polaris_girlz posted on 7-9-2006 09:07 AM

Berkaitan Puasa dan Amalan Sya'aban & Rejab only

akum....nak tumpang tanya...

apa hukum poser seleps 15 syaaban?
kawan aku kata Poser Ganti tak boleh...tp poser sunat boleh...
musykil aku...

sbb rasa nyer poser sunat tak boleh....ada yg mgata kan ianya HARAM....

[ Last edited by  antiQue at 16-8-2008 07:51 PM ]

sejuknya posted on 7-9-2006 11:02 AM

aku pun nak tau gak ni...apa yg aku tau hari terakhir sebelum ramadhan mmg tak leh puasa.

orang_awam posted on 7-9-2006 11:12 AM

selagi tak masuk ramadhan, buleh puasa ganti, kecuali hari ke 30 sya'ban pasal hari tu merupakan hari syak (pasal mlm sblm tu tak nampak anak bulan). so penuh syak-wasangka sikit.
ada negara dah start puasa, ada yg belum.

antiQue posted on 7-9-2006 11:44 AM

Originally posted by polaris_girlz at 7-9-2006 09:07 AM
akum....nak tumpang tanya...

apa hukum poser seleps 15 syaaban?
kawan aku kata Poser Ganti tak boleh...tp poser sunat boleh...
musykil aku...

sbb rasa nyer poser sunat tak boleh....ada yg m ...

Larangan yg ada dalam hadith sahih adalah :

Sahih Muslim Book 006, Number 2382:
Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Do not observe fast for a day, or two days ahead of Ramadan except a person who is in the habit of observing a particular fast; he may fast on that day.

So sehari dua yg terakhir dalam bulan Sya'aban tu yg tak boleh puasanya.

Tapi memang ada satu hadith dalam Tarmidzi yg mengatakan jangan berpuasa sunat kalau dah tinggal separuh bulan Sya'aban. Nanti saya check dulu apa status this particular hadith.

sejuknya posted on 7-9-2006 11:51 AM

Originally posted by antiQue at 7-9-2006 11:44 AM


Larangan yg ada dalam hadith sahih adalah :

Sahih Muslim Book 006, Number 2382:
Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Do not ..

Tapi memang ada satu hadith dalam Tarmidzi yg mengatakan jangan berpuasa sunat kalau dah tinggal separuh bulan Sya'aban. Nanti saya check dulu apa status this particular hadith

.

kalau puasa ganti boleh kan? ada beberapa hari lagi ni yg tak ganti...

antiQue posted on 7-9-2006 12:03 PM

Originally posted by sejuknya at 7-9-2006 11:51 AM


kalau puasa ganti boleh kan? ada beberapa hari lagi ni yg tak ganti...

Tak ada larangan tentang puasa ganti.

mardhiah12 posted on 8-9-2006 03:51 PM

Puasa

Nisfu Syaaban

Lenggang Kangkung
Tue, 28 Sep 2004 20:36:08 -0700

Soal:
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca
yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada
dalil yang jelas mengenai perkara ini.

Jawab:
Oleh: TuanHassan Tn-Lah < >

Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang
direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud
(tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini
antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh
Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi
(anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan
Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan
membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah
bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya.
Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan
ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.

thtl for al_ahkam online

--------

From:           Tn Hassan Tn Lah <>

Soalan :
Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ?

Jawab:
Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ni
tiada dasar dalam Islam. Malam yg diagung2kan itu sebenarnya malam
lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat)
th

--------


Soalan :
Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita
digalakkan untuk banyak membaca alquran, saya menjadi confuse dengan
apa yg  diceritakan thtl.

Jawab:
Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web
antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah
Daimah
Arab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz
Basri Ibrahim, Kusza...
Penjelasan:
Baca yaasin tidak bid'ah.
Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu
sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.
Th

--------

Soalan :
Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu
syaban, catitan amalan untuk tahun lalu akan di bawa ke langit dan
buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ?


Jawab:
Pendapat tersebut adalah Dha'if.
Perkara di atas terdapat di dalam beberapa kitab tetapi nas atau
sumbernya tiada yang sahih.
Tiada ditemui sumber/nas sahih berkaitan perkara di atas setelah
dilakukan  kajian mendalam oleh berbagai pihak.

From: Tn Hassan Tn Lah <>

Soalan :
Apakah hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban ?

Jawab:
Berkata Imam asSyawkani (Nailool Awthor, Jld
3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas
15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis
dha'ef.


PUASA DI BULAN SYAABAN

Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah
Radhiallahu `anha berkata:

Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihi
wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda
tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami
mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah
melihat Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam
menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada
bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda
berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban."
(Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam emperbanyakkan
berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh
beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Usamah bin Zaid berkata:

Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat
engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan
sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan
Sya`ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana
bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana
terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan

Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan
manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka
supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam
keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i)

http://www.mail-archive.com/dakwah@yahoogroups.com/msg00000.html

Syd posted on 16-7-2007 12:47 PM

Rejab Menjelang Tiba...


Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."


Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"


Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah  (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."


boleh beri tunjuk ajar ttg artikel kat atas?

tq

Syd posted on 20-7-2007 09:28 AM

Hadis palsu Rejab, Syaaban
Oleh MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.

Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.

yusrin posted on 20-7-2007 09:35 AM

Reply #5 sejuknya's post

kenapala tunggu ujung2 nih baru nak ganti??
buatla lam bulan syawal or muharam ke.......nasihat je

yusrin posted on 20-7-2007 09:41 AM

Reply #9 Syd's post

terimakasih syd
aku banyak terima e-mail kelebihan puasa rejab/syaabannih......curious gak
pdhal menjelang syawal tak pulak derang sebok nak ingatkan aku tentang puasa 6 dan kelebihannya..gitu gak puasa Muharram dan sebelum raya Qurban

always_typo posted on 20-7-2007 11:27 AM

Bagi saya, puasa sunat tu sunnah Nabi. Buat saja bila-bila masa yang tak haram. Tegakkan sunnah Nabi di akhir zaman seperti anda menggenggam bara api yang panas. Kalau tak larat nak buat, jangan halang atau kempen saraf tak  bagi orang lain yang nak buat.

Takut kita menambah dosa pulak, dah lah amalan kita sikit, dan pahala kita pun tak tahu banyak mana.

Pasal kelebihan2nya itu hanya Tuhan yang mengetahui.

yusrin posted on 20-7-2007 12:00 PM

Reply #12 always_typo's post

isunye di sini bukan nak halang org buat
apa yg saya paham dari tulisan MAZAtuh
(lam bahase mudahnye) ...
sekarangnih dah jadik trend org Islam/Melayu asik nak menegakkan
yg tak sepatutnya...prioriti maksud saya
prioritinya solat 5 waktu
tapi majoriti org kita solat Jumaat shj
majoriti beria2 puasa suna Rejab
sunat 6 hari Syawal jrg sangat/berat sangat malah digalakkan buat open house bagai...
kita da jauh dari jln yg sebenar2nye....
masih lagi on track tapi tepi....sangat

always_typo posted on 20-7-2007 12:12 PM

Reply #13 yusrin's post

FYI, based on my experience on my circle of friends, tak ramai orang yang boleh puasa sunat bulan
Rejab ni, as compared to orang yang puasa 6. Sementelahan, kedua-duanya cuma amalan sunat.

Sunat Rejab ni lagi susah dari puasa 6, sebab ianya tiada continuity dari puasa ramadhan spt posa 6.
Puasa 6 pun selalu dapat publicity dalam khutbah solat sunat raya, so lebih ramai orang buat.

Selalunya orang yang puasa sunat di bulan rejab ni dia nak cari momentum untuk puasa Isnin Khamis
secara istiqomah.

Solat 5 waktu dan solat Jumaat tu wajib, so soal "priority" bukan isunya. Yang sembahyang Jumaat tak solat
5 waktu tu munafik atau boleh jatuh kafir hukumnya.

yusrin posted on 20-7-2007 01:12 PM

Reply #14 always_typo's post

FYI also:
1.w/pun Puasa 6 amalan sunat ianya sunat yg Sangat2 dituntut
and puasa sunat Rejab tak ada Hadis Sahih sebenarnye..cube ko pahamkan kenyataan yg dibuat oleh MAZA
2. ko nampak ramai yg puasa 6 dlm bulan syawal sbb mereka puasa ganti, bukan Puasa 6 Syawal dlm erti kata yg sebenar2nye....
Allahua'lam

always_typo posted on 20-7-2007 03:00 PM

Originally posted by yusrin at 20-7-2007 01:12 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
FYI also:
1.w/pun Puasa 6 amalan sunat ianya sunat yg Sangat2 dituntut
and puasa sunat Rejab tak ada Hadis Sahih sebenarnye..cube ko pahamkan kenyataan yg dibuat oleh MAZA
2. ko nampak ramai yg puasa 6 dlm bulan syawal sbb mereka puasa ganti, bukan Puasa 6 Syawal dlm erti kata yg sebenar2nye....

Ada hadis Muslim pasal puasa bulan Rejab ni tapi tak dihighlightkan oleh tuan Mufti dalam artikelnya. Semua yang
dihighlight adalah hadith yang tak begitu kuat tarafnya dalam soal ini.

Usman bin Hakam Al Ansori berkata::”Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di bulan Rejab.”Beliau (Sa’id ) menjawab: ”Saya telah mendengar Ibnu Abbas (رضى الله عنها) berkata: Adalah Rasulullah  (صلى الله عليه وسلم)berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berbuka(tidak berhenti puasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan(menyangka) baginda tidak berpuasa

yusrin posted on 20-7-2007 03:13 PM

Reply #16 always_typo's post

agaknya kenapa Mufti tak highlightkan Hadis Riwayat Muslim spt yg bagitau tu?

always_typo posted on 20-7-2007 05:32 PM

Reply #17 yusrin's post

wallahua'lam, tuan yusrin. Dia mungkin anggap hadith tu tidak menyuruh kita puasa secara spesifik bulan Rejab. Tapi bagi orang yang gemar berpuasa sunat dan mencari-cari peluang nak berpuasa (kerana nak mencari redha Allah), sudah cukup hadith itu sebagai dalil.

Diharap  janganlah kerana adanya hadith maudhu' (terutama melibatkan fadhilat) tentang sesuatu amalan, kita meninggalkan amalan tersebut, tanpa mengetahui adanya hadith sahih tentangnya. Dan jgnlah dok sangka semua orang buat sesuatu amal tu sebab dia orang terpengaruh dengan hadith maudhu' sahaja!  Banyak lagi sebab lain orang nak buat amal terutama nak cari keredhaan Allah!!

Walaupun puasa di bulan Rejab ni bukanlah sunat muakkad, tapi ianya masih sunah kerana Rejab itu bulan haram dan Nabi pernah puasa di bulan Rejab.

Lagipun, nafsu ni anytime dia boleh rosakkan kita kalau kita tak tarbiyah betul-betul. Of course, orang yang rasa konfiden boleh kawal nafsu dia, memang dia tak minat sangat nak puasa sunat banyak-banyak ni...

Wallahua'lam.

airCooL posted on 25-7-2007 02:32 PM

PUASA DI BULAN REJAB

Dapat e-mail kata tak der hadis sahih fadhilat puasa bulan Rejab. ada penceramah (boleh dgr kat KLFM zikrah 21/7)confirmkan...so :cry: ada sapa2 boleh komen...

p/s-kalau dah thread isu ni tolong merged :loveliness:

madie posted on 25-7-2007 02:43 PM

Originally posted by airCooL at 25-7-2007 02:32 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Dapat e-mail kata tak der hadis sahih fadhilat puasa bulan Rejab. ada penceramah (boleh dgr kat KLFM zikrah 21/7)confirmkan...so :cry: ada sapa2 boleh komen...

p/s-kalau dah thread isu ni tolo ...

entah la ye, tapi tak kan tok guru aku nipu kot pasal puasa bulan rejab, kalau tak sahih pun tak langsung takkan tak boleh beramal kot, susah jugak ye, oooo lupa pulak ya mana boleh ikut mazhab nanti sesat.

airCooL posted on 25-7-2007 02:51 PM

kita ni dah lah tak pandai..dah jadi macam  :'(  rasa lagilah jahil..sebab sebelum ni ramai kawan2 kata ni sabda nabi..tapi bila dengar ustaz cakap amalan jahiliah pulak..

ikhwanindo posted on 25-7-2007 02:51 PM

Assalamualaikum warahmatullah,
Ingat ajelah Nabi bersabda:"Barangsiapa melakukan satu amalan yang tidak ada keterangannya pada kami, maka amalan itu TERTOLAK". Tuk apelah dah berletih-letih berpuasa menahan haus dan lapar tapi ternyata tidak diterima Allah dan tertolak. Setau ana puasa rajab ini tidak pernah dicontohkan Nabi. Allau a'lam.

zamnie posted on 25-7-2007 03:20 PM

saya rasa puasa boleh lah kalau nak puasa sunat isnin dan khamis atau qada puasa, mmg still dpt pahalanya tp tentang fadilat bulan rejab tu mmg takde dlm hadis....  anyway baru dengar ceramah tadi kata Nabi SAW suka berpuasa dibulan syaaban
dari 1 - 14 hb tp bukan 15hb syaaban.

airCooL posted on 25-7-2007 03:20 PM

takut bila diingatkan..sebab bila menjelang Rejab jer ada e-mail berangkai mengajak amalan puasa Tipu ni..agaknyer ni lah satu cara mereka.:@ .I pun salah juagk terima membabi buta :mad:

abemus posted on 29-7-2007 10:27 PM

Tunggu dulu!!Kebetulan aku terjumpa balik benda nih.RAJAB DI SISI SHEIKH IBNU HAJAR AL-HAITAMY DARI KITABNYA:  “AL-FATAWA AL-FIQHIYYAH AL-KUBRA “      BELIAUMENYATAKAN MEREKA YANG MENEGAH SERTA MENGHALANG MELAKUKAN AMALAN-AMALANRAJAB SEBAGAI JAHIL DAN MENGHALANG AMALAN YANG ADA DALAM SYARI’AT ISLAM.    SEKIRANYA SESEORANG ITU BERTERUSAN MENENTANG AMALAN TERSEBUT ADALAH MENJADI KEWAJIPAN PEMERINTAH AGAMA UNTUK MENAHAN DAN MENTA’ZIRKANNYA(DIMALUKAN)DIKHALAYAK RAMAI.    PANDANGAN SULTAN AL-ULAMA
Page: [1] 2 3 4
View full: Berkaitan Puasa dan Amalan Sya'aban & Rejab only