que_eight posted on 21-1-2006 09:25 PM

ANEKA RESEPI BERASASKAN KENTANG

Que dapat resepi dari satu rancangan masakan oleh Chef Wan...

FRITATA "DAGING" BERSAYUR. ( resepi asalnya tak guna daging..tapi que cuba ubah sedikit nak lagi sedap)

4 biji kentang yang besar ( potong  melebar agak-agak 1cm )
5 ulas bawang merah ( tumbuk )
4 ulas bawang putih ( tumbuk )
sekotak keju cheddar ( diparut @ potong nipis..boleh gak nak beli yg slice tu tapi sikt & mahal lah )
1 biji  campsicum hijau yg kecil ( potong dadu )
1 biji campsicum merah yg kecil ( potong dadu )
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar pes tomato
3 biji telur ( pukul hingga kembang )
300gm daging cincang
garam secukup rasa
minyak


1.  kentang digoreng separuh masak..ketepikan..
2.tumis bawang dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2.masukkan sos tomato dan pes tomato..kacau...masukkan sedikit air
3. masukkan daging cincang...garam
4.setelah air daging agak kering..tutup api..
5.ambik bekas pembakar, susun lapisan pertama dgn kentang...lapisan ke dua...daging....then tabur capsicum dan cheddar.
6. ulangi process hingga abih  semua bahan..lapisan terakhir tuh mesti cheese
7. tuang telur yg telah dipukul.
8.bakar dalm oven 180'C sehingga telur nampak kekuningan...

sedap dimakan dengan sos cili..

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 16-11-2007 05:28 PM ]

chempaka_ku posted on 22-1-2006 07:43 AM

recipe atas tu version spanish omelette, pernah buat yang simple tapi gunakan frying pan dan masak atas api......

Potato and leek

Kentang, hiris nipis
Leek (yang macam daun bawang tapi besar)
Black pepper, cracked

Kentang di tumis hingga lembut dan keperangan; jika suka, masukkan leek yang dihiris dan black pepper dan perasakan.  Masak hingga leek lembut.

Baiduri Othman posted on 22-1-2006 09:24 AM

Originally posted by que_eight at 21-1-2006 09:25 PM
Que dapat resepi dari satu rancangan masakan oleh Chef Wan...

FRITATA "DAGING" BERSAYUR. ( resepi asalnya tak guna daging..tapi que cuba ubah sedikit nak lagi sedap)

4 biji kentang  ...

Pernah cuba resipi ni. Memang sedap.

chempaka_ku posted on 22-1-2006 10:49 AM

Ini my favourite recipe.........dari buku All-Time Favourites
recipe asal menggunakan bacon jadi tukar dengan breakfast beef rashers

Creamy Potato, Cheese and Beef Bake

4 beef rashers, chopped
4 biji kentang - 1.2 kg
1 cawan (125g) tasty cheddar cheese; parut
300ml pouring cream (dairy, whipping cream)...jangan gunakan thickened cream
20g butter, chopped

Cara:

Masak beef rashers di pan yang sudah dipanaskan hingga lightly browned dan just crisp.
Kentang dibuang kulit; hiris nipis.
Layer kentang dengan beef rashers dan cheese dalam 2-litre, 8 cawan ovenproof dish.
Tuang cream, dot dengan butter.
Bakar, tutup dish, moderately hot oven; 200 - 210 degree celcius selama 40 minit;
buka tutupnya, dan bakar selama 35 minit atau hingga atasnya browned dan kentang lembut.

que_eight posted on 22-1-2006 04:55 PM

nih salah satu masakan dari middle east

BATATAS AL MAHMOOS ( spicy fried potatoes )

4 biji kentang saiz besar
4 biji tomato yg masak ranum ( ambil isinya sahaja & cincang )
1 sudu kecil  *baharat
garam
1 biji bawang besar ( cincang )
6 ulas bawang putih ( cincang )
sedikit minyak

1. kupas kentang dan potong dadu.
2. jerang air dgn sedikit garam.dah geletak..masukkan kentang..masak selama 10 minit.Toskan dan keringkan dgn kitchen paper.
3. panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan..then masukkan kentang
4. masukkan tomato...baharat..garam..kacau rata
5.kecilkan api tutup periuk dan simmer gently lebih kurang 10 minit

hidangkan panas-panas dgn nasi.or kat sini biasanya diaorang makan dgn roti khubuz atau pita bread

nak buat baharat
(kebanyakan masakan middle east nih mesti pakai baharat..spice mixture depa..tak kira apa sukatan pun dia punya portion mesti sama )

4 bahagian serbuk black pepper
4 bahagian serbuk paprika
1 bhgn serbuk ketumbar
1 bhgn  serbuk kayu manis
1 bhgn serbuk jintan manis
1 bhgn serbuk cengkih
1 bhgn serbuk buah pala ( yg nih que tak letak..optional )
1 bhgn serbuk halia
1 bhgn serbuk buah pelaga

* semua bahan digaul rata..then simpan dlm bekas kedap udara

NoorMasri posted on 22-1-2006 07:55 PM

Originally posted by que_eight at 21-1-2006 09:25 PM
Que dapat resepi dari satu rancangan masakan oleh Chef Wan...

FRITATA "DAGING" BERSAYUR. ( resepi asalnya tak guna daging..tapi que cuba ubah sedikit nak lagi sedap)

4 biji kentang  ...

mesti sedap nih...nanti bila2 nak try gak la..kena beli daging dulu :mll:

que_eight posted on 22-1-2006 08:50 PM

Originally posted by NoorMasri at 22-1-2006 07:55 PM


mesti sedap nih...nanti bila2 nak try gak la..kena beli daging dulu


k noor..try jgn tak try yek...nanti bagi comment...kalu kesian kat que  :( .. dah masak nanti DHL lah yek..

lagu satu que nak minta sapa-sapa ada resepi sambal ikan bilis yang ada kentang goreng...kacang tanah goreng..kadang tuh ada tempe or tauhu goreng...que pernah buat tapi tak krap krup la...tolong yek sapa2 ada tempek kat sini :tq:

speedial posted on 24-2-2006 11:10 AM

Originally posted by Zeeqa at 22-1-2006 08:50 PM
[nak tanya chef semua....
ada tread resepi potato bakar mcm kat delifrance tu tak?
sedapnya.... ..

ni quote dari topik JOM BORAK....

ni resepi dia maybe lain skit dari apa yg Zeeqa nak tu...sbb yg ni takde cheese...speed amik kat RecipeZaar...--->> http://www.recipezaar.com/61073

http://www.recipezaar.com/img/recipes/61/07/3/small/picNi5Osu.jpg
Creamy Dill Potatoes Recipe #61073

A creamy, tasty potato dish that can be made ahead and baked when ready to serve. Recipe found on the Web.

Ingredients:
4  medium potatoes  
2  tablespoons melted butter  
2  tablespoons flour  
1  cup milk  
1/2  cup mayonnaise  
1/4  teaspoon pepper  
1/4  teaspoon salt  
1/4  teaspoon dry dill weed (ni tak tau ape benda nya maybe sejenis rumpai kot)

Method:
Boil potatoes until almost done, then peel and dice.
Spread potatoes out evenly into casserole dish.
Mix together butter, milk and flour and bring to a boil, whisking constantly.
Cook for 1 minute more, then remove from heat.
Add mayonnaise and rest of ingredients and mix.
Pour mixture over potatoes in casserole.
Sprinkle paprika and additional dill on top, if desired.
Bake uncovered for 30 minutes.

Amaran:- Resepi ni Speed belum cuba lagi

[ Last edited by speedial at 24-2-2006 12:19 PM ]

hanis00 posted on 24-2-2006 12:03 PM

Boleh cuba yang dibawah ni, ada cheese....
Resepi dari Calimero - ambil kat Sub-forum overC


Potatoes Gratin:

Ubi kentang - hiris nipis
Susu fresh
1 ulas bawang putih
Grated cheese
Salt & Pepper

Ubi kentang tu direbus sampai setengah masak dengan seulas bawang putih yang dimayang halus, lepas tu toskan. Masukkan kedalam mangkuk (yang boleh dimasukkan kedalam oven), tuangkan susu fresh, salt & pepper dan taburkan cheese kat atas. Bake dalam 1 jam suhu sederhana.

shidaaziz posted on 24-2-2006 12:07 PM

makan potato je lah ek. kak mas kata nak tempek resepi sheperd's pie. yang tu sedap.

Zeeqa posted on 24-2-2006 12:13 PM

Originally posted by speedial at 24-2-2006 11:10 AM


ni quote dari topik JOM BORAK....

ni resepi dia maybe lain skit dari apa yg Zeeqa nak tu...sbb yg ni takde cheese...speed amik kat RecipeZaar...--->> http://www.recipezaar.com/610 ...

mekasih speed....
nanti try...

speedial posted on 2-3-2006 11:11 AM

Malam tadi buat Shepherd's Pie utk pertama kalinya.....sedap gak rupenya Shepherd's Pie ni ekkk...lagi sedap dari baked Macaroni....

http://img.photobucket.com/albums/v210/speedial/cari/Dapur%20Cari/ShepherdsPie.jpg

http://img.photobucket.com/albums/v210/speedial/cari/Dapur%20Cari/ShepherdsPie4.jpg


Shepherd’s Pie

MAKLANG posted on 2-3-2006 11:20 AM

speed - jangan dok tayang aje pie tu...resepinya mana..tempek cepat..http://www.clicksmilies.com/s0105/sauer/angry-smiley-002.gif nampak tak kuku maklang dah kuar dah nih...http://www.cybergifs.com/faces/laugh.gif

tunteja78 posted on 2-3-2006 11:20 AM

speed..resepi shepherds pie tu dah tepek lom..cm best jek..

shidaaziz posted on 2-3-2006 11:22 AM

Originally posted by speedial at 2-3-2006 11:11 AM
Malam tadi buat Shepherd's Pie utk pertama kalinya.....sedap gak rupenya Shepherd's Pie ni ekkk...lagi sedap dari baked Macaroni....

http://img.photobucket.com/albums/v210/speedial/ ...

wei.... lajunya hang. shepherd pie memang sedap :cak:. berapa banyak kentang hang pakai ni? mana resepi.

speedial posted on 2-3-2006 11:29 AM

Originally posted by MAKLANG at 2-3-2006 11:20 AM
speed - jangan dok tayang aje pie tu...resepinya mana..tempek cepat..http://www.clicksmilies.com/s0105/sauer/angry-smiley-002.gif nampak tak kuku maklang dah kuar dah nih...http://w ...

amboi maklang nak mintak resepi...garangnya sampai kuor kuku.....kekekekek......sib baik tak kuor misai mcm iklan DIGI....kekekekek:)

jap2 nak karang dulu...sbb resepi ni amik kat net situ skit sana skit...pastu speed olah ikut citarasa sendiri....jap nak taip dulu....

speedial posted on 2-3-2006 11:30 AM

Originally posted by tunteja78 at 2-3-2006 11:20 AM
speed..resepi shepherds pie tu dah tepek lom..cm best jek..

lom ada rasanya.....memang sedap pun teja....cubalah nanti....

speedial posted on 2-3-2006 11:32 AM

Originally posted by shidaaziz at 2-3-2006 11:22 AM


wei.... lajunya hang. shepherd pie memang sedap :cak:. berapa banyak kentang hang pakai ni? mana resepi.

mana tak lajunyer...ari tu buat baked macaroni...hb wa tak gemor sgt sbb ada cheese/susu....

so wa buat shepherd's pie ni sbb ada mashed potato peberet my hb....so wa terai lah wat.....tanpa guna any cheese....

mias_2004 posted on 2-3-2006 11:40 AM

ni saya punya version utk Sherperd Pie.. ni version org tak suka cream & cheese..

mashed potatoes
--------------------
potato- kupas & quartered
bawang - hiris nipis. sikit je
butter -sikit

isi
---
bawang - hiris
ayam or daging - ayam potong cube kecik/ daging mince
carrot and root veggies
air+tepung gandum- agak2
butter - potong kecik2

mashed potates
1)potato rebus sampai empuk
2)goreng bawang bagi brown2 sikit
3)mash /lenyek potato +butter+ bawang goreng tu... bawang tu nak bagi mashed potatoes tu wangi sikit..letak tepi dulu

isi dia
3)tumis bawang and masukkan ayam, kacau2
4) masukkan carrot
5)masuk  bancuhan air &tepung, adjust2 .. jgn cair sgt, jgn pekat sgt..
6)agak2 lagi 5 minit nak masak.. angkat.. takut overcooked plak nanti
7)dlm oven-proof dish, masukkan ayam&kuah&isi dia
8)carefully, letakkan mashed potatoes on top, tebal pun tak per, tak smooth pun tak pe, cover fully..
9)sapa suka cheese, boleh grate cheese and tabur atas mashed potates tu
10)dotted kat butter kat sana-sini
11)masukkan dlm oven sampai topping dia brown2 sikt
12 )siap

[ Last edited by mias_2004 at 2-3-2006 11:45 AM ]

shidaaziz posted on 2-3-2006 11:44 AM

Originally posted by speedial at 2-3-2006 11:32 AM


mana tak lajunyer...ari tu buat baked macaroni...hb wa tak gemor sgt sbb ada cheese/susu....

so wa buat shepherd's pie ni sbb ada mashed potato peberet my hb....so wa terai lah wat.....tanpa ...

speed, ari tu aku buat baked macaronni failed. maybe terlebih rebus pasta tu. so, aku tak gemar. best lagi lasagna :mll::mll::mll:. tapi sheperd pie ni pun aku suka jugak. tapi seperti biasa, aku buat kena taruk cheese :mll::mll::mll: baru mengancam.

kenari2101 posted on 2-3-2006 11:57 AM

Reply #20 shidaaziz's post

kalau pakai chess mozarella pun best kan. nanti bila dah masak panas2 tu dia bertali-tali.....
alahai lapar lah pulak :lapar:

speedial posted on 2-3-2006 11:59 AM

Originally posted by shidaaziz at 2-3-2006 11:44 AM


speed, ari tu aku buat baked macaronni failed. maybe terlebih rebus pasta tu. so, aku tak gemar. best lagi lasagna :mll::mll::mll:. tapi sheperd pie ni pun aku suka jugak. tapi seperti biasa, a ...

ari tu yg aku buat, aku s'diri tak gemor...muak beb....nak gak terai lasagna tp cara2 penyediaan dia sebijik mcm baked macaroni...takut muak, tp shepherd's pie ni aku suka sbb tak muak....

speedial posted on 2-3-2006 12:00 PM

wokeh resepi dah tepek kat gambar atas nun....

MAKLANG posted on 2-3-2006 12:19 PM

senang jer bahannya...camni boleh try...macih speed...muahhhhss http://www.cybergifs.com/faces/smooch.gif

speedial posted on 2-3-2006 12:23 PM

Originally posted by MAKLANG at 2-3-2006 12:19 PM
senang jer bahannya...camni boleh try...macih speed...muahhhhss http://www.cybergifs.com/faces/smooch.gif

terai jgn tak terai...yg ni takdak cheese...mesti sape yg tak suka cheese suka makan ni....
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: ANEKA RESEPI BERASASKAN KENTANG