Apanama posted on 5-7-2006 12:29 PM

Cerita Business Spa, Beauty Saloon & Dandanan Rambut

Asalammaulaiakum,

ada tak sesiapa forumers kat sini yang ada info tentang perniagaan ni?  mahal tak modal yang diperlukan?  Saya ni sebenarnya masih mencari2 business apa yang saya nak lalukan..  Business saloon ni memang sedikit sebanyak berkaitan dengan minat saya.. cumanya, saya tak tahu anggaran modal yang diperlukan.. saya plan nak buat kat rumah je..  open untuk kenalan terdekat sahaja .. sebelum saya all out ngan business ni.. ok ke rasanya? jom lah kita bincang2 and share info..

harleena posted on 5-7-2006 12:38 PM

Tahun 2000 dulu ada buat bisness ni, silapnya pergi share dgn kawan. Saya jadi stokis satu produk yang agak terkenal sekarang ni. Masa tu, produk ni tak berapa meluas lagi penjualannya. Saya habis dalam rm6,000.00 gak. Sewa kedai (nasib baik murah), beli alatan utk facial cam steamer, facial bed dan decoration kedai sikit.
Nasib tak baik, suami kena posting dan tinggal partner kat sana utk uruskan. Last-last, dia kata nak buat sendiri dan gitulah akhirnya perniagaan saya. Tak taulah salah siapa tapi yang pasti, bukan salah ibu mengandung.heheheheheheh.
Kalau minat nak buat bisnes ni, gilah belajar buat facial dulu. Cari produk yang bersesuaian. Selalunya, pemilik jenama produk2 ni ada anjurkan kursus utk sesapa yang jadi dealer produk dia. Buat kat rumah dulu pun ok gak. Then, baru expandkan bisness bila dah okey dan bila dah kumpul modal.
Ini hanya pendapat saya ajer...

Apanama posted on 5-7-2006 01:28 PM

Terima kasih Harleena, itu info berguna juga tu sebab saya memang zero knowledge bab ni..  saya dlm proses nak research pasal pelbagai bidang business dan salah satunya ialah business kecantikan.. nak kaji setiap satu mana yg termampu..

modal yang harleena sebutkan tu boleh tahan juga tapi at least tak sebesar modal IKS.. saya x mampu nak start dengan modal yang besar2 lagi.. sebelum ni saya ada mengikuti kursus pemprosesan makanan.. yuran kursus dah makan RM600.. tapi hasilnya saya x bergerak sebab x mampu nak buat sorang2.. so terbang la RM600 tu.. banyak tu..

jadi input yang Harleena kasi tu tersangat saya hargai..

ezly9212 posted on 5-7-2006 02:46 PM

myfrenz...dalam mana2 perkara sekalipun tindakan adalah lebih langkah penting sebagai titik mula dalam melakukan sesuatu. Setelah minat dan ilmu kita dalami maka tindakan susulan akan merungkaikan segalanya...memamg adakalanya kita berhajat menjalankan bisnes tetapi kita suka meletakkan alasan untuk bertindak. Ah..tunggulah...esoklah...minggu depanlah...tunggu anak besar sikitlah atau segala macam alasan untuk bertindak. Bak kata DDFK kalo anda bagi alasan anda takkan berjaya. Anggaplah alasan itu adalah pendorong untuk berjaya. Bagi yang kurang modal mulakanlah dengan bisnes secara kecil-kecilan dulu tanpa mengharapkan sumber modal dr mana pihak.wasalam...

tuna_sandwic posted on 6-7-2006 12:38 PM

tuna mula dgn bisnes kecil2an

masa bujang, tuna 'ter'pergi ikut kursus mengenai kecantikan... syarat kena beli brg RM 2600 la.. ni kira mcm produk MLM... yg best, kursus yg diberi byk membantu dan telah membuka mata mengenai kecantikan... Alhamdulillah, hasil daripada mengikuti kursus yg perlu dibayar setiap kali datang, tuna mampu bercerita pasal kebaikan produk dan mampu buat facial sendiri kat umah utk pelanggan yg datang ke rumah ler... cuma skang dah tak involve buat MLM produk tu sbb mahal sangat.. just maintain utk guna seharian jer dan utk pelanggan wat facial

hasil dari langkah pertama tu, tuna start wat spa at home... beli barang2 spt facial steamer, katil, troli dan benda2 kecik spt tisu, tuala dan memacam lagi.... berabih dalam 2000 lebih

then tuna ikut satu kursus yg perlu dibayar RM 10,000. Tuna dapat produk dan latihan. Tuna belajar massage dan kembangkan lagi bisnes kecantikan nih. dah beli bath tub. dah beli premis sendiri. cuma masih buat part time. tak concentrate sangat.. bisnes so and so sbb takde masa...

plan, nxt yer tuna nak all out semula .. InsyaAllah
lagipun core bisnes skang ni berkenaan perkahwinan... masa mmg totally pack takde rehat langsung samada musim cuti ke tak musim cuti ker...butik kecantikan tu kira bonus la...

utk bisnes kecantikan ni berabih dalam 20k gitu.... utk 3 taun tak termasuk premis

kemboja posted on 10-7-2006 08:24 PM

kalu awak nak buka salon, saya ada tulun kakak saya jualkan brg salon dia murah2 mabbe can cut you punya modal. cuba pegi kat http://photos.yahoo.com/seventh_chakras. dia migrate kat australia so dia tutup kedai.  saya tulun dia jual brg. tengok lah kalu you nak. jakuzi n steam bath pon ada yang nih branded punya. kalu minat leh email saya chomelote@hotmail.com

salisma posted on 14-7-2006 05:01 PM

kemboja....saya pun berminat lah...tapi saya bukak link tuh tak boleh nampak pun brg2 yg u nak jual tu...
kalau boleh email saya...salisma123@yahoo.com.

tuna_sandwic posted on 17-7-2006 01:02 PM

Anggaran harga barang kalau nak tau murah ke tak.. harga barang baru.. bukan barang sekenhen

massage bed RM 150-RM 180 :: selesa sgt dah dan tahan lama
yg mahal RM 2000 ke atas :: kalau beli mmg tahap membazir ler

facial steamer RM 200

machine facial : RM 250 leh dapat RM 200

bath tub RM 350 plg murah
jacuzzi RM 2500 ke atas

tu jer sebahagian guideline kalau nak beli barang utk butik sendiiri

di harap dapat membantu

kemboja posted on 18-7-2006 01:11 AM

kalu buka salon kena ada komitment. jangan lepas tangan, pasal staff leh curi brg,time, duit etc...ramai yang kemboja kenal staff tipu diaorg...dah terlambat baru sedar.dah tu facial & body massage or what ever treatment yang you plan to do elok sesangatlah kalu sdn yang belajar. tak perlu lah sampai berdiploma...express je asal reti pasal...manpower - beautician/therapist nih susah nak cari dah tuh diaorang dah pandai demand dah skrang. akak kemboja dulu amik fresh grad from ikbn je tapi this year macam tak de student katanya..ntah lah...

pasal kemboja dulu pernah keje as beauty & product trainer kat satu beauty kompeni nih... so tau lah skit2

Hana posted on 6-8-2006 09:50 PM

aku tak tahu lah info aku nie..berguna ke tak..takperlah..aku kasi tau ajek..

setiap tahun..pada hujung tahun..maybe october or september..ada BEAUTY FAIR kat PWTC..
masa tu..sumer distributor utk ape jenis brg/product berkenaan dgn beauty..akan berkumpul kat situ utk menjual brg2n mereka kpd peruncit and end user.. tapi..yg dah established name spt guinot, leonarde drake..takder laa..
mcm2 ada.. brg spt steamer rambut pun ada..sauna bath..sumer lah..hingga ke product2 mereka..kalau beli byk..lagi dpt murah..

takperla..bila hana dpt invitation tu..nnt hana update kat sini yekk..
aku selalu dpt tag TRADE..bukan visitor..
jadi..layanan yg aku dpt bagus..sbb derang ingat aku nie owner salon..hikhikhik..
pastu..aku tanya soalan..mak ai..aku rasa..the real owner salon pun kalah kot..hikhikhik..

[ Last edited by  Hana at 6-8-2006 09:52 PM ]

Esmeralda posted on 6-8-2006 11:03 PM

ok la hana info ko nih...mengingatkan aku pada beauty fair tu

suka aku gi situ

kemboja posted on 14-8-2006 02:04 AM

Originally posted by kemboja at 10-7-2006 08:24 PM
kalu awak nak buka salon, saya ada tulun kakak saya jualkan brg salon dia murah2 mabbe can cut you punya modal. cuba pegi kat http://photos.yahoo.com/seventh_chakras. dia migrate kat australia so d ...

facial steamer with ozone treatment - harga tolak RM80 - ada 3 unit tinggal
Highfrequency - harga tolak RM60 ada 2 unit jer tinggal
Ultrasonic - Harga tolak RM60 - ada 2 unit jer tinggal
facial bed - harga tolak RM150 - ada 6 unit
massage bed custom made from Nyatoh wood - harga tolak RM1500(rege asal RM3000)
facial bowls (size-L) - harga tolak RM6
consultation table set (high table & 2 fancy stool)- harga tolak RM800
Skin analysis computer- harga tolak RM1500
skin analysis old version - harga tolak RM65
jacuzi from germany with 2 yrs warranty - RM2500 (harga asal RM5800)
body steamer with water massage, foot spa, shower & steam with aromatherapy from germany also with 2 yrs warranty - harga tolak RM10k (harga asal RM25k)


salon/Spa DECO
antique vanity mirror by Barang barang home deco - harga tolak RM250 (hg asal RM350)
Antique vanity mirror by British India - harga tolak RM250 (hg asal RM400)
Nyonya hand carved mirror centre piece - harga tolak RM500 (hg asal RM1600)
wooden candle stand by barang barang home deco- harga tolak RM3/pc (harga asal RM10/pc)
centre piece wall deco - harga tolak RM400 (harga asal RM860)


dulu mmg kita ada beauty spa ala2 bali..brg2 kitaorg pakai sumer branded pasal tu requirement dari principal kita org dulu. kalu nak tengok tempat kita org dulu leh gi tengok kat www.bloomsofeden.com
dulu kita tie up ngan diaorg buka spa kt serdang. now my sis dah pindah principle pon relocate ke Australia klu tak silap. produk diaorg pon elok...kalu ada yang nak try leh order mari saya tolak rege esklusif stokis pasal kita org pon nak clearkan stok...

tgh pk2 nak buka salon lagi ke tak akak dah tak de..macam malas la plak..

Eisya posted on 20-3-2007 02:22 PM

assalammualaikum

eisya nak bukak topik ni tapi bila teringat macam dah ada...so selak2 la page belakang...akhirnya jumpa...

Eisya mmg berminat sangat ngan bidang ni...terima kasih banyak2 pada yang sudi bagi info dan kongsi pengalaman...banyak yang eisya dapat.

So far, eisya masih bekerja dan buat part time sebagai makeup artis...cita2 eisya satu hari nanti eisya nak bukak kedai beauty & spa sendiri

Baru2 ni ada buka laman web kementerian pembangunan usahawanan dan koperasi...mmm try jengok kursus yang disediakan...ada pulak kursus Spa & beauty Saloon. Apa lagi eisya terus je apply...mmm sekarang ni tengah tunggu panggilan sama ada dapat atau tak.

AT posted on 20-3-2007 03:19 PM

Reply #13 Eisya's post

selain daripada kementerian pembangunan usahawan kat mana lagi yg kita boleh belajar buat facial & make up yer secara part time la...? kat ipoh ni rasanya susah sgt nak cari tempat...

Eisya posted on 20-3-2007 04:06 PM

aT,

At kat ipoh ke? cuba at survey ngan solon kecantikkan yang agak besar...biasanya dowang ni ada buat kursus

BeruangKutub posted on 21-3-2007 10:42 AM

dah bukak nanti jgn luper bgtau, bleh la aku pi.

shidaaziz posted on 21-3-2007 11:30 AM

Shida tak de pengalaman & tak berminat dalam bidang ini. Tapi nak bercerita mengenai jiran. Kebetulan masa menghantar kek pada customer, berjumpa le dengan jiran ni. Sembang-sembang, rupanya da ada saloon kat rumah. Dulu dia keje dekat BB. Kemudian bila dah ada anak kecil, dia decide nak berhenti kerja. Kat apartment kita orang tu, ada 2 salon. 2-2 dimiliki oleh nyah. Shida dah masuk le rumah jiran ni. Satu bilik tu dijadikan khas untuk bilik rawatan dia.

Nak berniaga, tak semestinya perlu ada modal yang besar. Boleh mulakan di rumah. Mulakan dengan kawan-kawan rapat dahulu. Daripada apa yang jiran tu cakap, musim puasa tahun lepas, setiap hari penuh. Sampaikan pagi raya pun masih ada lagi customer yang datang nak gunting rambut.

AT posted on 21-3-2007 12:48 PM

Reply #15 Eisya's post

ahah AT kat ipoh...ada satu salon tu dia beri kursus utk menyolek je murah jugak la..RM550 per month..tp kita ni bukan tak minat tapi tu muka sendiri pun tak abih solek lagi...;P ;P nanti takut org tak confident dgn kita...:D :D

tapi bab mengerjakan muka org kita memang suka especially bila tiba mengeluarkan black head kat muka org..abis muka adik kita kerjakan...;P :lol: tu la dok selalu gi facial muka rasa teringin pulak nak ceburkan diri dlm bidang ni...

Eisya posted on 21-3-2007 03:34 PM

shida...

ingat mmg plan nak buat dari rumah...tapai sekarang ni masih bekerja...kalau buat pun mungkin hari minggu kot..

AT

Bakat, kemahiran dan minat yang ada kita ditambah dengan usaha, keyakinan, semangat dan jangn mudah berpuitusa asa...macam eisya ni target eisya sebelum 30 tahun eisya nak penuhkan ilmu kecantikkan ni dengan cara mengambil kursus dan praktikal. Buat masa sekarang, eisya dah pun ada sijil makeup artist profesional skill dan dah mula start makeup pengantin...

dan plan dalam usia 30 dah ada kedai sendiri...Insya Allah

alya_marykay posted on 31-7-2007 08:52 PM

kat mane bley dptkan mesin steamer utk facial bawah RM200???? help me

askum...hy alhamdullilah beshnye ruangan ni dapat share something yg mmg lya interested sgt2 lya minat nak bukak saloon. skang lya wat facial kat umah je, lya nak cari tempat nk bli steamer.. ari tu ade le kenal2 tokey2 saloon pastu tanye deaorg  bape vajet klo nak bli mesin steamer? deaorg ckp RM500 camtuh.. ntah macam mane ari gatal2 tgn buka kt tenet tgk canel ni  harga steamer tak sampai RM 500 pon erm i tgk mesin kedai kawan i tuh facial steamer ade ozone ye ke harga mcm tu? dia nak jual kat i RM450 kire second hand laa lgpn dia pakai dah 4-5thn. dah lapok laa..tp mahal giler.. sape2 bley tolong lya???  ataupun sape2 tau tempat bley msg lya? 012-6936816

pensel posted on 13-8-2007 01:41 AM

erm kalu minat nak bukak salon sekarang nie product dermalogica memang sedang mencari bumiputra untuk jadi diorg punya dealer tp diorang agak selektif jugak..diaorg nak interview owner sb diorg nak owner yg betul2 ada positif mind set.. n kalu dah ada salon diorg nak tengok dulu salon..area mana..n semua la...
tp yang bagus nye diorg mmg ada sediakan class n support...utk diorg punya dealer

Prags posted on 23-8-2007 03:51 PM

saper2 tahu kt mana leh bajar urut2 nie...bukan urut2 bersalin, urut2 kesegaran badan...kawan aku nk jd tukng urut tp dia lelaki ler..

Eisya posted on 13-11-2007 03:18 PM

Alhamdullilah, saya telah mengikuti kursus MIni Health Spa & Butik Kecantikan dibawah Kementerian Usahawanan Negara (INSKEN) selama 1 minggu di Port Dickson, walaupun terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sebab cuti dah habis saya rasa sangat berbaloi sebab dengan menghadiri kursus ini, ilmu dalam bidang kecantikan yang amat saya minati meningkat dan focus serta haluan business telah nampak.

Di kursus itu saya telah diajar secara teori dan paktikal, diantaranya
Relaxing massage
Relaxing Scrub
Breast Massage
Foot Spa
Facial
Face massage
Product
Keusahawan

Malah peserta kursus juga ditawarkan pinjaman daripada TEKUN. Mmmm memandangkan saya masih bekerja dan tidak mempunyai premis setakat ini, apa yang telah dipelanjari akan mulakan dengan berkhidmatan mobile. Moga2 satu hari nanti cita-cita saya ingin membuka Spa & Beauty Centre akan tercapai. Amin

afnns posted on 13-3-2010 12:44 PM

Ada sesiapa tahu kat mana nk beli brg2 second hand utk bukak saloon rambut?
Ingat permulaan ni nk beli second hand jer duli... sbb budget x tinggi...
terima kasih klu ada sesiapa yg sudi nk beritahu saya...

sumayyah29 posted on 13-3-2010 07:03 PM

cube tengok mudah.com ...yang lain sape leh bantu...?
Page: [1] 2
View full: Cerita Business Spa, Beauty Saloon & Dandanan Rambut