peret posted on 24-7-2006 10:15 AM

PERISTIWA ASHABUL KAHFI

Ashabul kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah yang berada di dalam negeri syirik, mereka keluar dari negeri itu guna menyelamatkan aqidah lalu Allah mudahkan untuk mereka hingga menjumpai sebuah gua, mereka pun masuk ke dalamnya dan tertidur di dalamnya sampai waktu yang sangat panjang sekira tiga ratus sembilan tahun. Menurut riwayat, tempat tersebut bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Penghuni Gua itu lari daripada Raja Romawi yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Romawi membawahi Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada saat itu.

Daqyanus menyembah  berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Jumlah ashabul kahfi tersebut tidaklah jelas. Menurut sebagian riwayat, Ashabul Kahfi berjumlah 7 orang dengan seekor anjing. Mereka melarikan diri sampai ke sebuah gua yang mendapatkan cahaya matahari. Hal ini disebutkan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah  Al-Raqim disebut  di dalam Al-Quran pada ayat  ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.  

Ajaibnya, mereka tertidur tanpa membutu*kan makan dan minum. Allah bolak-balikkan tubuh mereka sehingga tidaklah membeku darah pada salah satu bagian tubuhnya. Ini semua termasuk hikmah Allah. Allah berfirman, "Dan kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri." (QS Al Kahfi: 18). (Al Qoulul Mufid: 478, cet. Ibnul Haitsam -Qohiroh-).



Pada akhirnya, ketika para Ashabul Kahfi itu terbangun

peret posted on 24-7-2006 10:15 AM

"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur`an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman." (QS Yusuf: 111).

resource : http://www.psychotazkia.or.id/v.2/index.php?option=content&task=view&id=67&Itemid=30

[ Last edited by  peret at 24-7-2006 10:20 AM ]

arnabkiut posted on 24-7-2006 02:38 PM

Menurut beberapa sejarahwan Islam, ketujuh pemuda tersebut bernama: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunus, Danimus, Yathbunus dan Thamlika. Serta seekor anjing bernama Kithmir, yang dipercaya sebagai satu-satunya anjing yang masuk Surga.

Banyak yang berpendapat sejarah ini terjadi di Suriah, tetapi ada beberapa ahli Al Qur'an dan Injil berpendapat mereka berasal dari Yordania.

arnabkiut posted on 24-7-2006 02:41 PM

selain daripada kisah ini yg diceritakan dlm al-quran dlm surah al-kahfi...penganut kristian juga ada kisah mereka sendiri
Dalam mitologi Kristen kisah ini dikenal dengan nama The Seven Sleepers. Dalam kisah itu, Maxalmena dikenal juga dengan nama Maximillian. Nama ini merupakan asal-muasal sebutan nama modern untuk Max dan Martin (Martinus, kawan Maxalmena). Umat Katolik Italia menyebut nama Maxalmena dengan sebutan Massimilliano.
Lokasi gua itu konon berada di Turki di masa kini.


http://img.photobucket.com/albums/v367/syazwan2u/0659_resize.jpg

http://stigmata.pe.kr/bbs/story/image/post4/4-6/P1010105%20copy.jpg
gua ashabul kahfi

Menurut cerita ini, pada masa penganiayaan oleh Kaisar Roma Decius, pada sekitar 250, tujuh orang pemuda dituduh memeluk agama Kristen. Mereka diberikan waktu untuk menyangkal iman mereka. Mereka menyerahkan harta mereka kepada orang miskin, lalu pergi ke gunung untuk berdoa, dan tertidur. Ketika melihat bahwa sikap mereka terhadap agama kafir belum berubah, kaisar memerintahkan agar mulut gua itu disegel.

Puluhan tahun berlalu. Setelah beberapa lama ? pada masa pemerintahan Teodosius (379 - 395) ? pemilik tanah itu memutuskan untuk membuka mulut gua yang disegel itu, untuk dijadikan kandang sapinya. Setelah dibuka, ia menemukan ketujuh pemuda itu sedang tidur di dalamnya. Mereka terbangun, dan merasa baru tertidur satu hari saja. Salah seorang dari mereka kembali ke Efesus. ia tercenang menyaksikan bangunan-bangunan dengan tanda-tanda salib di atasnya. Orang-orang yang ditemuinya tercengan ketika pemuda itu berusaha menggunakan mata uang lama dari pemerintahan Desius. Uskup dipanggil untuk mewawancarai ketujuh pemuda itu. Mereka menceritakan kisah ajaib itu, lalu meninggal sambil memuji Allah.

Sebuah hari peringatan dirayakan untuk ketujuh pemuda itu dan dinamai sebagai hari pesta Santo "Maximianus, Malchus, Martinianus, Dionisius, Yoannes, Serapion, dan Konstantinus" pada 27 Juli. Nama-nama lain dari ketujuh pemuda ini diberikan dalam sumber-sumber lain. Perayaan ini dihapuskan dan dianggap sebagai mitos setelah pembaruan liturgi Katolik Roma pada 1969. Pesta di kalangan Ortodoks Timur tetap diperingati pada 22 Oktober.

[ Last edited by  arnabkiut at 24-7-2006 03:01 PM ]

peret posted on 24-7-2006 05:09 PM

kebesaran tuhan ... perkara pelik leh jadik kan

ct_og posted on 27-7-2006 09:35 AM

Allah ceritakan kisah ni untuk menjadi pengajaran dan peringatan untuk kita supaya menyedari betapa berkuasanya Dia... mampu berbuat apa sahaja jika dikehendaki... kepada yang mendapat pertolongan, alhamdulillah... kepada yang tidak, berusahalah... semoga Allah menolong jua kelak nanti... dari kisah ini menunjukkan sejarah jua penting bagi memberi pengajaran...

Nape?Tak caye? posted on 27-7-2006 10:43 PM

dari apa yang aku baca dalam terjemahan AL quran  mereka tinggal dalam gua itu selama 309 tahun wallahualam
surat al kafhfi ayat 25

sya_sugar_sugar posted on 14-8-2006 11:24 PM

Petua Anjing: Kithmir

Nenda saya ada turunkan petua kpd bonda saya
Bonda saya turunkan pd saya.

Saya turunkan pd pembaca semua.

Kithmir tu nama anjing Ashabul Kahfi.

Kalau kita kena kacau/serang/salak/menderam/herdik
dek mana2 hanjing.

Petua dia kita kena cakap:
"Assalamualaikum ya Kithmir"
Maka akan tenang, tenteram beserta
terkuncilah mulut si anjing itu...

***cubalaahh...

eiyoei posted on 15-8-2006 11:01 AM

OOO... tatau plak bleh buat mcm tu... cube lah..

topeng perak posted on 18-8-2006 03:16 PM

http://photos.friendster.com/photos/20/32/11132302/20516608053187l.jpg

menurut buku "kaum kaum yg pupus" oleh harun yahya ...

tempat yg ashabul kahfi tuh tuhh kat ephesus ... raja yg zalim tuh bernama decius

dan mereka dibangkitkan pada zaman raja theodosius ... dizaman western roman empire diambang keruntuhan

arnabkiut posted on 22-8-2006 11:15 AM

Originally posted by sya_sugar_sugar at 14-8-2006 23:24
Nenda saya ada turunkan petua kpd bonda saya
Bonda saya turunkan pd saya.

Saya turunkan pd pembaca semua.

Kithmir tu nama anjing Ashabul Kahfi.

Kalau kita kena kacau/serang/salak/menderam ...
betol..bapak aku pon penah bgtau pasal nie......:setuju:

LanoG posted on 22-8-2006 12:53 PM

Originally posted by arnabkiut at 22-8-2006 11:15 AM

betol..bapak aku pon penah bgtau pasal nie......:setuju:

Dah pernah buat ujian ke kat anjing? Aku ingat nak cuba nanti le, banyak sangat anjing berkeliaran kat sini. Maybe aku try pegi kat menatang tuh then baca ayat tu. Aku takut anjing tu jawab salam aku je.... mau pengsan terkejut.

sya_sugar_sugar posted on 22-8-2006 11:47 PM

betul petua tu...

nenda sya
ada luggage bag kaler itam...
ala yg kotak 4 segi macam tong peti tu...

selalu naik turun kapal angkasa.
kan kadang2 ada anjing pengesan dadah...

kat 4 penjuru bag tu nenda sya
tulis huruf arab
eja KHITMIR..

camne ntah : KHA, THO, MIM, RO...

entah betul ker? : KAF, THO, MIM, RO...

betul ker makraj dia? : QAF, THO, MIM, RO...

sesapa sudi tlg betulkan...

so anjing2 tu tak de teruja lah dgn beg nenda sya.

nenda sya bukan bawak dadahpun, sesajer jer...

Dolu2 ader gak kena salak dek anjing liar waktu nak pegi kedai,
ada gak bagi salam kat dia.
sengap jer...

*sekian*

evita_ina posted on 24-8-2006 03:03 AM

sesungguhnya tuhan itu maha besar..:lebai:

abuqaw posted on 25-8-2006 11:00 PM

Yg ini---->  (a)  قطمر   atau yg ini----------> (b) خطمر??

[ Last edited by  abuqaw at 25-8-2006 11:02 PM ]

tsukushi posted on 27-8-2006 12:05 AM

Reply #8 sya_sugar_sugar's post

boleh cuba gak...

sya_sugar_sugar posted on 28-8-2006 12:11 AM

Encik abuqaw :  -----------> ejaan yg  a).

Ada 2 pendapat lokasi gua Ashabul Kahfi:

A]. Euphesus (Pantai Barat Anatolia, Turki)
B]. Tarsus (Gunung Pencilus/Encilus)

Pendapat menyatakan
pintu gua Ashabul Kahfi mengadap ke arah utara.
Sebab itulah cahaya matahari
tidak dapat memasukinya.
Inilah yg menyebabkan org ramai yg lalu lalang
di hadapan gua tidak perasan apa yg terdapt di dlm nya.


"Dan engkau akan melihat
matahari ketika terbit,
cenderung ke kanan dr gua mereka,
dan apabila ia terbenam,
meninggalkan mereka ke arah kiri,
sedang mereka berada
dlm satu lapangan gua itu.

Yg demikian adalah dari tanda2
(yg membuktikan kekuasaan) Allah.
Sesiapa yg diberi hidayah pertunjuk
oleh Allah,
maka dialah yg berjaya
mencapai kebahagiaan;
dan sesiapa yg disesatkanNya,
maka engkau tidak sesekali
akan beroleh sebarang
penolong yg dpt menunjukkan
(jln yg benar) kepadanya         (SURAH AL-KAHFI: AYAT 17).

Sekian.

milo_888 posted on 30-8-2006 05:45 PM

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!!

artgeex posted on 31-8-2006 08:44 PM

penah baca gak, selain dari pengajaran tentang betapa berkuasanya Allah SWT, ia juga satu retorik tentang penghargaan masa.. (ni baca dari kritikan sastera) iaitu, ALlah nak tunjukkan pada kita, betapa kita akan kerugian kalau kita mensia2kan masa, dan masa tu tak tunggu kita. Imagine, dengan tidur hanya semalam yang dirasakan, rupa2nya masa dah berlalu selama 309 tahun.. dan bayangkan apa yang kita boleh buat dalam satu malam, bila ianya disamakan dengan 309 tahun.. wallahualam.. yang penting, janganlah membazir masa

medsworld posted on 14-1-2007 12:33 PM

tq
keajaiban n keagungan tuhan

everqueen posted on 21-1-2007 01:18 AM

owh, terbaca pasal nih kat wikipedia harituh. mmg derang sebut pasal quran and everything.

St.Yeepi posted on 21-1-2007 02:16 AM

Daqyanus menyembah  berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa).

Pada akhirnya, ketika para Ashabul Kahfi itu terbangun

rurouni_khairul posted on 22-1-2007 12:06 AM

Originally posted by St.Yeepi at 21-1-2007 02:16 AM
Daqyanus menyembah  berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa).

Pada akhirnya, ketika para Ashabul Kahfi itu terbangun

kecubung posted on 25-1-2007 02:43 PM

2 tahun lepas cub ada tengok movie ni main kat tv.. awalnya Cub mls la nak tengok.. waktu tu dlm pukul 12 tghari.. ngantuk la nak tido.. sambil baring2 tu, cub layan gak movie tu.. eh.. boleh layan sampai abes!! walaupon movie tu movie lama, warna kat tv pun dah kuning2...best la movie tu.. tatau bahasa apa.. tp ada subtile english.. so layan jer la...

at the end, keinsapan pun timbul gak dalam ati ni.. sdgkan anjing lagi percaya kewujudanNya dan taat akan perintahNya..

tp kat movie to, ending dier, setelah beberapa lama* mereka bangun dari tidur,mereka mengetahui yg mereka itu berada dikurun yg berlainan, mereka memohon agar  dihapuskan dari dunia ni.

* tatau la berapa jam, (yg penting, kiraan masa JAM, sbb tak ada pergantian siang malam) sbb selepas terbangun dari tidur, slh sorang dari merka pun menuju kota utk membeli roti.. tp pedagang tuh takpercaya dgn mata wang yg diberikan tuh..kiranya penduduk zaman sesudah mereka tahu dgn sejarah matawang yg tak digunakan tu lagi... so dia dikejar la oleh org sekeliling hingga ke gua persembunyian mereka... bla..bla..bla..cub tatau nak xplen ) then, mereka memohon untuk dimatikan...mereka lenyap satu persatu seperti disedut kelangit..

klu koran tak paham apa yg aku taip tu, tak per.. sbb akupun dah poning nih nak xekta kat korang ttg movie tuh...

~infinity~ posted on 25-1-2007 06:22 PM

Originally posted by sya_sugar_sugar at 14-8-2006 23:24
Nenda saya ada turunkan petua kpd bonda saya
Bonda saya turunkan pd saya.

Saya turunkan pd pembaca semua.

Kithmir tu nama anjing Ashabul Kahfi.

Kalau kita kena kacau/serang/salak/mender ...

mmg slalu infi amalkan petua nih tiap kali jumpa anjing...

and so far mmg menjadi...

siap ader skali tuh sekor anjing tuh escort sampai balik umah...pas tuh biler infi dah masuk umah...dier pun blah...ahaks...

ntah laa...mungkin kebetulan atau pun aper...:)
Page: [1] 2
View full: PERISTIWA ASHABUL KAHFI