialah bila ia dewasa kelak, ibunya hendaklah berterus terang bahawa ia anak luar nikah dan tidak boleh berwalikan bapanya; anak itu berwalikan hakim ( imam jurunikah) tidak sah nikah jika anak zina berwalikan bapanya.



Adakah bapa yang dimaksudkan ini bapa yang telah menjadi bintinya tu.

GasTrick posted on 19-1-2007 03:05 PM

Reply #21 daisy71's post

Alhamdulillah....

Ada forumner yang rajin mencari dan mengkaji, sebenarnya saya dah lama tunggu sesuatu muncul disini...
baiklah saya bagi sikit maklumat tentang pendaftaran anak luar nikah melalui JPN.

http://www.jpn.gov.my/FAQ-lahir.htm

okeh...

kakiza posted on 19-1-2007 03:27 PM

haniman..
maksudnye, setiap anak perempuan yg berstatus anak luar nikah tak kirelah die telah di binti kan dgn sesape pon,tapi bile tibe hari die (anak luar nikah) nak nikah, wajib berwali kan hakim.
sbb tuh lah byk kes kite dgr hari nikah baru lah bocor rahsie rupenye pengantin perempuan tuh status anak luar nikah..
walau mcmana pon cara nak tutup status tuh,akhirnye bile nak nikah tu lah rahsie terbongkar..
sbb tuh,bagi anak sulung perempuan yg nak nikah,die kene lampirkan sekali sijil nikah org tuenye skali..diorg nak check status anak tuh..

daisy71 posted on 19-1-2007 05:32 PM

Originally posted by haniman at 19-1-2007 12:49 PM


Daisy saya kurang jelas tentang ni.

Walaubagaimanapun jika anak itu perempuan, yang menjadi pokok persoalannya ialah bila ia dewasa kelak, ibunya hendaklah berterus terang bahawa ia anak ...

haniman, bapa yang dimaksudkan itu ialah bapa yg dibinkan pada anak itu.

daisy71 posted on 19-1-2007 05:34 PM

sumber dari Jakim.

Soalan        :               
1. adakah batal air sembahyang jika seorang bapa tersentuh anak luar nikahnya (perempuan) dan sahkah sembahyangnya antara kedua mereka.

2. adakah makbul doa anak luar nikah untuk roh bapanya.

3. bolehkah anak luar nikah terima harta peninggalan bapanya mengikut hukum paraidh tetapi kemudiannya akan di beri kepada siibu

4. walaupun tahu seseorang itu anak luar nikah tetapi untuk menjaga nama baik ibunya adakah wajar ia berdiam diri sedangkan adik adik yang lain tetap hendak memberikan harta peninggalan bapanya (tanpa mengetahuikeadaan sebenar).

Jawapan        :               
1. Batal wudhuk dan tidak sah sembahyang sekiranya mereka tidak memperbaharui wudhuk lelaki (bapa) tersebut boleh menjadi imam kepada anak perempuannya itu.

2. Persoalan makbul atau tidak adalah hak mutlak Allah SWT dan setiap manusia dituntut supaya berdoa dengan penuh keikhlasan, firman Allah SWT dalam surah al-Mukmin 60 yang bermaksud :

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. ..............."

3. Anak tidak sah taraf tidak berhak menerima harta peninggalan lelaki yang menyebabkan kelahirannya mengikut hukum faraidh. Sekiranya harta tersebut dihadiahkan semasa hidupnya (lelaki di atas) hanya adalah harus.

4. Dalam hal ini Islam membenarkan tindakan sedemikian demi menutup keaiban ibunya. namun begitu harta tersebut hendaklah diserahkan kepada ibunya.

Walau bagaimanapun, sekiranya anak luar nikah itu dilahirkan selepas 6 bulan daripada tarikh perkahwinan ibu bapanya, maka ia adalah anak sah taraf, boleh menerima pesaka, menjadi mahram dan ayahnya boleh menjadi walinya. Oleh yang demikian hukum-hukum di atas tertakluk kepada status anak tersebut sama ada ia anak sah taraf atau tidak.

SUB KATEGORI

Hadanah
Hadanah

Soalan        :               

Apakah kedudukan anak luar nikah dalam agama islam itu sendiri? kerana kita telah mengetahui bahawa anak luar nikah adalah anak yang lahir sebelum bernikah. oleh itu bagimanakah hak mereka terhadap harta pusaka ibu bpa mereka kelak ?
       
Jawapan        :               

Anak luar nikah sekiranya dia lahir enam bulan satu lahzah (ketika) selepas tarikh pernikahan ibu dan bapanya, maka dia boleh dinasabkan kepada suami kepada ibu dan boleh mewarisi harta pusaka sebaliknya jika dia lahir kurang dari tempoh tersebut, maka dia hendaklah dibin/bintikan kepada Abdullah atau Asmaul Husna dan tidak boleh mewarisi harta pesaka suami tetapi dia boleh mewarisi harta ibunya.

Dari sudut Islam, kedudukan anak yang dilahirkan adalah sama seperti kanak-kanak lain, tidak menanggung dosa kedua ibubapanya.

Nikah
Nikah

Soalan        :               

Saya mempunyai seorang anak hasil hubungan dengan suami saya sekarang,anak saya telah dilahirkan pada 21.7.2003 manakala kami menikah pada 12.09.2003 tanpa memberitahu pada imam dan saksi bahawa kami sudah memiliki seorang cahayamata.adakah nikah kami itu sah dan bagaimana dengan anak kami itu?

Jawapan        :               

Nikah itu sah jika cukup syarat-syaratnya.

Adapun anak tersebut, tidak boleh dibin / bintikan kepada suami puan kerana tempoh lahirnya tidak termasuk tempoh yang diharuskan oleh Islam, iaitu anak tak sah taraf boleh dibin / bintikan kepada suami itu jika dia lahir dalam tempoh 6 bulan 1 lahzoh (ketika) selepas dari tarikh perkahwinan puan.

[ Last edited by  daisy71 at 21-1-2007 07:42 AM ]

daisy71 posted on 19-1-2007 05:37 PM

Originally posted by vato at 18-1-2007 11:48 PM
  Cadangannya tak payah di "bin atau binti" kan...biar kosong..:funk:

nanti menimbulkan lebih prasangka dan kasihan pada kehidupan anak yang tidak berdosa itu  di masa kehidupannya yang akan datang pula.

Dan jika seseorang itu menjadi mangsa rogol, mengandung dan tidak pula mengahwini sesiapa maka dibin/bintikan anak itu Abdullah.

[ Last edited by  daisy71 at 19-1-2007 05:52 PM ]
Page: [1] 2 3 4 5
View full: anak luar nikah dibinkan bapa?